Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY

Khamis, 22 September 2011

HIDANGAN PAGI RAYA..

masih raya lagikan?..jadi kak nak berkongsi menu di Sabah, terutama sekali di uma kak masa pagi raya..tak banyak bezanya dengan hidangan korang semua, kalau kat sabah ada juga yang menghidangkan ayam masak kurma, masak rendang, masak lodeh dan banyaklah...cuma kebanyakan orang sabah terutamanya di bela pantai timur sabah, termasuklah juga kak menghidangkan menu wajib iaitu Burasak, Tumbuk, ayam masak Liku dan kuih Bangkek kelapa atau kacang... 4 hidangan yang sedap dan hanya timbul time raya sahaja, mungkin sebab menu ni susah dibuat, tah lah...tapi memang jarang dijumpa kecuali hari raya..kalau kat rumah kak, hari raya kedua sudah habis, hidangan ni sangat sedap..kalau tamu datang mesti cari 4 hidangan ni...( kak tak sempat nak gambar..ambil gambar google sja)
Burasak@Buras.

ini adalah Burasak..dibuat dari beras,santan dan garam sikit..
sangat mudah..tapi nak membungkusnyaaa...

 membungkusnya sangat susah kena pandai.. begitu juga mengikat kena ketat 
kalau ikatan longgar, air akan masuk dan buras jadi lembut..
dimasak selama 3-4 jam dengan api yang kuat..

ini lah hasilnya...kalau tak pandai buat, nasi mungkin berterabu dan mudah basi.

Tumbuk

 ini pula Tumbuk, diperbuat dari beras pulut yang ditumbuk berselang seli dengan daun, macam lemang juga dimasak bersama santan dan garam sikit...kemudian di bungkus ketat dengan daun. di dalamnya pulut ditumbu (sbb tu di bagi nama tumbuk) hingga padat kemudian dilapik dengan daun, kemudian pulut ditumbuk lagi hingga padat dan diletak daun begitulah seterusnya kemudian dibalut dengan daun berlapis2 dan diikat ketat...
kak tidak pernah buat tumbuk lagi...susah nak buat ni banyak tenaga kena keluar, mengikatnya lagi satu hal...rasannya lebih kurang lemang..cuma tumbuk direbus lemang dibakar..

Liku@ayam masak lingkuas.

 yang ni pula ayam masak Liku, nak tau cara buat antik kak buat n3
Liku ni sedap dimakan bersama Burasak dan Tumbuk..
jadi kalau ada Burasak kena ada Liku juga..

Kuih bangkek pula, kuih yang wajib ada, rumah kak sudah habis raya ke3 lagi sampai lupa nak gambar..
sedap dan tahan lama, kata orang kalau disimpan elok2 bole tahan selama 1 tahun, Eirfan dan Chia suka kuih ni. dari 10 balang kak beli 2 balang dorang yang habiskan, termasuk kak juga heheheeh.
sedapppp....makan banyak mana pun tak bosan, lagi kalau dicecah dengan tea panas puii!!! sedappp..


itu saja lah n3 kak ari ni...sudi2kan lah komen iya..

P/s : masakan tradisi ni..biarpun kita pandai buat..tak kalah dengan hasil masakan tangan mak sendirikan?

13 ulasan:

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

Rindunya nk mkn Burasak ni..tahun ni x dpt merasa koz x dpt balik KG..huhu..

Kathy Tuah berkata...

nmpk mcm sedap je ^^

~ WafleCoKLAt ~ berkata...

kja sy tiap tahun tumbuk pulut 2..ahaha....tapi bezz .. klu x buat rasanya mcm nda raya

Hana Soffelia berkata...

Sedapnya. Burasak dan tumbuk tu mcm pulut dakap yg glemer kat Kelantan. Memang leceh nak ikat guna daun pisang tu.

Kak, sharelah resepi liku tu. Mcm sedap je. ^_^

Nurr Kasih berkata...

hehe ya kak wajib hidangan ni kalau raya dan mmg masakan mak juga yg sedap kan :D

Amirah Adnan berkata...

ayam lengkuas tuh mcm best lah.. haih.. nanti mira nak g sabah, nak suh akak buat lah..hihi

Mamachia berkata...

LiLy-rindu iya lily takpa nati balik kg bole makan puas2..

Mamachia berkata...

Kathy-sedap..pa lagi makan masa pagi raya..kalau kak bole habis 6 bungkus hehhehee..

Mamachia berkata...

wafle-seronokkan buat tumbuk, apa lagi kalau buat berkumpul adik beradik dan saudara mara seronok...

Mamachia berkata...

Hana-iya hampir sama, yang leceh nak buat.tapi tupula yang paling sedapkan dan dicari-cari hhehe..

Mamachia berkata...

dik Nurr- iya hasil masakan mak juga yang dicari2...
kalau kak hari raya pertama mesti pegi umah mak cari ni menu nilah...lagi mak kak suka masa Liku guna ayam kampung, sedap manis2...heiii!! rindu juga..

Mamachia berkata...

Amirah-bole, jumlah datang Sabah...

Alin Marlini berkata...

ist time tengok...best sangat..ntah bila akan kesana agaknye :)