Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY

Selasa, 2 Ogos 2011

KAWAN OK DAN KAWAN KO


Lain pula n3 saya hari ni..macam mana iya nak cari kawan yang bergelar sahabat?.ini adalah cara yang diajar masa Tan ikut kursus perbankan (sebenarnya motivasi). sudah lama, masa Tan masih kerja di sebuah bank tempatan...ianya fomula OK dan KO, ingat2 lupa tapi Tan tertarik dengan fomula ni bagaimana cari kawan yang OK..

maksud kawan OK, ialah kawan yang benar2 kawan bukan saja cantik luaran tapi baik dalaman..
amal ibadatnya, kata2nya dan budi pekertinya. iaitu sahabat sejati.

yang baik dan sentiasa ingin melihat kita maju.
yang sentiasa ingin melihat kita bahagia dan berjaya.
yang senang masa kita senang dan yang susah hati masa kita berduka.
yang sentiasa melihat kebaikan kita dan melindungi keburukan kita.
yang membantu masa kita perlu dan saling berkongsi masalah

nampak macam mudah, tapi susah juga nak dapat sahabat cam ni...
tapi kena hati2 juga masa cari kawan. sebab ramai juga yang berniat jahat

yang sentiasa mencari keburukan kita
yang gembira masa kita berduka
yang mencaci maki dan memburuk2kan kita dibelakang
yang cari kesempatan keatas kita.
yang tinggalkan kita masa dihimpit masalah
yang suka lihat kita jatuh.

kata orang kalau perangai kawan2 OK maka OK jugalah perangai kita..iyakah? tah lah, kalilah kan..hehhehee
macam kat bawa nilah

kalau kita OK dapat kawan KO, kita pasti KO
kalau kita OK dapat kawan OK, kita pasti lebih OK
kalau kita KO dapat kawan OK, kita pasti OK
kalau kita KO dapat kawan KO, kita pasti lebih KO

Tan suka yag no3 tu iatu kawan yang dapat membimbing kita kearah kebaikan dan meyedarkan kita dari   kejahatan.
jangan macam no1 tu kawan yang membawa kita dengan perangainya yang tidak baik..akhirnya kita jadi rosak.
bertuah lah orang no2, kerana mendapat sahabat yang seiringan kearah kebaikan..jadi sayangilah sahabat anda itu.
janganlah kita jadi macam no4 itu bukan sahabat namanya, tu kawan makan kawan..hheheee

Tapi janganlah pula sebab rasa OK ( perasan OK hehehe ) maka tak mau kawan denga orang KO...sian tau
kawanilah mereka mana tau anda bole buat mereka jadi OK juga.
itu sajalah hari ni dengan entry cara mencari kawan2 OK dan KO.. apa2 pun OK lah sahabat2 OKku moga2 bukan kita sahaja jadi OK harap2 kawan2 kita turut jadi OK juga...OKlah itu sahaja, Tan nak ucapkan pada sahabat2ku yang OK2 semua...


  P/s:Selamat menyambut Ramadhan kepada semua umat islam...
rebutlah peluang melakukan kebaikan pada bulan ramadhan walaupun sekecil zarah.

2 ulasan:

GREENJADE berkata...

hehe kdg2 zmn mencabar ni susah nk dpt kwn OK kan kak Tan..x abis2 dgn hipokrit nye.

pepong kak Tan kwn OK shaye..i lebiu kak...mwahhh :)

aliza berkata...

memang susah nak pilih kaca n permata.. kekadang kawan pon makan kawan so diri kita je le yg kene berhati2 jgn terkena jee....