Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY

Jumaat, 26 Ogos 2011

AKHIRNYA KEAJAIBAN ITU MUNCUL DIBULAN RAMADHAN.SYUKUR..


salam bulan Ramadhan buat semua umat islam...
maaf,maaf, maaf kak Tan mohon sebab lama tak menjenguk blog, bersawang sudah.
Tak taulah sibuk mengalakan PM hehheeeee..
apa pun kak berterimah kasih pada kawan2 yang masih sudi dan setia jenguk dan komen  blog kak, cakap sibuk cam tak patut pula sebab korang pun sibuk juga tapi pandai membagi masa. jeleesssss  Tan camnana lah korang kerja lagi, urus harian lagi sudah tu masi ada masa tulis n3..kak ni bukan sibuk sangat pun tapi macam banyak kerja heiiii.....
Salam berpuasa semua....
ari ni Tan nak berkongis keajaiban yang Tan dan hubby alami bulan Ramadhan ni..
masi ingat lagi entry yang Tan tulis ini
banyak cemuhan yang kak terima dari n3 ni
-ada yang cakap Tan hantar izan kerana nak lepas tangunjawab.
-mala ada juga cakap yang Tan tak sayang sudah dengan izan.
-ada juga suara2 kata sebab ingin hidup bebas tan sanggup lakukan ini semua.

Terus terang Tan tak berniat begitu, kalau pun Tan tulis n3 tu
sekadar nah luahkan apa yang terpendam dalam hati kak,
 kak bukan robot yang meng"iya"kan saja walaupun Tan tak suka, walaupun hati Tan berat menanggungnya. tulah sebabnya Tan buat blog ni untuk meluahkan dan melepaskan apa yang Tan rasa, dengan meluahkan apa yang terpendam dan berkongsi dengan kawan2
masalah mungkin lebih ringan sikit, takkanlah bila kita ada anak OKU,
 maka hidup kita pun tak terurus, muka dan diri pun tak terjaga....
seperti kata kawan kak "orang hanya tahu melihat dan menilai, tak tahu bahu yang memikul sangat berat" apapun Tan tak kisah dengan cemuhan tu..
walaupun ada yang tak puas hati dan suruh kak tutup blog ni.. jawab Tan TAK AKAN PERNAH..

Berbalik kepada kisah yang Tan nak tulis tu...
apa yang Tan nak cakap Tan tak pernah menyesal berpisah dan menghantar izan ke pusat jagaan anak2 kurang upaya (SS). kalau pun kak menyesal ialah kerana lambat menghantara nya...
dan korang lihatlah video macam mana izan bole berjalan sudah...

video
video dirakam saat izan mula2 berjalan tanpa alat bantuan.

sejak lahir izan tak pernah jalan, ia mengalami masalah kaki yang lembik dan berat badan..kak dan hubby pernah menghantarnya rawatan masa di Kuantan, untuk melatihnya berjalan tapi tidak berjaya, juga pergi berurut dengan bidan juga gagal, hingga kami berputusasa...
apa yang kak harap kan masa itu hanyalah keajaiban...
tiada apa yang izan dapat lakukan, semuanya atas bantuan kami, kalau nak bergerak ia hanya menggisut sehingga umurnya 7 tahun..
barulah kami menghantarnya ke pusat jagaan anak kurang upaya..
ia dilatih berjalan, makan guna sudu, minum sendiri ...

sehinggalah bulan Ramadhan 2 hari lalu pada 24/08/11, baru 6 bulan disana, dia sudah bole berjalan dan makan guna sudu... akhirnya keajaibkan yang kami harap2 kan terjadi dalam bulan ramadhan syukur kepada ALLAH kerana memberi keajaiban itu..
sebelum ni kami tak jangkankan izan bole berjalan setelah usianya 7 tahun lebih.
dan kak bersyukur kerana menghantarnya ke sana (SS).
dan berterimah kasih tak terhingga kepada tenaga pengajar sanggup melatih izan,
dan sayang sangat kat izan, hingga masa hubby ambil izan kelmarin ada pelatih yang menangis sedih berat hati berpisah dengan izan..
video ni pun dorang juga yang buat,terimah kasih sangat,
 budi baik pelatih2 ni tak dapat kak dan hubby balas...
itu saja entry hari ni saja nak berkongsi kegembiraan dengan anda semua
terimah kasih kerana sudi mendengar..

dan kak Tan dan keluarga hubby, Izan, Eirfan dan Chia nak ucapkan
"selamat hari raya kepada sahabat2 blog semua, moga hari raya ini kita sambut dengan keceriaan dan yang balik kampung moga selamat sampai"

Tan memohon maaf kalau selama ada blog kak, kak tertulis kata2 yang menguris hati kawan2, yang terkasar bahasa, yang menyakitkan mata, harap dimaafkan, Tan hanyalah manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan.




Sabtu, 6 Ogos 2011

PERPISAHAAN DAN PERTEMUAN DIBULAN RAMADHAN.


Dalam seminggu ni rasa terharu pula bila mendapat berita pakcik Tan meninggal dunia sebab kemalangan  dilanggar...lama tak berjumpa dengan dia..terakhir jumpa masa majlis perkahwinan Tan sudah 15 tahun..ingat pula masa tu dia bebel2 dengan Tan "mesti juga pakai baju tu" masa kawin Tan ada disediakan baju tradisonal Bugis (baju Bodo) agak seksi, jadi Tan berguraulah minta kalau bole tak pakai, apa lagi bebel dia, katanya "jangan tinggalkan adat walaupun ko sudah kawin bangsa lain". dia juga yang paling sibuk masa Tan kawin...sedih pula rasanya..Tan doakan moga rohnya dicucuri rahmat..amin.
maaf tak jelas..

bestnya Tan bertemu pula dengan sepupu yang lama juga tak terpisah lebih 30 tahun masa tu dia masih budak2 lagi agak umurnya 10 thn kalau tak silap, kami terpisah sebab perceraian ibu bapanya jadi pergilah dorang ke KL. dia yang mula2 kenal Tan melalui FB, tu yang bagusnya di FB kalau kita guna profile dengan nama sebenar, dia kenal nama Tan walaupun tak kenal muka, iyalah sudah lama manalah kenalkan..haraf satu hari nanati kami sekeluarga dapat bertemu..tu saja yang nak di kongsi.

P/S: perpisahan dan pertemuan adalah ketentuanNya..

Jumaat, 5 Ogos 2011




Hayatilah lagu ni untuk halwat telinga.
Sempena bulan Ramadhan ni kita berharap yang baik2 saja..niat kita agar dapat menjadi lebih baik dengan sifat yang baik seperti x mahu sudah marah, x mahu berperasangka, x mahu membazir, x mahu mengumpat dan banyak lagilah sifat2 yang tak baik, kalau bole jangan ada yang buruk dalam diri kita masa berpuasa..
Tapi dalam bulan nilah yang kadang tanpa kita sedari kita lebih teruk lagi, iyalah Tan tak dapat nafikan kadang Tan tak terlepas dari semua ni. kata syaitan dah diikat bulan Ramadhan, tapi perangai Tan macam lebih pula dari bulan2 lain...sepertinya
1. Membazir- masa ke bazar Ramadhan..pantang nampak kuih muih, nak rembat semua. masa ari biasa jarang pula mkn kuih. Beli banyak2 sudah makan dua tiga kuih, tak larat pula nak habiskan..anak2 bukan suka sangat makan kuih..alamatnya masuk tong sampah.
2. Pemalas- memandangkan puasa, kerja2 memasak kurang, naa malaslah jawabnya. masak satu dua jenis lauk sudah..kuih muih beli kat bazar saja..masa2 lain tidur kumpul lemak..napalah tak menggemuk.
3. Pemarah- mungkin sebab perut kosong. nak marah saja..tambah lagi masa tersekat kat jalan, tak taulah masa bulan Ramadhan nilah jalan makin jame, terutama dekat bazar ramadhan, nak cari paking pun sudah..nah apalah terburailah kemarahan.
4. Pemboros- ni terutama bab nak raya ni, semua nak baru, baju raya nak 4 pasang, langsir tukar baru walaupun yang lama masih elok lagi, kuih raya nak berbalang2 masalah-masalahhhh....rumah mau cat baru juga, belum lagi bab kasut beg..aduh tamaknya.
tulah yang menjadi masalah pada kita, kata posa, nak buat yang baik2 saja tapi makin parah pula..alasan setahun sekali saja..hehhehee iyakah? apa pula pendapat anda?


P/S: kita hanyalah insan yang lemah tak lari dari kelemahan.
tapi berusahalah untuk lebih baik dari semalam.

Rabu, 3 Ogos 2011

NAK EIRFAN BELAJAR TARAWIH.




 


Tan nak bercerita sikit sempena bulan Ramadhan ni, saja nak kongsi sembahyang sunat tarawih..
tadi siang Tan terdengarlah satu ceramah kat radio tofiknya solat tarawih..
ada soalan bertanya tentang anak2 yang bising dan menganggu masa solat tarawih...
padahal baru ja kelmarin Tan bagi tahu c.hubby agar membawa Eirfan gi tarawih sama-sama..

sebenarnya Tan nak Eirfan berlajar tarawih..taklah pandai lagi Eirfan baru umur 4 tahun cuma Tan ingin dia rasa bagaimana suasana tarawih..seingat Tan masa dulu2(dulu2 lagi, tak habisa2) kat kampung,
asal masuk tarawih riuh masjid olah budak2..iman masjid tak marah pula, budak2 yang datang dikumpul bahagian lain dan dibiarkan sembahyang, cuma dibagi amaran agar tak bising..bole pula masa tu, memanglah kadang terdengar juga usikan suara sumbang bebudak ni bila  iman tu sembut aminnnnnn.....

tapi Tan suka berfikiran yang baik2 sahaja..maksud Tan ambil yang memberikan kebaikan, sudut2 yang baik..

maksud Tan biar anak2 berlajar menghormati masjid dan belajar mengenali solat berjemaah dan larangan berbuat bising di masjid..iyalah bila anak2 asyik ditegur jangan bising di masjid, lama2 mereka tahu yang masjid adalah tempat solat dan tidak bole bising..


juga contoh anak buah Tan sendiri baru berusia 2 tahun, bapanya selalu membawanya kemasjid masa solat jumaat, tu masjid kat kampung... sekarang usianya 3 tahun dia sudah pandai solat, walaupun tah apa yang dibaca tapi bolelah..mcm orang dewasa pula aku tengok..tak pula dia buat bising kat masjid.
ambil juga contoh kisah Ibnu Abbas yang masih kanak-kanak solat di sisi kanan Rasulullah.

Apa2 pun Tan haraf yang terbaik buat anak2 tapi kita tak bole paksah mereka juga.
apa pula pendapat anda tentang tajuk ni....



P/s : Ambil kesempatan mendidik anak2 masa bulan Ramadhan ni..



Selasa, 2 Ogos 2011

KAWAN OK DAN KAWAN KO


Lain pula n3 saya hari ni..macam mana iya nak cari kawan yang bergelar sahabat?.ini adalah cara yang diajar masa Tan ikut kursus perbankan (sebenarnya motivasi). sudah lama, masa Tan masih kerja di sebuah bank tempatan...ianya fomula OK dan KO, ingat2 lupa tapi Tan tertarik dengan fomula ni bagaimana cari kawan yang OK..

maksud kawan OK, ialah kawan yang benar2 kawan bukan saja cantik luaran tapi baik dalaman..
amal ibadatnya, kata2nya dan budi pekertinya. iaitu sahabat sejati.

yang baik dan sentiasa ingin melihat kita maju.
yang sentiasa ingin melihat kita bahagia dan berjaya.
yang senang masa kita senang dan yang susah hati masa kita berduka.
yang sentiasa melihat kebaikan kita dan melindungi keburukan kita.
yang membantu masa kita perlu dan saling berkongsi masalah

nampak macam mudah, tapi susah juga nak dapat sahabat cam ni...
tapi kena hati2 juga masa cari kawan. sebab ramai juga yang berniat jahat

yang sentiasa mencari keburukan kita
yang gembira masa kita berduka
yang mencaci maki dan memburuk2kan kita dibelakang
yang cari kesempatan keatas kita.
yang tinggalkan kita masa dihimpit masalah
yang suka lihat kita jatuh.

kata orang kalau perangai kawan2 OK maka OK jugalah perangai kita..iyakah? tah lah, kalilah kan..hehhehee
macam kat bawa nilah

kalau kita OK dapat kawan KO, kita pasti KO
kalau kita OK dapat kawan OK, kita pasti lebih OK
kalau kita KO dapat kawan OK, kita pasti OK
kalau kita KO dapat kawan KO, kita pasti lebih KO

Tan suka yag no3 tu iatu kawan yang dapat membimbing kita kearah kebaikan dan meyedarkan kita dari   kejahatan.
jangan macam no1 tu kawan yang membawa kita dengan perangainya yang tidak baik..akhirnya kita jadi rosak.
bertuah lah orang no2, kerana mendapat sahabat yang seiringan kearah kebaikan..jadi sayangilah sahabat anda itu.
janganlah kita jadi macam no4 itu bukan sahabat namanya, tu kawan makan kawan..hheheee

Tapi janganlah pula sebab rasa OK ( perasan OK hehehe ) maka tak mau kawan denga orang KO...sian tau
kawanilah mereka mana tau anda bole buat mereka jadi OK juga.
itu sajalah hari ni dengan entry cara mencari kawan2 OK dan KO.. apa2 pun OK lah sahabat2 OKku moga2 bukan kita sahaja jadi OK harap2 kawan2 kita turut jadi OK juga...OKlah itu sahaja, Tan nak ucapkan pada sahabat2ku yang OK2 semua...


  P/s:Selamat menyambut Ramadhan kepada semua umat islam...
rebutlah peluang melakukan kebaikan pada bulan ramadhan walaupun sekecil zarah.

Isnin, 1 Ogos 2011

RINDU JERITAN ITU...


Teringat dulu-dulu masa masih muda remaja, sedar juga aku tua bah..
masa bulan ramadhan bila time sahur anak2 belia kampung, mulalah memukul-mukul kompang, tin dan segala macam bunyi, keliling kampung sambil menjerit2 
saahurrr... saahurrr... saahurrr...... rindu pula Tan nak dengar sekali lagi..bila subuh saja adik2 lelaki Tan mula keluar rumah berkumpul dengan kawan2, berbagi bagi tugas
ada yang bawa lampu sulu, pelita yang lain bawa kompang dan tin. Kerna jeritan nilah tak perna lah terlajak tidur sampai tak sahur. 

 Tan duduk di rumah taman sekarang ni manalah ada benda cam tu, dengar salakan anjing jiran
adalah...rindunyaaa.. duduk kampung, 
kat kampung pun kurang sudah semangat hidupkan malam ramadhan tak macam dulu2.
 bila masa sahur bising dengar suara jiran tengah masak, sempat lagi bertanya kat jiran "masak apatuu?..."
meria macam hari siang..tapi duduk rumah taman ni senyap saja, kadang bertanya juga "jiran aku ni sudah bangun ka tidak?" 
jadi serbe salah nak jerit, anti apalah dikata jiran2 bangsa lain "bising saja orang nak tidur" 
Tan akui jauh beza keseronokan bulan ramadhan di kampung, apa lagi bila raya hei!! meriah betul..
napa pula aku teringat masa dulu2 ni..apa2 pun dimana saja kita
berada puasa mesti ditunaikan, jangan nak ponteng2 (yang popuan dikecualikan).

P/s: Pahala dilipat gandakan pada bulan Ramadhan..jadi buatlah pahala walau sikit.