Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY

Ahad, 31 Julai 2011

DISELUDUP RUPANYA!!!



Malam tadi Tan keluar pegi beli barang2 untuk persiapan terakhir masuk Ramadhan esok..jadi Tan pegilah kesebuah kedai yang menjual barangan runcit dan makanan segar, niat nak beli sayap ayam segar dan buah kurma untuk sahur esok...nak di jadikan cerita masa Tan nak membuat bayaran kat kaunter, tu ramai orang jadi berbarislah juga...
tiba2 mengeluh seorang kak di barisan depan Tan.

"macam mana pula Lahad datu bole tak ada minyak masak?" katanya dalam kebingungan

"kak ni berniaga susah juga tak ada minyak " katanya lagi.

adik menjaga kaunter tersenyum dan sambil melayang pembayaran berkata pula

"kak memang kami dah habis minyak masak, tanyalah dengan boss" katanya jujur

"kalau tak percaya bole tanya budak stor kami" katanya lagi

lelaki di belakang Tan yang diam dari tadi tiba2 bercakap

"napa tak habis kalau diseludup ke Philipin (Filipina)" katanya tegas

"depan2 mata dorang angkut minyak naik kapal antar filipin" kata lelaki tu lagi

tiba2 datang boss kedai tu dan ikut juga dengan perbualan tu, 
Tan diam saja mendengar perbualan tu

"alah! manager kilang minyak tu pun sama, doranglah dalangnya" tiba2 seorang
perempuan muda pula bercakap, katanya dia berkerja kat kilang minyak tu jadi dia tahulah..katanya bossnya tupun sudah jadi jutawan..

Tan dan orang lain turut bercakap, sebab terkejut dengar cerita tu

"rupanya itu puncanya" kata yang lain mcm terkejut.

"tulah dorang asyik2 tuduh penjual sembunyikan minyak, nak buat apa kami sembunyikan,

 lebih baik dijual cepat habis lagi bagus" kata boss kedai tu...

sampai giliran Tan membayar dan keluar tinggalkan perbualan yang entah apa kesudahanya..
tapi Tan sungguh bengang juga dengar cerita tu, rupanya lain pula cerita disebalik..
mungkin betul juga cakap perempuan tu..yalah Lahad Datu merupakan pengeluar minyak terbesar di sabah dan ladang terbesar juga di Malaysia..bole kehabisan minyak?.
terdapat lebih 52 buah kilang kelapa sawit di Lahad Datu sahaja..pegi mana semua minyak2 tu?
tak tau nak cakap apa lagi, hakikatnya Tan kenalah stok minyak masak untuk raya ni..tak pasal2 anti aku pula yang tak dapat beli minyak....
tu saja entry ari ni.nak tidur.., kena bangun esok sahur....selamat bersahur semua

P/S: selamat bersahur dan selamat berpuasa semua...

7 ulasan:

Scha406 berkata...

slmt bpuasa kak :) mcm² hal skrg ni yeh

Jahirah berkata...

minyak kalau xde...masalah tu....mmg xlogik kalau kilang banyak tp mnyak xckp bekalan.
selamat menjalani ibadah puasa kak..:)

Asri Alam berkata...

tu lah. pelik jgk bila sawit berlambak tp minyak masak masih tak cukup. semoga ada cara mengatasi masalah penyeludupan ni

chia-chia fashion. berkata...

sha.as-selamat megerjakan ibadat puasa sis..dan selamat kembali ke tanah air hehheee..

chia-chia fashion. berkata...

cik aisha-tulah kan macam tak percaya?
selamat berpuasa juga sis..posa elok2 tau.

chia-chia fashion. berkata...

Sasa-iya haraflah yang berwajib ambil tindakan, susah juga tak ada minyak ni..

GREENJADE berkata...

kdg2 kesian penjual asik kena marah..tp yg dalang besar nye org2 besar top top management yg punya angkara