Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY

Ahad, 31 Julai 2011

DISELUDUP RUPANYA!!!



Malam tadi Tan keluar pegi beli barang2 untuk persiapan terakhir masuk Ramadhan esok..jadi Tan pegilah kesebuah kedai yang menjual barangan runcit dan makanan segar, niat nak beli sayap ayam segar dan buah kurma untuk sahur esok...nak di jadikan cerita masa Tan nak membuat bayaran kat kaunter, tu ramai orang jadi berbarislah juga...
tiba2 mengeluh seorang kak di barisan depan Tan.

"macam mana pula Lahad datu bole tak ada minyak masak?" katanya dalam kebingungan

"kak ni berniaga susah juga tak ada minyak " katanya lagi.

adik menjaga kaunter tersenyum dan sambil melayang pembayaran berkata pula

"kak memang kami dah habis minyak masak, tanyalah dengan boss" katanya jujur

"kalau tak percaya bole tanya budak stor kami" katanya lagi

lelaki di belakang Tan yang diam dari tadi tiba2 bercakap

"napa tak habis kalau diseludup ke Philipin (Filipina)" katanya tegas

"depan2 mata dorang angkut minyak naik kapal antar filipin" kata lelaki tu lagi

tiba2 datang boss kedai tu dan ikut juga dengan perbualan tu, 
Tan diam saja mendengar perbualan tu

"alah! manager kilang minyak tu pun sama, doranglah dalangnya" tiba2 seorang
perempuan muda pula bercakap, katanya dia berkerja kat kilang minyak tu jadi dia tahulah..katanya bossnya tupun sudah jadi jutawan..

Tan dan orang lain turut bercakap, sebab terkejut dengar cerita tu

"rupanya itu puncanya" kata yang lain mcm terkejut.

"tulah dorang asyik2 tuduh penjual sembunyikan minyak, nak buat apa kami sembunyikan,

 lebih baik dijual cepat habis lagi bagus" kata boss kedai tu...

sampai giliran Tan membayar dan keluar tinggalkan perbualan yang entah apa kesudahanya..
tapi Tan sungguh bengang juga dengar cerita tu, rupanya lain pula cerita disebalik..
mungkin betul juga cakap perempuan tu..yalah Lahad Datu merupakan pengeluar minyak terbesar di sabah dan ladang terbesar juga di Malaysia..bole kehabisan minyak?.
terdapat lebih 52 buah kilang kelapa sawit di Lahad Datu sahaja..pegi mana semua minyak2 tu?
tak tau nak cakap apa lagi, hakikatnya Tan kenalah stok minyak masak untuk raya ni..tak pasal2 anti aku pula yang tak dapat beli minyak....
tu saja entry ari ni.nak tidur.., kena bangun esok sahur....selamat bersahur semua

P/S: selamat bersahur dan selamat berpuasa semua...

Sabtu, 30 Julai 2011

KIMA DAN KAHANGA SODAP!!


Ari tu tiba2 teringin makan kat luar..Tan dan hubby berpakatlah nak pegi rasa makanan seafood..
betul makanan laut..ada sebuah restoran ni sudah lama terpaca kat citu.
bila nampak nama Anjung Selera rasa berselera pula nak pegi,
tapi asyik2 tak menjadi saja, kali ni jadi juga..
kami sampai jam 8 malam lauk banyak yang sudah habis, rupanya ramai juga orang malam tu..hei!! terlambat. adalah berapa jenis lauk yang kami pilih tapi kecewa juga sebab tak ada latok.

inilah restoranya terletak di taman perumahan, dekat juga dengan umah Tan
 wlaupu kecil ramai orang datang..
adalah bakar2 sayap ayam, sotong dan ikan..pilih saja ikan segar, terus di bakar segar.
hargapun tak mahal sekita rm5- rm8..

(lama tak makan sayur lemak)

ini sayur labu masak lemak..guna pinggan kecil saja, nak rasa semua
tu yang ambil sikit saja..

(siput laut)

ini pula sejenis siput laut. orang tempatan sabah panggil kahaga.
sebelum dimasak ni lah siput tu punya rupa.. hehehee




(kerang laut)

ini pula kima segar ...sedap.
ini lah rupa sebenarnya..menakutkan pula.

siput dan kima ni seblum dimasak kena dikeluarkan dari kerangnya,
biasanya dipecahkan cengkerangnya ada juga yang rebus sekejap baru pecahkan kerang

(agar2 laut)

ini pula rumpai laut atau agar2 laut dipotongkan bersama cili padi,bawang besar,mangga,tomato dan perahan limau, kalau bahagian KK biasanya di bubuh kelapa bakar..terliur..
nak tau camana rupanya cam nilah..

banyak di jual di pasar2 di sabah..

ini lah semua hidangan pilihan kami..yang berbalut daun kelapa tu adalah
ubi parut "putu" makanan suku bajau di sabah..

 kurang lagi ni..ada juga latok sejenis rumpai laut dan ikan dan sotong bakar..tapi sudah habis..

-maaf gambar tak jelas sebab ambil guna hp samsung Tan,
nak uji powernya (handphon baru katakan)..tambahan lagi restoran tu mang gelap kat luar..
malas kat dalam ramai orang, lagipun best makan ditemani bintang ceh wah!!


Khamis, 28 Julai 2011

ANGKARA HINA DAN FITNAH




Tergerak Tan untuk menulis entry ni..dua tiga minggu ni Tan dikejutkan dengan dua kes yang berlaku di tempat tinggal Tan Lahad Datu... kes bunuh diri dengan terjun dan kes bunuh menantu sebab harta...kedua2 kes masih hangat dibualkan..apa yang Tan nak tulis disini bukan nak cerita kes di atas...cuma sejenak terfikir kenapa kes bunuh diri dan membunuh makin berleluasa...bagi Tan semua berlaku rasanya sebab tekanan perasaan...

iya!.. tekanan sama ada dari persekitaran yang semakin menyusahkan tambah lagi orang2 sekitar yang suka menghina (merendah2kan), membanding2kan, menghasut dan mengfitnah tanpa usul periksa. mangsa yang sudah tertekan tentu sahaja rasa rendah diri, malu dan tak mampu nak memenuhi semua keinginan...bila ada yang mampu sikit, ada pula hasat dengki...hei!. susah, kalau tak sabar naaa..akibatnya ambil jalan pintas bunuh diri dan bunuh orang...

sabda Rasulullah
"menghina,mencerca,memaki seseorang islam adalah fasiq dan membunuh umat islam adalah kufur"




-MENGHINA
yang dimaksudkan menghina ialah memandang rendah, caci-maki,mengutuk atau menjatuhkan 
taraf orang lain atau mendedahkan keaibanya untuk dijadikan bahan ketawa di mata khalaya ramai...

firman Allah
"wahai orang2 yang beriman janganlah sesuatu kaum itu menghina kaum yang lain, sebab mungkin sekali mereka yang dihina itu lebih baik dari yang menghina"

ia juga diumpamakan memakan daging saudaranya yang telah mati. 
pada sapa2 yang suka menghina orang tu hentikan lah...
bagi Tan lah  merendah (menghina) bole menyebabkan seseorang itu
kurang keyakinan diri..rasa menyusahkan orang sekitarnya dan akhirnya tidak ada lagi keinginan untuk meneruskan hidup.


-MENGFITNAH
apa lagi perbuatan menghasut dan mengfitnah orang lain..hingga berlaku pergaduhan mendorong perbuatan membunuh, lagi lah dosa yang sangat besar.
tapi itulah yang selalu terjadi, mempengaruhi orang lain seterusnya membatu-batu apikan, yang c kawan ni ikut saja membabi buta, tanpa siasat kebenarannya..mulalah rasa panas dan marah hingga tak terkawal..

sabdah Rasululah
"tidak masuk syurga orang2 yang suka menyebar fitnah"

fitnah dan maki hamun, hina-menghina semakin berleluasa 
disebar dan didedahkan jadi tontonan orang ramai..terutamanya adanya internat.
kata2 caci-maki dan fitnah terhadap seseorang sewenang2nya ditulis di internat terutama di 
FB, semakin ketara...perbuatan mengaibkan semakin menjadi2..
tahlah sapa yang tahan dengan semua ni?...takan nak sabar sajakan...
sabar ada hadnya juga....

P/S: Mungkin terlalu rasa diri hebat hingga sanggup menghina dan mengfitnah orang lain.

Rabu, 27 Julai 2011

UMRAH.

ari ni letih sehari kemas umah, lepas semalam kenduri kesyukuran sempena mak mentua nak pegi umrah...ramai juga keluarga habby Tan gi kerjakan umrah...
kami ni bila lah juga agaknya dapat pegi?..mahal pakage nya tak mampu Tan....
tentu seronok dapat pegi ramai-ramai dan berpuasa di sana.. 
kata mak mentua lama baru dia pegi tanah suci 
dekat 26 tahun sejak dari kerjakan Haji..apa2 pun Tan  
doakan rombongan mak mentua pergi (dijangka ahad ni) dengan selamat
 dan kembali dengan selamat...amin.


gambar ehsan

P/S: Terlalu lemah rasanya diri ni untuk menyimpan keinginan ke tanah suci...


Isnin, 18 Julai 2011

KURSUS SOLEKAN PENGANTIN PT 2

pada sebelah petangnya jam 2ptg..selepas mamang makanlah tu..letih tau..rupanya menyolek pengantin ni memang meletihkan tu baru makeup belum lagi sanggul dan pakaian..ada hati juga nak solek pengantin hehhee..
Memandangkan Beby ada pengambaran, masalah pula cari model nasib baik ada model kat citu bawa kawannya..dialah yang sudi jadi model Tan..tiba2 Azwa minta semua pelajar bertukar2 model..iyalah mana ada mak andam yang solek pengantin sama sajakan..jadi mau tidak mau kena tukar2 model..acilakan. kali ni tan kena dengan model baru namanya IVY CLARA.. cantik namanya macam nama model tekenal pulakan..orangnya pun cantik...tengoklah gambar bawa ni. dan kursus habis jam 4 petang, syukur semua ok saja, Azwa rupanya tegas juga, tak pasal2 kalau salah kena cuci dan makeup sekali lagi, nasib baik Tan tak kena..apa2 pun makasilah denga Azwa sudi turunkan ilmu...oklah jum tengok gambar antarnya gambar ihsan Azwa...


IVY CLARA..Selepas (cari pic sebelum)

ada gaya model pengantin...suka ivy.

matanya pun cantik..susah juga masa pasang bulu mata
sebab mata sepet..tapi tengoklah lepas pakai
nampak besar matanya..mungkin sebeb pemilihan bulu mata palsu tu kot.

suka ivy minta gambar lagi..anti kak uplod lebihnya di FB iya..

sempat juga posing ngan Tan..baru kenal tapi mesra gitu..

ini gambar dari Azwa..pinjam iya.

aku kat belakang tu tengelam.. lupa pakai kasut tinggi.
tu yang tak nampak.

gambar ramai2.. gambar tak jelas Tan tu tengah2..
baru perasan Azwa tak ada pula..

SEBAB EYELINER..MATA BENGKAK.



mata adalah ruang pada wajah anda yang selalu diberi keutamaan  bila bersolek,
ini kerana kata orang dari mata turun ke hati..justeru penekanan solekan eyeshadow yang berwarna ceria
bole mengubah penampilan anda lebih hebat bila berada dalam majlis apa jua...
tapi untuk kekalkan mata anda lebih cantik, jangan lupa pada kebersihan dan kesihatannya..
kerana ia adalah ruang yang kecil dan sensitif, serta sukar untuk dibersihkan.

Tahukah anda
Pakar mata menyatakan untuk solekan eyeshadow masih selamat dipakai...tapi bagaimana pula dangan eyebrown dan eyeliner.
eyeliner dan eyebrown selalunya dipakai pada garisan atas dan bawah mata di tepi kelopak mata..
ditepi kelopak mata ada pori-pori kelenjer lemak yang sanggat sensetif..
jika tidak dibersihkan dengan baik kelenjar2 ni akan tersumbat dan akan terbentuk bentitan merah yang gatal dan seterusnya membengkak..pastikan anda memilih kosmetik yang bebas dari regulasi.
dan yang paling penting bersihkan dengan sempurna terutama pada bahagian belakang bulu mata di kening dan ditepi kelopak mata...caranya dengan mengunakan putik kapas yang telah di celup dangan air hangat, bersihkan dengan lembut dan perlahan.

P/s; Bila kita sebagai ibu sihat, keluarga pun akan lebih sihat..



Jumaat, 15 Julai 2011

KURSUS SOLEKAN PENGANTIN PT 1

9hb julai 11

Tan dan family pergi ke KK ari tu( 9hb) sebab esok Tan ada kursus solekan dengan Azwa kryolan..memandangkan start kursus jam 9 pagi kami pegi awal satu hari...
pagi tu kami jalan awal jam 8 pagi , jadi agak2 dengan perjalanan 6jam sampai KK jam 2ptng..

MASALAH PULA DALAM PERJALANAN


perjalanan kami terganggu dan terpaksa berhenti di 6 tempat kinabatangan-sandakan- telupit-ranau-2 tempat lagi di KK... melalui sekatan polis dan jalan yang jem semua angkara BERSIH..
biasanya bila kami gi KK bila dari Lahad Datu jam 8pagi sampai jam 2 ptng tapi ari ni sampai jam 6 ptng..
anak2 pun rimas dalam keta..

10hb julai 11


KURSUS SOLEKAN PENGANTIN.

ari ni masuk daftar jam 9pagi...dimulakan dengan solekan smokey pada sebelah pagi dan shoket sebelah petangnya..
seronok bila dapat ilmu baru dalam bersolek...tambah lagi dapat menyolek 2 model dengan jayanya hehhee..lihatlah gambar2 yang koleksi Tan sendiri dan gambar ehsan dari Azwa.

beby dan yang lain pakai mask...sejuk dan lembutkan kulit muka..
mask sampai tutup mata hehhehe.. ok juga....

Beby Sebelum..
malu diambil gambar...alah jerawat tu biasalah..anti kak tapuk..main tapuk2.

Baby Selepas..
nah cantikan?..baby memang cantik dengan bentuk muka yang sempurna..

Happy dia..
eh! cantiklah kak bole ambil gambar..nah suka sudah dia, tadi malu2..

ah! tenguk tu terus posing..
lupa suda dengan kak...hehheee mana aku ni.

mari2 kak kita posing..
alah! napa aku tu serius betul...tengah fikir napalah aku pendik ni.

ok ka Tan solek...like.
barulah ngam...taklah berbeza sanggat.


Azwa dan Baby yang sporting..tq.
kerana bagi semanggat pada Tan...pasni bolelah solek pengantin iya...

 Pengalaman yang sanggat mengujakan disamping belajar, berkenalan dan yang paling penting HAPPY, HAPPY,HAPPY...
** tu saja gambar dengan Beby rupanya diam2 dia ada penggambaran petang tu di Sutera Harbour KK...berlakun dalam filem GERIMIS MENGUNDANG arahan Ahmad idham...sianya Baby kena pegi tempat lain lagi...tak sempat nak sembang banyak..



P/s: Walau singkatnya perkenalan tapi jika disulami keikhlasan..pasti menjadi ingatan.

Khamis, 14 Julai 2011

PENING CARI MODEL. PT1

Tetiba nak pegi belajar makeup minat punya pasal, apa lagi anjuran Azwa Kryolan lama nak join tapi tak sempat baru ada masa..jauh pun tak kesah, dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu, 6 jam perjalanan pegi juga sebab minat hubby pun sokong
tapi masallah pula nak cari model..

Beby..model yang cantik.

Susah juga nak bawa model dari LD, adik2 pula semua kerja... takan nak bawah ke KK pula..hai pening. Nasib baik ada kenalan Tan kat FB kebetulan tinggal di KK..baru juga kenal dalam FB,
tanya kat dia kalau sudi, bah suka dia...baru saja kenal, orangnya cantik dan baik...
hampir 3 hari berbual kat FB, rupanya artis (pelakon tambahan) terkejut Tan..iyalah orang sudah tahap artis walaupun pelakon tambahan, berlakon 2 drama, juga sebagai model sambilan..
tapi Tan segan juga. Orangnya baik katanya dia tak kisah..aduh Tan jadi teruja..
camanalah kalau Tan solek buruk hei!...
tambahan pula dia tengah berlakon filem arahan Ahmad Idham tajuknya Gerimis Mengundang yang sedang buat pengambaran di Kota Kinabalu.. sian Beby sibuk terkejar2,
tapi dia tetap nak Tan solek, juga suka nak jumpa dan berkenalan...
makasih Beby kerana sudi menolong. Walaupun baru kenal tapi dia iklas nak tolong.
Kak doakan moga berjaya dalam mengejar cita2...amin.

Mengenai belajar makeup ni Tan sudah ikuti 7 kursus, selama ni belajar makeup personal saja..tapi kali ni teringin sanggat belajar cara makeup pengantin..bole juga jimat bayar mak andam masa adik kawin nanti..

P/s: Kalau kita ikhlas bersahabat tak perlu bagi syarat. 


ikuti sambungannya...

Rabu, 13 Julai 2011

"APA RAHASIANYA"



Dua minggu lalu..hehhee baru nak post, ni cita Tan 2 minggu lalu..wei rasa lama pula menghilang.
gini masa tu ada kawan jemput Tan pegi kononya parti Tupperware..
sudah beriya2 dijemput Tan datang sajalah..rupanya nak promot kosmatik tupperware...
adalah pencerama dari KL dan Tawau datang, best juga peneranganya sampai terpengaru jadi ahli..hehhee nilah dasar cepat terpengaru...

sebenarnya Tan bukan nak jual tupperware di cini...saja nak cita ari tu, masa pencerama tu bagi penerangan tentang penjaggan muka dan katanya dia tahu dari muka orang tu berapa usinya, dan disyorkan guna prodak yang sesuai mengikut usia... dichek muka kami satu persatu..
sampai giliran Tan dia syorkan guna prodak Skinlogics Gold untuk yang berumur 25-35 tahun...
jadi Tan cakaplah umur sudah 40thn, terkejut dia..hei sambil tanganya memeggang pipi Tan..
"hei macam tak percaya" katanya...malu tapi suka..pencerama tu pun cakap "
nilah kalau rajin jaga muka"...hehhee kawan2 pun usiklah...

adalah bertanya apa rahasia Tan? ..Tan tak ada rahasia apa2 cuma mungkin masa muda Tan jaga muka, kurang bersolek tapi lebih utamakan penjaggan dan kebersihanya...dan yang paling ketara Tan suka makan tauhu dan susu kacang soya...tiap2 hari mesti ambil...sekarang saja sudah tua2 ni muak pula minum susu...dan amalkan minum air putih sebelum tidur dan bangun pagi...
dan juga SKII sudah 3thn Tan ambil dan sanggat berkesan..
Teringat pula kata pencerama tu "penilaian orang tu cantik atau tidak bukan pada berapa banyak warna cat ICI dipalitkan kat muka..tapi berapa bersih dan mulus kulit mukanya"- pencerama tu berpandukan pada kecantikan orang korea...memanglah orang korea cantik2 walaupun hanya pakai lipstic sja..

P/s : Biar berapa pun usia anda jagalah kebersihan luaran dan dalaman..biar manis dipandang mata.

ANGKARA ANJING JIRAN.


comel2 binatang peliharaan ni ... Chia dan Eirfan suka sanggat..masa gi kota kinabalu ari tu hampir juga kami belikan di Pasar Tamu Minggu...sekor rm10 sja terutama arnab tu..tapi takut pla anak2 kecewa 

sebab sebulan lalu ada seekor ayam yang lari menyelamatkan diri dari dibaham oleh seekor anjing di kejiranan rumah tan..sian ayam tu entah ayam siapa, cedera parah tapi masih bole jalan.
adalah beberapa jam dia di laman rumah kami..eirfan dan chia seronok sanggat dengan ayam itu diberinya makan kek hehhee...pastu Chia kata nak mandikan comot badannya berlumuran darah.
pas penat main dengan ayam tu..Eirfan dan Chia pun tan mandikan, bila turun saja.
ayam tu hilang, yang ada hanyalah bulu2nya diluar pagar rumah, 
rupanya sudah dibaham oleh anjing2 tu..tapi tan tak bagi tau anak2 takut dorang sedih.
tan kata saja yang ayam tu sudah balik rumahnya.

di taman tan tinggal ada beberapa orang cina tinggal, suka betul pelihara anjing tapi tak pandai jaga, dibiarkan berkeliaran, ayam dan kucing peliharaan jiran lain habis dikerjakan, yang tak bagusnya anjing2 ni bole panjat masuk pagar rumah, benci tan....tu yang tan pun tak sanggup nak pelihara binatang walaupun teringgin sanggat ternak ayam serama, kucing dan arnab tapi apa bole buat, nak letak dalam sangkar, tak best pulakan..

Isnin, 4 Julai 2011

SIBUK,SIBUK,SIBUK..

nilah pompuan malas ni...sampai bersawang dan berlumut blog tan, tak terurus sudah..sibuk memanjang.
banyak juga idea nak tulis..bukan malas cuma tak cukup tangan nak buat..SIBUK.

-tan sekarang sibuk terima tempahan jahit manik baju raya, tambah lagi tan terima tempahan dari kedai jahit. eeaa lagilah...tak menang tangan nasib baik tan setuju terima 1 kedai saja..mcm tak larat sudah...habis 2 datang 3.. ada 4 lagi tengah buat..tu yang sudah siap, ada lagi yang tengah baju baru di jahit...tu menunggu lagi..sabar sajalah..

-jahit langsir lagi..dengan kesibukan jahit manik risau pula langsir rumah aq tak siap..nak cat rumah lagi, rasanya tak sesuai buat time bulan puasa..

-minggu depan nak pergi kursus makeup di kota kinabalu pula..agak 3 hari tinggalkan rumah..bukan saja blog bersawang ruma pun mcm bersawang..

-lepas balik kursus nak buat photoshoot pula..sibuk betul, harap bulan ramadan nanti tak lah sibuk sanggat.

kepada kawan2 yang masih lagi ingat kat tan..hehheee mcm lama pulakan..mana tau sudah lupa..
tan tak kemana masih di sini, nanti tan cuba juga buat entry apa2 kegiatan yang tan buat sampai tak sempat nak buat buka blog mamachia ni....maaflah iya..