Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY

Jumaat, 5 Ogos 2011




Hayatilah lagu ni untuk halwat telinga.
Sempena bulan Ramadhan ni kita berharap yang baik2 saja..niat kita agar dapat menjadi lebih baik dengan sifat yang baik seperti x mahu sudah marah, x mahu berperasangka, x mahu membazir, x mahu mengumpat dan banyak lagilah sifat2 yang tak baik, kalau bole jangan ada yang buruk dalam diri kita masa berpuasa..
Tapi dalam bulan nilah yang kadang tanpa kita sedari kita lebih teruk lagi, iyalah Tan tak dapat nafikan kadang Tan tak terlepas dari semua ni. kata syaitan dah diikat bulan Ramadhan, tapi perangai Tan macam lebih pula dari bulan2 lain...sepertinya
1. Membazir- masa ke bazar Ramadhan..pantang nampak kuih muih, nak rembat semua. masa ari biasa jarang pula mkn kuih. Beli banyak2 sudah makan dua tiga kuih, tak larat pula nak habiskan..anak2 bukan suka sangat makan kuih..alamatnya masuk tong sampah.
2. Pemalas- memandangkan puasa, kerja2 memasak kurang, naa malaslah jawabnya. masak satu dua jenis lauk sudah..kuih muih beli kat bazar saja..masa2 lain tidur kumpul lemak..napalah tak menggemuk.
3. Pemarah- mungkin sebab perut kosong. nak marah saja..tambah lagi masa tersekat kat jalan, tak taulah masa bulan Ramadhan nilah jalan makin jame, terutama dekat bazar ramadhan, nak cari paking pun sudah..nah apalah terburailah kemarahan.
4. Pemboros- ni terutama bab nak raya ni, semua nak baru, baju raya nak 4 pasang, langsir tukar baru walaupun yang lama masih elok lagi, kuih raya nak berbalang2 masalah-masalahhhh....rumah mau cat baru juga, belum lagi bab kasut beg..aduh tamaknya.
tulah yang menjadi masalah pada kita, kata posa, nak buat yang baik2 saja tapi makin parah pula..alasan setahun sekali saja..hehhehee iyakah? apa pula pendapat anda?


P/S: kita hanyalah insan yang lemah tak lari dari kelemahan.
tapi berusahalah untuk lebih baik dari semalam.

7 ulasan:

Scha406 berkata...

insyaAllah...moga kita dijauhkan sifat2 begitu kak tan...

ariana berkata...

Moga kita dapat menjalani ibadah puasa dan ibadah lain dgn baik dan menjauhi yang tidak baik..Inshaallah.

chia-chia fashion. berkata...

sha a.s-sama2 lah kita jauhi.

chia-chia fashion. berkata...

ariana-hendaknya gitulah..kita berusaha saja.

tgsaqura berkata...

berusaha jadi yg terbaik..terima kasih mendoakn sy..:)

chia-chia fashion. berkata...

MyZone-sama2, sentiasa mendoakan yg terbaik utk sahabat2.

Jahirah berkata...

betol kak...walaupun setan kena ikat tp kdg2 xleh control menda2 cam2 time2 pose ni.mmg menguji betol la.semoga kita tabah dan berjaya mengharungi semua godaan dan cabaran bulan puasa ni..:)