Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY

Rabu, 27 April 2011

AKU SESAT DALAM HUTAN.

aku nak cerita, baru2 ni syarikat c hubby buat hari keluarga, syarikat pilih tempat yang katanya jauh dari kesibukan, nak tempat yang tenang jadi dipililah resort ala2 kedesaan. Jaraknya 1jam dari jalan raya utama. masuk kat dalam lalunya cantik melalui kebun2 nenas, kebun buah naga, nampak rempah ratus ditanam juga pokok nira, mangga, durian dan banyaklah. biasanya kalau kat cini selalunya dikelilingi kelapa sawit ataupun hutan. 

   cantik tempatnya ada air terjun, kolam dan sungai. sekitar resort ditanam bunga orked. apalagi tarik nafas panjang aku nyaman betul, kalau kat bandar mana ada suasana cam gini. eirfan dan chia seronok berlari atas rumput karpet, c hubby ambil gambar tempat tu sampai lupa ambil gambar kami. kemudian kami pergi restoran minum petang dan berborak dengan kawan2 yang lama tak jumpa..bual punya bual sudah nak malam, kami ambil kunci dan masuk bilik. Cantik juga biliknya berkonsepkan kedesaan, dindingnya dihias batu2 sungai, perabot kat bilik diperbuat dari kayu jati.

-tiba2 Chia bertanya "mak mana tv kita" mencarilah kami,
-kerana muskil aku tanyak perempuan kat kaunter tu. katanya "cini tak ada Tv kak kalau nak tengok, kami ada bilik untuk tengok video saja, cini tak sampai karen"...oohh cam tak percaya.
-lalu aku tanya sebab tak yakin lagi."jadi internat"..dia jawab "tak ada kak" sambil tersenyum.
-tanpa aku sedar terkeluar ayat ini "jadi macam mana nak hidup" cam tak percaya pula.
-lalu menjerit dalam hati "adakah aku tersesat di tengah hutan tolongggggg aku nak balikkkkk" 
mod yang ceri tadi jadi hilang, rasa nak balik saja tapi hari sudah malam. Rindunya aku kat blog aku. bawa laptop pun tak guna. Malam itu dengar kicau burung dan unggas saja, anak2 aku sendiri pun boring. nasib baik esoknya padat dengan aktiviti sukanika dan malamnya ada jamuan dan karaoke. Hari berikutnya balik uma terus capai laptop, c hubby aku tersenyum sambil geleng kepala..aduh! beginikan anda semua atau aku saja yang rasa, susahnya kalau tak ada internat. masa aku berFB tak pula cam gini.



8 ulasan:

Scha406 berkata...

eeehehe...sha xde pulak smpi cmtu lg...ehehe

Nurr_Rahmah berkata...

awal2 berbloging ada juga rasa mcm tu kak hehe..tp skrg dah ok dah :D

Cikgu WanN berkata...

hehe igt sesat apa, wat suspen je...sasau xd internet rpenya

Tanpa Nama berkata...

ingtkan apa la td..hihihihiihi


p/s:BW & folo..mehla jenguk belog saya..salam kenal! (^_^)

chia-chia fashion. berkata...

sha a.s-hehheeee tulah kan kalau sudah ketangi berFB dan blog, rasa rimas bila tak jenguk biarlah sekejap.

chia-chia fashion. berkata...

Nurr Kasih-iya sis, gurau ja..masa x ada internat, kak pegi ambil gambar burung dan bunga..cantik..

chia-chia fashion. berkata...

Al-Wardah-hehee bikin sasau x dah ternat...mcm x ada benda lain nak buat... saja boring dalam hutan..

chia-chia fashion. berkata...

noremy bte rahmat-hei sis salam kenalan juga..