Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY

Khamis, 28 April 2011

PERJALANAN PENUH LIKU.

tahlah dua menjak ni tajuk n3 aku lain saja, macam tajuk novel pula. hehheee. awak tau 1 hari kelmarin tak ada internat, tah kenapa macam merajuk saja dengen n3 aku ini

selamat berhari jumaat iya, ari ni entry ringkas saja, sebab  pagi2 ni aku sekeluarga nak pergi jalan jauh, aku ada appointment dengan doktor kat kk. inilah pasal paru-paru aku ni, makin merisaukan c hubby aku..katanya suruh cek semua kenapa tak ada perubahaan hari2 makan ubat, jadi nak jumpa pakar paru-parulah ini kat SMC kk, jauh juga perjalanan ke sana dari tempat aku ini kalau jalan darat agak-agak  6 jam jalan pun bergunung-ganang dan berliku heheheh. Singgah makan, rehat dan tah apa2 sampai pun dalam jam 2 petang, appointment aku jam 6 petang, bolelah rehat kejap di hotel. sebenarnya tengah taip entry ni aku risau juga tahlah apa kata doktor, harap berita yang baik saja, kalau pun tak biarlah berita biasa2 saja. sampai sini sajalah kalau ada salah silap harap dimaafkan, nak jalan jauh ni jadi doakan aku sekeluarga selamat dalam perjalanan dan harapkan jawapan dokter yang baik2 saja hehhee...  

inilah entry paling ringkas aku buat, sudah tu gambar pun tak ada.


Rabu, 27 April 2011

AKU SESAT DALAM HUTAN.

aku nak cerita, baru2 ni syarikat c hubby buat hari keluarga, syarikat pilih tempat yang katanya jauh dari kesibukan, nak tempat yang tenang jadi dipililah resort ala2 kedesaan. Jaraknya 1jam dari jalan raya utama. masuk kat dalam lalunya cantik melalui kebun2 nenas, kebun buah naga, nampak rempah ratus ditanam juga pokok nira, mangga, durian dan banyaklah. biasanya kalau kat cini selalunya dikelilingi kelapa sawit ataupun hutan. 

   cantik tempatnya ada air terjun, kolam dan sungai. sekitar resort ditanam bunga orked. apalagi tarik nafas panjang aku nyaman betul, kalau kat bandar mana ada suasana cam gini. eirfan dan chia seronok berlari atas rumput karpet, c hubby ambil gambar tempat tu sampai lupa ambil gambar kami. kemudian kami pergi restoran minum petang dan berborak dengan kawan2 yang lama tak jumpa..bual punya bual sudah nak malam, kami ambil kunci dan masuk bilik. Cantik juga biliknya berkonsepkan kedesaan, dindingnya dihias batu2 sungai, perabot kat bilik diperbuat dari kayu jati.

-tiba2 Chia bertanya "mak mana tv kita" mencarilah kami,
-kerana muskil aku tanyak perempuan kat kaunter tu. katanya "cini tak ada Tv kak kalau nak tengok, kami ada bilik untuk tengok video saja, cini tak sampai karen"...oohh cam tak percaya.
-lalu aku tanya sebab tak yakin lagi."jadi internat"..dia jawab "tak ada kak" sambil tersenyum.
-tanpa aku sedar terkeluar ayat ini "jadi macam mana nak hidup" cam tak percaya pula.
-lalu menjerit dalam hati "adakah aku tersesat di tengah hutan tolongggggg aku nak balikkkkk" 
mod yang ceri tadi jadi hilang, rasa nak balik saja tapi hari sudah malam. Rindunya aku kat blog aku. bawa laptop pun tak guna. Malam itu dengar kicau burung dan unggas saja, anak2 aku sendiri pun boring. nasib baik esoknya padat dengan aktiviti sukanika dan malamnya ada jamuan dan karaoke. Hari berikutnya balik uma terus capai laptop, c hubby aku tersenyum sambil geleng kepala..aduh! beginikan anda semua atau aku saja yang rasa, susahnya kalau tak ada internat. masa aku berFB tak pula cam gini.



Selasa, 26 April 2011

CINTAILAH DIRI ANDA SEADANYA.

saya suka bercerita tentang tajuk diatas, sebab saya lihat ramai yang membandingkan2 kan kulit dia cantik putih, cantik mata dia bulat taklah macam mata saya sepet, banyaklah keluhan yang tanpa mereka sedari boleh membuat mereka berputus asa.

Bagi saya kita diciptakan ada kecantikan masing-masing, cuma cara kita mengaplaikan yang mungkin tak sampai pada apa yang kita inginkan. Cuba tonjolkan bahagian muka anda yang cantik mesti ada, jika kulit kita tak putih tapi mungkin mata anda cantik tonjokan yang itu, mungkin anda tak miliki mata bulat cuba guna cara make up yang buat mata seakan bulat, mesti ada caranya. Tapi jangan sekalikali guna cara yang singkat seperti botox.

Belajar mengenali diri anda, lihat cermin tatap dan dengan jujur tanya pada diri anda dan cuba senaraikan bahagian yang disuka dan tidak. Tanya bahagian mana pada wajah anda yang cantik, adakah hidung, mata, bibir, pipi atau kening. Jangan lihat penuh kebencian lihat dengan jujur dan berkata dalam hati yang ini hasil ciptaan tuhan, mesti cantik dari sudut yang lain.

Tips untuk menutup mata yang sepet dan kelopak mata bengkak. Cuba tutup kekurangan mata anda dengan mengunakan eyelinar sekitar  kelopak atas mata sahaja, guna contack lens yang bersaiz besar dan pakailah bulu mata palsu yang berbulu tipis. Sekarang mata anda lebih bulat dan cantik.

Ada dua cara sama ada yang bahagian cacat itu anda cuba perbaiki atau tutup dan cara yang satu lagi ialah cari kelebihan anda dan tonjolkan ia akan menutup kecacatan yang lain.  
Jika rasa yang bibir anda cantik cuba pakai lipstik yang lebih menyerlahkan lagi, jangan pakai lipstik berwarna pudar. Jika hidung anda bulat cuba tinggikan dengan teknik shading dan highlights. Jika pipi anda bulat saja, cuba bentuk tulang pipi dengan teknik shading dan blusher.

Jadi untuk kelihatan cantik anda kenalah berusaha, belajar kenali kelebihan dan kecacatan muka anda. kemudian belajar mekaup yang sesuai untuk menutup dan menonjolkanya. Dan yang lebih penting belajar bersyukur dengan apa yang anda miliki. Insyallah dengan usaha, anda akan kelihatan lebih cantik dari orang lain.


Isnin, 25 April 2011

KO KATA AKU TAK SEDAR DIRI, KO TU APA KURANGNYA.



Iya ka biarlah apa korang nak cakap, saya tak kisah sudah..sudah banyak saya dengar dari mulut ko, hanya engaku saja yang cakap gitu, tak perna pula dengar dari orang lain..
|
|
Pesan saya janganlah ko jeles bha buat saja, kalau asyik dengar cakap ko sampai bila saya dan hubby nak belajarkan..lagi pun kami tak mampu nak bayar model..jadi saya nak jadi model yang perasan, biarlah aku..ko nak buat, buatlah aku tak perna campur hal ko, jangan nak buat cerita..saya sudah cukup dewasa untuk berperangai cam budak2.. ok..
|
|
hahahaaaa...kenapa aku ni..buang tebiat ke.. tak saja nak berlakon..nampak banyak pula orang tulis entry ari ni marah2(lakonan). Suka aku tengok korang ada bakat, marah2 korang macam betul. Jadi saya nak juga buat, tapi macam tak pandai pula berlakon, memang tak ada bakat langsung. Biarlah saya mengedit gambar saja, atau pun jadi model kalau tak pun jadi surirumah saja.


ini saja muka serius yang dapat aku buat, muka bengang dan benci pada diri sendiri kerana tak mampu memberikan yang terbaik untuk blog saya agar lebih cantik dan sedap dipandang. Buat entry pun jarang2 sudah tu ayat lintang pukang. Lagipun blog saya tak semerih dan seceria blog orang lain.


muka yang senyum sinis dan penuh harapan agar kawan2 blog boleh menerima diri saya seadanya, menerima kekurangan saya dan sikit kelebihan saya. Saya hanya insan biasa yang ingin mencari sahabat dan teman untuk berbual dan sudi mendengar keluhan saya. 


dan dengan hati yang ikhlas saya berharap agar dunia blog dapat memberi saya peluang mengenali diri saya dan menjadi insan yang baik untuk orang sekeliling saya. Jika ada terkasar dalam penulisan harap dimaafkan, Jika terlepas pandang harap harap dimaafkan juga


insyallah  saya akan cuba buat yang terbaik. Cuma kadang kesibukan tugas sebagai hamba Allah, isteri, ibu dan anak membuat saya jadi lupa. Saya hanyalah insan biasa yang banyak kelemahan dan kekurangan. 




Ahad, 24 April 2011

ANAK KAMPUNG DAN BANDAR..



Lama sudah tak buka blog... demam berapa hari ni..sudah sihat ni gian pula nak tulis entry.
Perasan tak tajuk itu. ia mengenai anak2 saya M.Airil Eirfan (Eirfan) dan Aaleyah Batrysia (Chia) yang rasanya bagi saya sangat bertuah sebab mereka melalui kedua-dua keadaaan itu..kehidupan di kampung dan di bandar. Jarang anak2 sekarang dapat melalui suasana ini. 

Bila Eirfan dan Chia berada di rumah keluarga saya di kampung sangat meria dengan suasana kampung dengan moyang, atuk, nenek, pakcik, makcik2 dan sepupu-sepupunnya..tak macam anak2 bandar yang tahu binatang ternakan seperti ayam, itik dan kambing. Eirfan dan Chia  boleh menangkap ayam, main dengan kucing, binatang lain tak heran segala lebah, laba-laba, rama-rama, cacing, gonggok dan juga kutu tanah pernah dipeggangnya..bermain dengan tanah dan lumpur perkara biasa..asal balik dari rumah mak mesti kaki, baju dan seluar kotor sebab duduk atas tanah tanpa beralas dan tidak memakai kasut..tapi mungkin sudah biasa Eirfan dan Chia jarang pula sakit. rasa makanan kampung seperti ubi, pucuk ubi dan ikan kering biasa baginya.mandi dengan air sejuk dan main segala jenis permainan dengan budak kampung walaupun jarang dibagi peluang sebab masih kecil. Disini mereka dapat belajar erti pergaulan dan persahabatan.
Bila di rumah mertua pula yang terletak di rumah taman serba moden bersama nenek, pakcik2, makcik2 dan sepupunya..dalam lingkungan keluarga yang kecil, Eirfan dan Chia mendapat perhatian sepenuhnya, makan dan minum dijaga. Begitu juga masa untuk main dan masa tidur teratur..jauh sangat perbezaannya..bila berada di rumah mertua anak2 saya terdedah dengan peralatan orang dewasa seperti komputer, internat jangan heran anak2 saya tahu gunakan, tapi cari kartunlah. Psp lagilah level game jauh sudah kalahkan ayahnya dan mahir juga main game guna Wii walaupun baru berumur 3 dan 4 tahun. Peralatan muzik juga mereka tahu mungkin sebab bila pakcik2nya balik dari U dan berkumpul, mereka selalu bermain muzik seperti gitar dan piano. Saya lagi suka anak2 saya terdedah dengan peralatan gadget ini walaupun terlalu muda, biarlah mereka rasa apa yang tidak pernah saya rasakan masa kanak2.. 
Dan masing2 ada kelebihanya dan anak2 tak pernah memilih dan sungguh gembira bila berjumpa dengan sepupu, atok dan nenek mereka.
Jauh sangat perbezaannyakan? bukan saja suasananya tapi juga perbezaan bahasa dan adat ini sebab keluarga saya dari suku Bugis dan keluarga hubby pula dari suku Bajau. Lagi bagus kalau mereka boleh menguasai kedua-dua bahasa itu.
Bertuahkan bila anak2 kita dapat melalui kedua2 suasana kampung dan bandar dan dapat terus melalui keadaan yang walaupun berbeza tapi dapat menyembangi. Tentu sahaja saya dan mungkin juga harap anda sebagai ibu agar anak2 kita bila dewasa nanti, tidak lupa diri walau dimana berada dan yang paling penting tidak lupa asal-usul mereka.

Jumaat, 22 April 2011

BAKAL LANGSIR RAYA AKU.



Awal pula?  Puasa pun belum..memandangkan langsir raya saya jahit sendiri setiap tahun..saya biasanya buat persedian membeli kain 4 bulan awal sebelum raya. Jadi beberapa ari ni sibuk pula belek2 kat tenet. Selalunya design saya buat sendiri. Bila nampak tenet ni susah pula nak pilih semuanya cantik2.








 Saya berkenan langsir bawah ni, cantikkan!! Saya nak ubah sikit warna kain, yang gelap tu nak tukar warna biru dan yang cerah tu tukar oren biar ikut tema. Tapi nampa macam guna banyak kain, tambah lagi kat rumah saya ada 2 sliding door.. aduh! kenalah merayu kat tuan bank(hubby).

semua gambar dari google.tq..



Khamis, 21 April 2011

MASIH ADAKAH NILAI MURNI.

Suka saya bertanya kepada anda semua..dengan soalan yang bagi saya sukar untuk dijawab. Tapi ia berlaku hampir setiap hari dalam persekitaran kita.


1.   Masih adakah nilai murni ->  Jika ibubapa dengan banggahnya berkata  " anak aku walaupun dua tahun bekerja boleh beli 2 buah rumah dan 4 kereta mewah "  sedang mereka tahu yang semuanya wang hasil rasuah anak mereka.


2.   Masih adakah nilai murni ->  Jika ibubapa dengan meggahnya berkata  " walaupun anak aku tak sekolah tinggi tapi hidup mewah dan mampu bawa kami naik haji " sedang mereka tahu semuanya wang hasil kegiatan haram anak mereka jual dadah dan seludup rokok.


3.   Masih adakan nilai murni -> Jika ibubapa dengan riak sungguh berkata  " bagus bakal suami anak aku bagi aku duit dan belikan rumah " sedang mereka tahu yang semuanya wang hasil anak gadis mereka sebagai perempuan simpanan.


Sungguh jahatkan soalan saya? tapi inilah realitinya, semua sebab->KETAMAKKAN.



Khamis, 14 April 2011

ORANG PUTIH LEBIH MENGHARGAI KERJA KAMI.


Ingat lagi gambar yang kami menang juara harian dalam megashot.net ari itu. Nak tahu sudah 3 bulan jadi juara tau bestkan.. sebenarnya lama juga gambar kami itu bertahan ditempat pertama level 3 sejak kami masukan bertanding Jan 2011 lagi hingga kini. 
Kami (saya dan hubby) sanggat2 terharu. sapa tak bangga bila hasilkerja kita diktiraf dan diundi sebagai yang terbaik. Itulah hasil kerjatangan kami dari menggambar, mengedit dan jadi model, kami buat bersama-sama.

tempat pertama hingga kini (dicabar oleh gambar adik sebelah itu)

Apa kami banggakan ialah saingan kami, gambar yang dorang hantar cantik-cantik semua, tapi belum ada lagi yang dapat saingi gambar kami selama 3 bulan berada di tempat pertama level 3 dalam kategori portraits and people bersaing dengan punya banyak gambar dari luar negara. Syukurlah ini membuktikan yang hasil fotografi kita dari asia (msia) juga boleh bersaing dengan dorangkan..jadi kepada fotografi2 teruskn berkarya dan buktikan kita pun boleh ..

jadi juara bulanan dan bakal juara tahunan(harap2lah)

Bagus juga sejak hubby ikut ini ramai juga fotografi dari luar puji hinggakan ada beberapa fotografi dari luar tag hubby saya sebagai rakan kat Facebook dan blog. Dorang betul2 menghargai seni, beri teguran yang membena dan hormat hasil kerjatangan kita.
Dan saya lagilah (kerana bangganya naik lif tekan sendiri) sebab menjadi model suami,walaupun ada juga cemuhan yang saya dengar, tapi demi seni dan minat yang mendalam dalam fotografi sabar sajalah...biarlah apa orang cakap, kami edit bukan nak ubah2 atau saja2.. .tengok hasinya tak sia-siakan..tempat teratas dalam Megashot.

gambar kesayangan saya
Inilah gambar yang kami hantar, sebenarnya suami yang ambil gambar ini dan saya edit (hubby tau edit juga cuma dia bekerja jadi saya ambil peranan mengedit). Juga jadi pic profile saya dalam Facebook. Jadi kalau nampak gambar ini itulah mamachia (sudi2 lah follow iya). ada 4 gambar kami pertaruhkan dalam kategori ini.

setarap juga dengan mereka.
Tengok kat atas ni..semua juara tahunan dan masih bertahan(lihat gambar kita berada dekat dengan gambar dorang sudah cukup terharu saya)..pic perempuan yang paling atas (nampak mata dan tangan) itu hasil karya pakar fotografi dunia tau, sapa tak kenal Benjamin Bjorn semua gambarnya cantik2 dan bertarap dunia, cara dia edit gambar. pui!!! hebat.
 kalau berminat silalah komen iya

Selasa, 12 April 2011

RAMBUT ADALAH MAHKOTA WANITA.

Walaupun kita pakai tudung kena jaga rambut juga tau..hei! kenapa tetiba saya cakap tentang rambut pula ni..gini pagi tadi aku cuci rambut, dan terlihatlah shampo yang saya pakai selama ini..baru sedar lama juga aku pakai shampo ini masuk 3 tahun,  bertahan pula, sebelum ini banyak shampo yang saya pakai semua tak sesuai.



inilah shampo kesayangan saya.

Saya perna mengalami keguguran rambut yang sangat banyak..rambut gugur merata-rata kat lantai, tandas, bantal dan sikat rambut..sampai peringkat nak botak sudah, dari yang saya tahu lebih kurang 85% -95% rambut dikepala akan tumbuh dan 5%-6% dalam peringkat berehat dan akan gugur. Keguguran rambut yang sihat akan gugur 100 helai sehari..tapi rambut aku ni gugur macam 400 helai pula (macamlah aku kira).


Hubby saya pun risau..banyak shampo sudah saya cuba, juga pergi klinik, doktor kata banyak puncahnya mungkin juga sebab ubat-ubat yang saya tengah makan..Jadi tak ada apa saya bole buat, risau tauuu..kerana terlalu risau rambut aku makin gugur, "alamak botaklah aku ni....tak bole jadi ni". Saya cuba cari kat internat dan terjumpa forum mengenai keguguran rambut dan mengsyorkan guna shampo himalaya.
Berkesan tau sekarang saya dan hubby pakai, harganya taklah mahal sanggat around RM 23.00 banyak jual kat Guardian dan Watson. Saya guna Protein Shampoo with Conditioner sebab rambut saya kering dan saya jenis malas pakai pelembab..yang bagusnya Prodak Himalaya ini ia dibuat berasaskan herba.




Saya nampak banyak juga Prodak Himalaya ni, shampo anti kelimumurnya ini juga dikatakan berkesan, saya belum cuba lagi. bagi yang ada masalah rambut cubalah, tak rugi mencubakan..


---------------------------------------------------------------------


Nak sembang sikit , juga mengenai rambut. betulkah punca rambut gugur dan sebab pakai tudung bagi wanita dan lelaki pula sebab pakai topi..macam tak percaya pula. ini bukan saya cakap tau ada sorang pakar rambut kata masa keluar kat tv. 
Bagi akulah bukan salah tudung dan topi tu, silapnya sebab kurang penjagaan rambut, pakai tudung pun kalau rambut dijaga kebersihanya tak ada masalahkan.

Saya tengok ada juga orang tak pakai topi dan tudung, rambut gugur hingga botak mengilat.... hehehe jangan marah. Tak patut langsung nak salahkan pemakaian tudung pula..jadi apa pendapat anda.

kalau nak komen silakan anda dialu-alukan.




Isnin, 11 April 2011

AWAS!!! TELUR DAN BERAS TIRUAN.


Lama sudah baca kisah telur dan beras tiruan ini, tapi tak ada hati nak tulis hinggalah pagi2 tadi masa sarapan, saya rebus telur untuk Chia. Anak saya ni suka sanggat makan telur rebus, terutama putihnya, sebelum bagi tu kerana ragu2 saya belek2 telur tu sebelum bagi. tengok ruang udara dan warnanya..ok lulus..kita ni dari surirumah kena pula jadi pegawai sirim, tak pasal2 sebab hebo makanan tiruan, belum reda hal beras tiruan ada pula telur tiruan, nak makan pun risaukan. Jadi kepada surirumah kena hati2lah masa membeli jangan sampai tertipu..


Telur Tiruan


telur ini diperbuat dari calcium carbonat, starch, resin, gelatin, alum dan entah apa lagi. bijak pula dorang ni,.. ..tengok ini macam buat jelly saja, alah agar2 yang anak2 kita suka makan tu.









jangan pula ada hati nak tiru iya..semuanya ini diajar di sebuah sekolah khas di negara China yang mengajar mencipta semula(ciplak) barang eletrik termasuklah telur dan beras.  kalau bole elakan membeli di kedai 99sen yang kebanyakanya menjual barangan import China.


~~ tak ada sudah istila"mana dulu ayam ke telur, kalau yang ini telur dulu tak akan ada ayam" 

Beras Tiruan

 yang ini pula beras tiruan..merupakan gabungan kentang, ubi jalar dan pelastik yang dicampurkan kemudian dimasukan dalam paket berbentuk biji beras dan ditambah dengan resin sintetik.

paling menakutkan kata seorang pegawai cina, memakan 3 mangkuk beras tiruan ini bersamaan dengan memakan sebungkus pelastik.


ini videonya, beras ini berleluasa sudah di pasaran cina jangan sampai tempat kita sudah..

Selamat Membaca Semua. Kalau nak komen silakan...

EDIT GUNA SHARP 5 LANGKAH.

malam ini tetiba saja , sedar lama sudah tak edit gambar, takut hilang pula skil yang ada..hehhehee macam ada skil saja..tak lah takut lupa..kena banyak diasah kata sipu2 aku..hubby aku tak apalah dia hari2 ambil gambar aku yang tukang edit ni yang lembab buat kerja. ada beberapa keping yang sudah saya edit tapi belum di uplod di mana2 biasannya hubby keluarkan gambar kat Facebook, Picasa dan Megashot..lama sudah rasanya sudah 2 minggu tak keluarkan...jadi malam ni hubby nak masukan satu kat Megashot mana tau menang..ada beberapa keping masih tengah bertanding...tapi untuk blog aku masukan dua keping sahajalah.. 




macam sama pulakan cuma lentut sikit saja..heheee..tak banyak yang saya buat cuma shapkan dengan sharp 5 langkah sejenis editan yang baru juga saya belajar..juga saya kasi blur sikit kat tudung. simpel saja sapa2 pun bole buat..


Ahad, 10 April 2011

AKHIRNYA TERJAWAB JUGA..

Hasrat untuk membeli hadiah peraduan yang saya anjurkan tertunai sudah, sakit kepala tau nak pilih..mula2 pikir nak bagi hadiah bag dari sabah..sebab lebih mudah nak pos. tetiba hubby aku kata bagi saja mutiara kenanga dari sabah...berubah pula jadinya, betul jugakan alang2..jadi saya fikir nak bagi gelang mutiara, tawar menawarlah dengan kak yang jual tu, tak sangka pula dia bagi harga rantai tu murah dari rm180 turun ke hehehee tak bole bagi tau...pandai juga aku ni menawarkan..akhirnya ini lah hadiah yang jadi rahasia itu,




 dengan murah hati saya bagi kepada yang bakal bertuah itu. bolelah pakai raya ni. kalau pemenangnya lelaki bagi emak iya, alah mcm Mawai bagi rantai  Rafflesia kemenangan kepada maknya.

Hadiah saguhati pula belum ada lagi, kerana tawar menawar sampai masa tak cukup, tak sempat nak beli. tapi ada sudah berkenan dalam hati murah2 saja, nanatikan lah biar jadi rahasia ..

di bawah ni bolelah tengok2 apa yang ada di tawau, banyak lagi tapi tak sempat nak gambar.
kalau ada berkenan nak oder bole juga...









ada juga cerita lepas kami beli hadiah ni kami balik dan tersekat dalam banjir, bukan banjir sebenarnya tapi pokok kelapasawit hanyut dan menghalang lalu lintas. terpaksa bermalam di tawau..apapun saya happy sebab dapat membelikan hadiah utama itu. harap anda suka iya..
Kepada yang belum join mamachia 1st Giveaway ni bolelah sertai tarikh tutup 5/5/11.




Jumaat, 8 April 2011

LANGKAH2 LINK GAMBAR DAN TEXT.

Tutorial ini saya simpan untuk pengetahuan saya sendiri..kalau berminat boleh cuba.saya selalu guna dan saya simpan agar tak lupa..bole diguna jika nak ikuti contast yang meminta syarat gambar dicopy dan ditag kepada kawan2. **atas pertanyaan Amoy,Chinta dan eihza... harap faham iya..tak pandai nak terangkan.

-----------------------------------------------------------------
Link gambar/banner

Biasanya kita nak upload/copy gambar dari luar untuk kita buat entry dalam blog kita..
mula2 kita ambil gambar dari luar (terpulang) ..dan kita masukan dalam blog kita untuk buat entry.

1-masukan gambar cara biasa diguna iaitu masukkan imej. Bila gambar sudah ada dalam entry.. 
   anda klik gambar 2kali.



2-akan kelihatan gambar seakan terbatal terus klik Link (kotak merah).  
 



3-kemudaian keluar paparan ini dan isilah (kotak merah) dengan copy dan paste URL dari mana gambar diambil.
contohnya gambar di atas anda dapat dari http://norintan-mamachia.blogspot.com/2011/04/jom-joint-mamachia-1st-give-away.html#comments. milik Mamachia.


4-bila habis jangan lupa test link itu dulu baru klik ok.

cara yang sama gunakan untuk menghidupkan gambar yang kaku..sebenarnya ada cara lain tapi saya lebih suka guna cara ini...
---------------------------------------------------------------------

Link Text (tulisan)

Selalunya ada syarat meminta kita tag kawan (Link terus ke blognya) dengan hanya mengklik  nama tuanpunya blog kita bole terus ke blognya.

1-mula2 taip nama bloger itu ; (bole tebalkan dan warnakan) highlight nama itu contohnya 


2- dan kemudian klik Link ( kotak merah) seperti contoh di bawah.


3-akan keluar pula ini. Isilah (kotak merah) dengan copy dan paste URL blog mau dituju tadi.
Contohnya kita nak tuju ke blog http://aaleyahcollection.blogspot.com/ Eirfan


4-bila selesai jangan lupa test link itu dulu, baru klik ok.
-------------------------------------------

Contoh entry yang sudah siap;
"mamachia 1st Giveaway"

saya berminat nak ikut walaupun tak perna bertuah.

jadi kawan2 yang berminat bolelah lihat sini
saya nak ajak kawan baik aku ikutlah.

1. Eirfan


------------------------------------------------------------------------------------


Bila suda siap copy semua URL entry anda kat atas tu.
contoh URL anda: http://URLanda.blogspot.com/2011/04/mamachia-1st-give-away-html/
dan paste ke komen entry orang buat peraduan itu..




Tutorial ini saya buat agar saya tak lupa setiap step2nya..dan saya kongsi kepada anda jika berminat.