Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY

Rabu, 8 Jun 2011

PEMARAH..JADI TUNGGANGAN SYAITAN.


Marah atau juga dikenali dengan amarah ialah satu tindakan yang berkaitan dengan emosi seseorang, ia timbul dari dorongan perasaan yang dipanggil dengan Human Aggressive. Berlaku adalah kerana terjadinya sesuatu yang diluar kawalan, dugaan dan perhitungan seseorang hingga timbul rasa tidak puashati dan akhirnya dilepaskan dengan kemarahan..


siapa yang tak pernah marah?
Bagi tan marah itu adalah sesuatu yang dilepaskan untuk menujukan rasa tidak suka dan benci pada sesuatu perkara...tak mengapa kalau nak lepaskan kemarahan, itu normal...tapi tahukah anda bahawa marah itu menujukan kelemahan seseorang juga menjadi cermin keperibadi seseorang itu.
-ini kerana sifat pemarah itu berasal dari sifat sombong dan ego dalam diri, lagi besar egonya lagi besarlah kemarahanya.
-dikatakan juga bahawa orang yang marah itu lebih dekat dengan rasa hasat dengki, irihati dan jiwa yang tidak tenteram.
-kemarahan juga berpunca dari sikap membangakan diri sendiri dan merasa diri lebih hebat berbanding orang lain.
MARAH DIBENCI ALLAH 
Nabi s.a.w bersabda maksudnya:"Orang yang kuat itu bukanya yang menjuarai peperangan tapi ialah ORANG YANG BERJAYA MENUNDUKAN KEMARAHAANYA" 
Rasullulah s.a.w bersabda maksudnya:"Sifat bodoh atau jahil itu pokoknya ialah watak kedegilan yang dipimpin oleh sifat marah, sesiapa juga yang membiarkan dirinya dalam keadaan jahil dan bodoh maka baginya tidak perlulah lagi bersifat toleransi kerana toleransi adalah sifat yang baik dan banyak menfaatnya. kejahilan dan kebodohan pula sifat buruk dan mendatangkan banyak mudarat oleh itu lebih baik berdiam diri daripada melayani pertanyaan orang bodoh" 
Setiap kita mempunyai tahap kemarahan yang berbeza bergantung kepada tahap mana kita dapat menguruskan rasa marah itu. Ada sesetengah hanya membebel sahaja, bebel biasalahkannn.... adapula yang mengekspresikan amarah tersebut secara destruktif, ianya menjadi emosi yang lebih buruk lagi hingga sampai memaki, menghina,memukul dan merosakan barang, ini kira ganas tau..jadi jangan cuba2 nak dekat orang cam ni cari nahasss......itulah sebabnya Rasullulah s.a.w juga telah menganjurkan kepada umat islam supaya jangan cepat marah. sebab marah itu tidak akan mendatangkan apa2 kebaikan kepada diri malah menyebabkan pelbagai bencana terutama sekali bila perasaan marah itu tidak dikawal. selain itu orang yang marah itu menjadi tunggangan oleh syaitan. dan orang yang menurut kehendak syaitan itu tidak akan selamat di dunia dan akhirat". jadi belajarlah mengurus kemarahann....
KAWAL KEMARAHAN
Ada beberapa cara sesuai untuk mengawal rasa marah. tan ambil dari orang yang tahu hal2 agama kredit buat Fayah juga.. cara ini bukan untuk menghilangkan marah, hanyalah sekadar mengawal agar kemarahan itu tidak memuncak.
1. Ingatkan Allah dan rasa malulah denganNya atas segala tindak tanduk kita, kerana Ia melihat segala perlakuan dan sikap biadab kita.
2. Sabar dan menangislah kerana menangis pelembut hati yang keras dan membarah.
3. Berdiam diri langkah terbaik dan berdoalah kepadaNya agar selamatkan kita dari sifat pemarah.
4. Ingatlah kesan daripada sifat marah anda itu mungkin akan mengundang kepada permusuhan dan seterusnya balas dendam dari orang yang anda marah tanpa usul periksa.
5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika sedang marah. Ianya lebih buruk dari perlakuan seekor binatang jika anda dalam keadaan marah. bolelah lihat cermin.
6. Banyakan membaca Ta'awwuz(A'uzubillahi minas syaitanirrajim) kerana marah datangnya dari syaitan.
7. Jika marah memuncak ambilah air wuduk. kerana air wuduk dapat menenagkan api kemarahan. dan minum juga segelas air sejuk.
8. Bila kemarahan masih tak reda adalah lebih baik kita baring dan tidur seketika. Ianya akan reda bila anda bangun dari tidur.
9. Cubalah anda bayangkan anda berada ditempat orang yang anda marahi, anda pun tidak mahu dimarah sedemikian rupa. tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
10.Berfikiran positif, semuanya berpunca dari cara anda berfikir, tanamkan kata2 pujian untuk diri yang anda buka pemarah, anda seorang yang baik hati, penyabar, penyayang dan banyak lagi yang baik2.
tan suka dengan kata2 ni lupa pula ambil dari mana.
MARAH..........
bangkit dari nafsu dari golongan AMMAARAH.
yang mendidih akibat panasnya DARAH.
yang dibakar oleh syaitan pembawa BARAH.
yang wujud dari sejenis angin berwarna MERAH.
yang mengalir diseluruh urat DARAH.

Kata2 hikmah;
janganlah kita tergolong dalam orang2 yang pemarah atau panas baran.

15 ulasan:

redzwanie redzmann berkata...

tapi kdg2 kan..mara nie ssh nak control..bile nak cool je..ad eje yg cetuskan kemrhn blk...
terpakse la byk besabo..=)

Scha406 berkata...

Sha klu tlampau marah,sha terus senyap..tkot trleps dgn cara mbabi buta..:-)

Akak Kembang berkata...

kadang2 tak control kemarahan...

:: Mrs.SyahNia :: berkata...

mmg niat taknk marah
tp bila ada sesuatu situasi
yg mmg mmbuatkn kita tak
dpt nk cntrol marah tu
yg kdg2 tlepas juga mrah
aiisshhh kurg ksbran kan..

anumuchan berkata...

dulu2 pemarah jugak..tapi sekarang ni dah ok dah..apa2 pun yang penting bersabar dan bertenang..huhu

Daddylicious berkata...

selalu nya terasa macam nak marah...kena minum coca cala...hehe...terus sejuk...

: husna : berkata...

susah betol nak kawal marah
sebab tu paling elok bila kita nak marah je terus tinggal tempat tu sambil berzikir. terus amik wuduk...

chia-chia fashion. berkata...

redzwanie-tulahkan kadang kita sdh redah tapi, cam tak habis lagi...takan nak lawan kan, jadi sabarrr.

chia-chia fashion. berkata...

sha a.s- kak pun guna cara diam..takut kalau bersuara nah meletup, habis keluar semua tah apa2..

bagus diam sajakan.

chia-chia fashion. berkata...

Alin-kak pun kadang tak dapat kawal,..tapi syukurlah kak x perna lagi gado dgn orng..

chia-chia fashion. berkata...

cik ain-bagus juga sis bole kawal marah..perlahan2 lama2 bole juga tu, yg penting SABAR.

chia-chia fashion. berkata...

iya sis sabar dan tenang jangan terus melentingkan tu lebi baik..

chia-chia fashion. berkata...

Bigdaddyz-ok juga cara ni, bikin sejuk tekak...lagilah kalau cola berrrr tu..:D

chia-chia fashion. berkata...

husna-iyakan bagus lagi bela..dari berada ditempat yg bikin panas..tak pasal2 ada tempat meletupp....:D

chia-chia fashion. berkata...

tak perlulah nak panas2, dunia ni pun sudah cukup panas dengan rasa marah...sabar, senyum dan diam lagi baik...moga kita akan lebih tabah lepas ni..