Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY

Ahad, 10 April 2011

AKHIRNYA TERJAWAB JUGA..

Hasrat untuk membeli hadiah peraduan yang saya anjurkan tertunai sudah, sakit kepala tau nak pilih..mula2 pikir nak bagi hadiah bag dari sabah..sebab lebih mudah nak pos. tetiba hubby aku kata bagi saja mutiara kenanga dari sabah...berubah pula jadinya, betul jugakan alang2..jadi saya fikir nak bagi gelang mutiara, tawar menawarlah dengan kak yang jual tu, tak sangka pula dia bagi harga rantai tu murah dari rm180 turun ke hehehee tak bole bagi tau...pandai juga aku ni menawarkan..akhirnya ini lah hadiah yang jadi rahasia itu,




 dengan murah hati saya bagi kepada yang bakal bertuah itu. bolelah pakai raya ni. kalau pemenangnya lelaki bagi emak iya, alah mcm Mawai bagi rantai  Rafflesia kemenangan kepada maknya.

Hadiah saguhati pula belum ada lagi, kerana tawar menawar sampai masa tak cukup, tak sempat nak beli. tapi ada sudah berkenan dalam hati murah2 saja, nanatikan lah biar jadi rahasia ..

di bawah ni bolelah tengok2 apa yang ada di tawau, banyak lagi tapi tak sempat nak gambar.
kalau ada berkenan nak oder bole juga...









ada juga cerita lepas kami beli hadiah ni kami balik dan tersekat dalam banjir, bukan banjir sebenarnya tapi pokok kelapasawit hanyut dan menghalang lalu lintas. terpaksa bermalam di tawau..apapun saya happy sebab dapat membelikan hadiah utama itu. harap anda suka iya..
Kepada yang belum join mamachia 1st Giveaway ni bolelah sertai tarikh tutup 5/5/11.




12 ulasan:

Unknown berkata...

wah..mamachia nak jugak mutiara dari sabah tu..harap2 dapatlah..teringin nak mutiara dr sabah..hehhe

Ilaasuhailaa berkata...

hebat2 jugak hadiah GA nie...congrats tu mamachia..(^^,)

fyda_ibrahim berkata...

CANTIKNYE.. SAYA MAU ITU.. ;)

GREENJADE berkata...

waaa tbongkar udah rahsia grand prize ye sis..santik nyee... :)

Hanny Esandra berkata...

ouhhhh...
harap tuah berpihak kpd sayeeeeeee.... ;p

chia-chia fashion. berkata...

Cik Azizah dan iLa - makasih iya, juga atas sokongan kawan2 semua..suka iya, cantikan!!!.... lama juga kak pilih semua cantik, mcm mau ambil semua hehhee..saya pula yang rambang mata..

chia-chia fashion. berkata...

Fyda, GreenJade dan Hanny- akhirnya terbongkar juga..hahhahaaa tak tahan pula nak simpan rahasia, baguslah kalau korang suka..kak pun suka,harap anda yang pertuah..anti kak rancang nak buat video hari pemilihan itu biar nampak adilkan..

Anisa Hang Tuah berkata...

cantik2 semuanya
:)

tukang taip :D berkata...

betol2 chantek ')

chia-chia fashion. berkata...

Anisa dan anaiha-cantikkk kak tertarik dengan yang kuning tu, itu mutiara laut dalam mahal sikit, tapi bakul tupun cantik kan, bakul tu kebanyakan dari manila Filipin, yang kat atas sekali tu perhiasan kayu jati dari jakarta .
-kalau bekenan rantai satu set tu harganya RM80 sja termasuk pos..harap harga tak naiklah-

Aty Fared berkata...

besh nyer bershopping..!! suker..!! rantaitu sangat menarik perhatian..:)

chia-chia fashion. berkata...

aty - heheee cantikan, cantik pakai raya.kalau kena lagi dng kaler baju.adeh!!!....ada juga tersedia se set dengan cincin/gelang/rantai/subang ..tak sempat nak ambil gambar.