ANAK KAMPUNG DAN BANDAR..
Lama sudah tak buka blog... demam berapa hari ni..sudah sihat ni gian pula nak tulis entry.
Perasan tak tajuk itu. ia mengenai anak2 saya M.Airil Eirfan (Eirfan) dan Aaleyah Batrysia (Chia) yang rasanya bagi saya sangat bertuah sebab mereka melalui kedua-dua keadaaan itu..kehidupan di kampung dan di bandar. Jarang anak2 sekarang dapat melalui suasana ini.
Bila Eirfan dan Chia berada di rumah keluarga saya di kampung sangat meria dengan suasana kampung dengan moyang, atuk, nenek, pakcik, makcik2 dan sepupu-sepupunnya..tak macam anak2 bandar yang tahu binatang ternakan seperti ayam, itik dan kambing. Eirfan dan Chia boleh menangkap ayam, main dengan kucing, binatang lain tak heran segala lebah, laba-laba, rama-rama, cacing, gonggok dan juga kutu tanah pernah dipeggangnya..bermain dengan tanah dan lumpur perkara biasa..asal balik dari rumah mak mesti kaki, baju dan seluar kotor sebab duduk atas tanah tanpa beralas dan tidak memakai kasut..tapi mungkin sudah biasa Eirfan dan Chia jarang pula sakit. rasa makanan kampung seperti ubi, pucuk ubi dan ikan kering biasa baginya.mandi dengan air sejuk dan main segala jenis permainan dengan budak kampung walaupun jarang dibagi peluang sebab masih kecil. Disini mereka dapat belajar erti pergaulan dan persahabatan.
Bila di rumah mertua pula yang terletak di rumah taman serba moden bersama nenek, pakcik2, makcik2 dan sepupunya..dalam lingkungan keluarga yang kecil, Eirfan dan Chia mendapat perhatian sepenuhnya, makan dan minum dijaga. Begitu juga masa untuk main dan masa tidur teratur..jauh sangat perbezaannya..bila berada di rumah mertua anak2 saya terdedah dengan peralatan orang dewasa seperti komputer, internat jangan heran anak2 saya tahu gunakan, tapi cari kartunlah. Psp lagilah level game jauh sudah kalahkan ayahnya dan mahir juga main game guna Wii walaupun baru berumur 3 dan 4 tahun. Peralatan muzik juga mereka tahu mungkin sebab bila pakcik2nya balik dari U dan berkumpul, mereka selalu bermain muzik seperti gitar dan piano. Saya lagi suka anak2 saya terdedah dengan peralatan gadget ini walaupun terlalu muda, biarlah mereka rasa apa yang tidak pernah saya rasakan masa kanak2..
Dan masing2 ada kelebihanya dan anak2 tak pernah memilih dan sungguh gembira bila berjumpa dengan sepupu, atok dan nenek mereka.
Jauh sangat perbezaannyakan? bukan saja suasananya tapi juga perbezaan bahasa dan adat ini sebab keluarga saya dari suku Bugis dan keluarga hubby pula dari suku Bajau. Lagi bagus kalau mereka boleh menguasai kedua-dua bahasa itu.
Bertuahkan bila anak2 kita dapat melalui kedua2 suasana kampung dan bandar dan dapat terus melalui keadaan yang walaupun berbeza tapi dapat menyembangi. Tentu sahaja saya dan mungkin juga harap anda sebagai ibu agar anak2 kita bila dewasa nanti, tidak lupa diri walau dimana berada dan yang paling penting tidak lupa asal-usul mereka.
8 ulasan:
ala comelnye hero n heroin akak...... :)bagus klu dorg da dpt pndedahan awal cmtu time kecik ni...besar nnt pandai bwk diri kn kak........
pendedahan awal macam neh bagus kak..untuk buat anak2 lebih fleksible di mana2 keadaan..
sha a.s-thankz sis..iya arap gitulah kan..kita ni tak tahu sngt cara yg betul didik anak..kadang persekitaran membantu jugakan..
Amirah A- t.kasih mira, betul tu biar fleksible..kita tak jangka cabaran akan dtng mungkin lebih hebat lagi kan...
alela ensem nye hero sis...heroin pon somel manis nyee..meh auntie nk cobit pp gebus tuh engegegeeee
untung dorang dpt pendedahan awal2 2 suasana berbeza 2 budaya b'lainan..satu perkembangan yg sihat :)
GreenJade-heheheee, dua2 pun berbeza perangai sis, tu yang suka bergadu, huru hara uma dibuatnya.
tu la beza dok kmpng ngan dok bndar kan..tp,dua2 pon dpt merase..bgs la..seronok..
siHa-seronokan, rasanya kampung dulu dan sekarang berbeza jugakan..byk permainan dulu2 yg sdh ilang, ctnya mandi sungai, itulah yg plg seronok bgi kita.
Catat Ulasan