Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY

Ahad, 25 September 2011

LANGKAH2 AMBIL GAMBAR STATIK DAN MASUKKAN DALAM BLOG..

Salam semuaa.... ari ni kak nak buat tutorial sikit, bagaimana nak ambil gambar atau apa2 jugalah yang anda mahu yang tertera atas screem pc@monitor secara statik, kemudian masukkan dalam n3 kat blog. seperti dalam n3 ini..kak cuba buatlah atas permintaan Hanny Esandra, ..memandangkan kak pakai pc Apple..kak akan ajar juga cara Apple, tak banyak beza punnn..tapi bagi kak window lagi mudah dipahami
kak pasti ramai yang sudah tahu dan pandai guna, cuma kak nak kongsi sikit tutorial ... harap sampailah apa yang diajar kalau salah harap dimaafkan iya.....


Bagi pengguna Apple..


1- mula2 paparkanlah atas screm monitor anda, apa2 yang anda nak gambar, buka besar2 ok.. 
2- kemudian tekan SHIFT/COMMAND/3 secara serentak, bila anda terdengar bunyi klik bermakna sudah siaplah proses mengambar..pastikan anda tahu dimana gambar disimpan.. terpulanglah korang nak masukan kat fail mana. kak suka masukan kat dalam destop senang delete kemudian.
3- kalau nak edit.. open lah Adobe photoshop CS5, bolelah buang(crop) mana2 yg tak patut.. dan kalau nak terang lagi sharp kan lah juga dan save kan dalam destop semula...bole juga kalau tak nak edit terpulang..
 4- buatlah n3 dan upload macam masukan gambar insert image yang kat atas tu. ingat ambil gambar destop. itu saja mudahkan..

inilah gambar asal massage yang digambar dari FB...


ini pula yang kak sudah edit buang yang tak patut, besarkan dan terangkan.

Bagi pengguna Window pula

1- mula2 korang besarkanlah screem moniter pc anda, gambar atau apa2 saja yang korang nak ambil tu. sama langkah apple di atas.
2- tekanlah keybord Prt Scrn Sys Rq (terdapat sebelah kanan atas keybord pc anda) sekali saja untuk satu gambar, kalau nak lebih tekanlah lebih...masa anda tekan tu pastikan screm monitor anda terpapar gambar yang nak diambil tu ok..
3- gambar tersebut bolelah anda simpan dalam microsof office picture manager dengan membuka microsof office dan kliklah (sebelah kanan mouse) paste kan, bermakna gambar tu ada sudah kat microsof office ni...editlah kalau mau. buang(crop) mana yang patut..
4- sudah selesai, bolelah anda buatlah n3 kat blog dan upload gambar (dari microsof office tadik) macam biasa insert image. sama juga dengan apple.

ok tu saja tutorial cara mengambil gambar yang tertera pada screm monitor dan masukan dalam blog. mungkin juga cara penyampaian kak tak betul, haraf di perbetulkan dan sudi2kan lah komen.

P/s : yang baik tu datang dariNYA, yang silap tu dari kak sendiri..haraf di maafkan...

Khamis, 22 September 2011

HIDANGAN PAGI RAYA..

masih raya lagikan?..jadi kak nak berkongsi menu di Sabah, terutama sekali di uma kak masa pagi raya..tak banyak bezanya dengan hidangan korang semua, kalau kat sabah ada juga yang menghidangkan ayam masak kurma, masak rendang, masak lodeh dan banyaklah...cuma kebanyakan orang sabah terutamanya di bela pantai timur sabah, termasuklah juga kak menghidangkan menu wajib iaitu Burasak, Tumbuk, ayam masak Liku dan kuih Bangkek kelapa atau kacang... 4 hidangan yang sedap dan hanya timbul time raya sahaja, mungkin sebab menu ni susah dibuat, tah lah...tapi memang jarang dijumpa kecuali hari raya..kalau kat rumah kak, hari raya kedua sudah habis, hidangan ni sangat sedap..kalau tamu datang mesti cari 4 hidangan ni...( kak tak sempat nak gambar..ambil gambar google sja)
Burasak@Buras.

ini adalah Burasak..dibuat dari beras,santan dan garam sikit..
sangat mudah..tapi nak membungkusnyaaa...

 membungkusnya sangat susah kena pandai.. begitu juga mengikat kena ketat 
kalau ikatan longgar, air akan masuk dan buras jadi lembut..
dimasak selama 3-4 jam dengan api yang kuat..

ini lah hasilnya...kalau tak pandai buat, nasi mungkin berterabu dan mudah basi.

Tumbuk

 ini pula Tumbuk, diperbuat dari beras pulut yang ditumbuk berselang seli dengan daun, macam lemang juga dimasak bersama santan dan garam sikit...kemudian di bungkus ketat dengan daun. di dalamnya pulut ditumbu (sbb tu di bagi nama tumbuk) hingga padat kemudian dilapik dengan daun, kemudian pulut ditumbuk lagi hingga padat dan diletak daun begitulah seterusnya kemudian dibalut dengan daun berlapis2 dan diikat ketat...
kak tidak pernah buat tumbuk lagi...susah nak buat ni banyak tenaga kena keluar, mengikatnya lagi satu hal...rasannya lebih kurang lemang..cuma tumbuk direbus lemang dibakar..

Liku@ayam masak lingkuas.

 yang ni pula ayam masak Liku, nak tau cara buat antik kak buat n3
Liku ni sedap dimakan bersama Burasak dan Tumbuk..
jadi kalau ada Burasak kena ada Liku juga..

Kuih bangkek pula, kuih yang wajib ada, rumah kak sudah habis raya ke3 lagi sampai lupa nak gambar..
sedap dan tahan lama, kata orang kalau disimpan elok2 bole tahan selama 1 tahun, Eirfan dan Chia suka kuih ni. dari 10 balang kak beli 2 balang dorang yang habiskan, termasuk kak juga heheheeh.
sedapppp....makan banyak mana pun tak bosan, lagi kalau dicecah dengan tea panas puii!!! sedappp..


itu saja lah n3 kak ari ni...sudi2kan lah komen iya..

P/s : masakan tradisi ni..biarpun kita pandai buat..tak kalah dengan hasil masakan tangan mak sendirikan?

Selasa, 20 September 2011

PENGORBANAN IBU..

baru2 berlaku kejadian bunuh di tempat saya...mangsa di belasah dan ditikam hingga mati...time raya lagi baru saja kita bermaaf2an ada pula kes cam ini...dengarnya dia dibelasah oleh 14 orang, kejam betul...

kasihnya ibu sanggup berkorban..


apa yang kak nak cakap cini ialah kisah seorang ibu yang kak dengar semalam masa menghantar mak kak yang sakit di hospital...semasa menunggu mak kak mendapatkan rawatan, adalah beberapa cerita dari perbualan orang2 yang juga tengah menunggu, mengenai kes bunuh itu... dari 14 orang yang membelasah c mangsa ada seorang anak muda dengarnya melarikan diri ke seberang takut diberkas...tauu juga takut, belasah orang tak takuttt...yang sedihnya mak dia sanggup menyerah diri kepada polis, untuk menjaga keselamatan anaknya c pengecut tu.. agar tak dibelasah oleh keluarga mangsa yang sedang berang..begitu sekali pengorbanan seorang ibu, walaupun dia tahu anaknya bersalah, tapi demi mengelakan anaknya dibelasah oleh keluarga mangsa, sanggup pula menyerah diri untuk ditahan sebagai ganti anaknya sementara anaknya sedang diburu polis.....eai!! kalau kak tak tahulah nak buat apa tangkap saja bikin susah...dengarnya kes tu belum selesai lagi, polis tengah mencari kesemua saspek..tak tahulah apa nak cakap lagi kalau c. anak tak mahu berubah selepas apa yang dilakukan ibunya itu..



P/s: walau sejahat mana pun seorang anak, kasih ibu tidak pernah berubah...

Isnin, 19 September 2011

SIBUK JAHIT MANIK DAN LABUCI BULAN RAMADHAN LALU...

Salam dan selamat semua...nak tahu apa yang buat kak sibuk bulan ramadhan lalu...ah!!! ni lah apa lagi jahit manik...kak biasa juga terima tempahan pada hari biasa..tapi bulan ramadhan tempahan banyak juga, buat kak tekejar2..tahulah raya tinggal sebulan saja. baju banyak nak dijahit manik..c.hubby larang juga kak ambil tempahan banyak, risau dia kak sakit..biasalah kak ni jenis yang suka tengok orang kelihatan cantik apa lagi di hari raya...tapi ada juga berapa pasang yang datang seminggu sebelum raya kak tolak, takut tak sempat siap...
| 
 kak ambil tempahan jahit manik sejak 2009, kecil2lan, sekadar mengisi masa lapang,buat di rumah saja, ada juga pelanggan tetap kak...bolehlah tahan, lagipun kak suka cipta design2 baru jadi kak tak mahulah terburu2 buat kerja..apalagi jahit manik ni kena fikir kesesuai warna, corak bunga dan jahitnya kena kuat jangan sampai mudah tercabut...
baru2 ni saja kak terima tempahan jahit manik melalui kedai jahit baju..maksudnya kedai jahit tu menjadi orang tengah kak...yang bestnya harga kak yang bagi, kedai jahit tu kak bagi komesyn sikit...jadi harga yang kak kenakan taklah mahal, terimah kasihlah buat Lina yang mempercayai kak dan sudi promosikan jahitan manik kak di kedainya, moga kedainya akan lebih maju...cerita tentang kepercayaan..kak mengalami 2 kisah pahit  jahit manik ni:
kes petama 
sebelum ni kak perna bekerjasama denga kedai jahit baju...kak percayakan dia sehingga kak menyimpan sampel2( contoh) jahitan manik bunga labuci di kedainya, kononnya untuk pelanggan tengok dan pilih bunga mana yang dorang mahu...sampel tu ada 42 jenis bunga siap kak jahit cantik2 dikain baldu...rupanya kak tertipu selepas mendapat 2 tempahan tiba2 berhenti..kak jadi hairan jadi kak pegilah ke kedai tu...katanya sampel tu hilang dan tak ada tempahan...kak percaya sehinggalah ada seorang tukang jahitnya memberi tahu kak yang sampel tu telah dibuka, rupany dia nak tiru jahitan kak dan terima tempahan jahit manik tu di rumahnya...punyalah kecewa kak.
kes kedua
raya tahun lalu, kak ada menjahit baju satu orang ni..adalah 5 pasang bajunya kak jahit manik..adakah masa raya, sedang kak ada duduk di belakangnya, bole dia bagitahu kawan tu yang manik di bajunya tu dia yang jahit, dia bagi tahu kawan tu lagi kalau nak tempah, tempah dengan dia...alahi!! ada juga mcm tu..tapi kalau kita bohong pasti akan terbongkar juga..bila raya ke 2 tu, kawan yang tak tahu apa2 tu datang pula beraya kerumah kak..dan bertanya kalau manik (kat baju kak pakai hari tu)  juga dijahit oleh orang tu...kak punyalah terkejut bole pula jadi cam gitu, kebetulan pula saksi yang tengok kak jahit baju tu juga ada dicitu juga terkejut...kenapa dia sanggup berbohong ...

tulah tak perlulah nak tipu2..kak tak kisah kalau ada orang nak belajar..tapi janganlah buat benda cam gitu tak baik..adalah kawan bertanya kenapa saya sabar dengan orang ni..tak marah pun, padahal orang yang lihat punyalah geram dengan perangai orang2 ni..kak hanya jawab "kak hanya bole bersabar dan diam, biarlah Allah yang membalasnya" kalau difikir2 bikin sakit hati saja..jadi kak tak mahu layan sangat perangai orang cam gitu..
ini antara gambar2 yang sempat kak uplod, yang lain2 antik kak upload pelan2..ok.


sampel darurat yang terpaksa kak siapkan 2 hari sebab sampel asal diambil orang. kak letak di kedai jahit kak Lina...anti ada masa kak nak buat baru..kalau bole kak nak frame biar tak bole dibuka hehhehee..kejamnya.













  ini pula bentuk baru yang kak buat tuk baju Chia.. masa rumah terbuka ada beberapa kawan yang berkenan dan nak hantar baju tuk raya aji pula.. 


 TAPI.. ada tapinya...hehhehe.. kerana terlalu nak cantikan baju raya orang, baju raya kak sendiri korang perasan tak? ... korang tengok, rupanya tak siap satu daunnya..adik kak yang perasan aduh!!!..

P/s: Duit jahit manik bulan ramadhan kak rancang nak beli kerusi taman, bolelah kak duduk2 dilaman uma sambil jahit manik cewaaa....

Jumaat, 16 September 2011

GENAP 14 TAHUN...MOGA DIBERI KEKUATAN.

 Pada 13.09.11 baru2 ni...genap 14 tahun, perkahwinan kami, pejam celik pejam celik tak sedar pula...
rasanya macam baru saja semalam..kalau ada anak sudah teruna@dara aganya...apapun kak tan bersyukur selama ni banyak suka duka, pahit manis kami lalui bersama-sama...
|
bertengkar, sekajap minta maaf...sabar dengan kerana masing2.
bergaduh, kemudian berbaik...perlunya tolakansur.
ditegur, apa yang tak baik...pentingnya saling berbagi pendapat.
pahit manis yang kami lalui selama 14 tahun banyak juga menyedarkan kami betapa pentingnya untuk kami saling menyokong antara satu sama lain.
|
tiap tahun  bila sampai tarikh ni kami akan mengambil masa untuk bersama sambil mengingat masa c hubby mengurat2 kak..hehheheee ialah kalau orang barat mengulang ikrar cinta dorang kak guna cara nilah.. masa mengorat2 tu taklah macam cinta orang sekarang...tapi bila diingat2 rasa lucu buat kak tersenyum dan hati kak berbunga2 semula macam masa bercinta dulu chewaaaaa....
|
dialah suami terbaik, sahabat yang sentiasa mendengar kala kesedihan, teman masa susah dan senang .
dan yang penting dia suami  dan bapak kepada anak2ku yang paling memahami...
makasi sayang.
|
memandangkan hari tu c hubby sibuk dengan lawatan CEOnya..kami sambut dengan makan2 sahaja tupun sebelah malam... bawa anak2 makan di restoran seafood..
ada juga sikit gambar yang kak ambil sebagai kenangan....



 muka-muka lapar..

 anak2 boring menunggu...eirfan cakap mau makan ayam..padahal kak tak oder ayam..

sip baik ada benda ni kacang dan jeruk pembuka selera ...habis kak makan, lapar niii..



 kerang pun ada hidup2 lagi..

pelik pula nama ikan ni...setau kak ni ikan kerapu.

 seafood segar2 pilihlah ikan mana nak makan, besar2 lagi tu dan murah2...kami pilih ikan merah ni.

 siput.. lupa pula nama dia. cecah dengan lada berlimau..

 udang masak pelanta..

 sayur manis..kat sini dipanggil cangkuk manis.

ikan merah sederhana besar tuk 2 orang saja.

ni tengah menghayati makanan..tak pandang camera lagi..





 sampai licin ikan hehhehheee... lapar betul.

hadiah ulang tahun kami yang ke 14 tahun nilah...hampir seminggu ditunggu baru sampai..
bagi kak bukan hadiah yang penting..cuma kadang kita perlu ada satu kenangan jadi c hubby aku belilah ni..katanya lebih tahan lama dan ada gunanya..kalau dulu dia lebih suka bagi bunga dan kad..

 bole tulis ucapan lagi di belakang ipad tu..




eirfan dan chia juga yang lebih terujah dengan hadiah tu...
kata chia ni ipad chia...kata ci abang nak main angry birds..

ini saja yang kak nak cakap..moga perkahwinan kami kekal selamanya..amin.


P/s; selalu berharap moga kami kuat mengharungi hidup yang penuh cabaran ini..

** ari ni saja ada 4 jemputan rumah terbuka hei!!! kena pegi tau tak baik, orang sdh jemput..
nak pakai baju mana satu.??????


Selasa, 13 September 2011

RUMAH TERBUKA 2011.

salam, untuk semua selamat raya, lama juga tidak muncul ni rindu juga kak dengan 
blog aku ni..ari ni masuk15 hari raya tapi.. macam tak cukup2 jugakan? 
kalau bole nak hari2 lah raya hehheee...
letih juga raya tahun ni, sana sini orang sibuk majlis kawin,
 tunang belum lagi rumah terbuka, rasanya macam raya sebulan tak cukup...
apa tidaknya bukan sambut raya saja, ada juga yang buat kenduri kawin,
 tunang, gunting rambut, rumah terbuka lagilah.... tak putus2 jemputan..
sudah dijemput kenalah pegikan ...kenyang juga perut, biasalah makan free...
yang peningnya bila time mau pegi tu... nak pakai baju apa lagi
tau lah kalau 10 jemputan kena ada baju 10 pasang jugalah iya hehheeee.. 
baju raya yang ada pun 2 pasang saja 
jadi kenalah pakai baju raya tahun lalu...
takpalah kan yang penting tu pegi.. iyalah orang sudah jemput pegilahkan, 
dan niat nak bermaaf2an tu yang utama..


rumah terbuka 

bila pegi kenduri ni banyaklah bertanya bila pula kak buat rumah terbuka
setiap tahun kak buat, cuma tahun ni terlambat..tahun2 lalu biasanya buat minggu pertama raya..tulah sebab banyak pula jemputan kawin..
tapi kak dapat juga buat kelmarin sekadar menjemput kawan2 dan keluarga..
buat sederhana sahaja, masak sendiri sambil dibantu oleh adik, 
walaupun penat tapi seronok bila dapat jumpa kawan2..sambil bermaaf2an.





lepas makan sempat juga posing2, padahal muka tu bekilat dari dapur masak...

 sianya duduk bawa sudah ketua puteri ni..makasi sudi datang uma..
dorang mesti datang uma kalau dijemput tak sombong..best kawan dengan dorang.




 hidangan ari tu biasa saja, sup tulang  dan satey campur lauk2 lain...20 kilo sup tulang habis...bagus2
dorang asal raya tulah yang dicari...sup tulang dan satey..

aduh muka kepenatan.. tapi happy juga dengan cita kawan2 yang datang...

 posing jangan tak posing...malu2 lagi dorang ni..makasi semua PUTERI sudi datang..tahun depan datang lagi..

 alalah!!! aku ni bila jumpa orang muda jadi posing orang muda juga hehheee 
ni adik2 semua masi bujang..kak nak tahun depan raya datang dengan pasangan sudah..


kakitangan hubby aku datang juga, napa tak bawa bini..rupanya dorang dari kerja terus singga uma.

rumah terbuka kak dari jam 12th hingga 5petang tapi ada juga yang tak sempat datang jam 7 malam
takpa..kak risau kalau kehabisan lauk saja..tapi syukurlah semuanya selamat dan berjalan dengan baik
kepada yang sudi datang rumah terbuka...kak ucapkan terimakasih sangat2...mohon maaf sepuluh jari dari kak dan keluarga..panjang umur tahun depan jemputlah datang lagi...