Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY

Selasa, 26 April 2011

CINTAILAH DIRI ANDA SEADANYA.

saya suka bercerita tentang tajuk diatas, sebab saya lihat ramai yang membandingkan2 kan kulit dia cantik putih, cantik mata dia bulat taklah macam mata saya sepet, banyaklah keluhan yang tanpa mereka sedari boleh membuat mereka berputus asa.

Bagi saya kita diciptakan ada kecantikan masing-masing, cuma cara kita mengaplaikan yang mungkin tak sampai pada apa yang kita inginkan. Cuba tonjolkan bahagian muka anda yang cantik mesti ada, jika kulit kita tak putih tapi mungkin mata anda cantik tonjokan yang itu, mungkin anda tak miliki mata bulat cuba guna cara make up yang buat mata seakan bulat, mesti ada caranya. Tapi jangan sekalikali guna cara yang singkat seperti botox.

Belajar mengenali diri anda, lihat cermin tatap dan dengan jujur tanya pada diri anda dan cuba senaraikan bahagian yang disuka dan tidak. Tanya bahagian mana pada wajah anda yang cantik, adakah hidung, mata, bibir, pipi atau kening. Jangan lihat penuh kebencian lihat dengan jujur dan berkata dalam hati yang ini hasil ciptaan tuhan, mesti cantik dari sudut yang lain.

Tips untuk menutup mata yang sepet dan kelopak mata bengkak. Cuba tutup kekurangan mata anda dengan mengunakan eyelinar sekitar  kelopak atas mata sahaja, guna contack lens yang bersaiz besar dan pakailah bulu mata palsu yang berbulu tipis. Sekarang mata anda lebih bulat dan cantik.

Ada dua cara sama ada yang bahagian cacat itu anda cuba perbaiki atau tutup dan cara yang satu lagi ialah cari kelebihan anda dan tonjolkan ia akan menutup kecacatan yang lain.  
Jika rasa yang bibir anda cantik cuba pakai lipstik yang lebih menyerlahkan lagi, jangan pakai lipstik berwarna pudar. Jika hidung anda bulat cuba tinggikan dengan teknik shading dan highlights. Jika pipi anda bulat saja, cuba bentuk tulang pipi dengan teknik shading dan blusher.

Jadi untuk kelihatan cantik anda kenalah berusaha, belajar kenali kelebihan dan kecacatan muka anda. kemudian belajar mekaup yang sesuai untuk menutup dan menonjolkanya. Dan yang lebih penting belajar bersyukur dengan apa yang anda miliki. Insyallah dengan usaha, anda akan kelihatan lebih cantik dari orang lain.


11 ulasan:

Scha406 berkata...

wahh....byk betul tips dlm n3 ni... :)

iduraz berkata...

wah best..best

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ berkata...

bestla blog mamachia, byk info kecantikan.. suke cik bunga singgah sini ^^


Jangan terkejut Bumblebee bertukar jadi Vivabee cik bunga, hahah

♥MiZz-siHa♥ berkata...

wah..bgs2..
tp xpndai pkai contact lens..hehe

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ berkata...

INAI TERBAEKKK utk korang... sedara mare.. saje gatal² nak pakai.. Takkan dpt kat kedai INDIA okeh!

adrenalina berkata...

betul2x... terima kasih mamachia sbb tolong ingatkan adrenalina!! hehehe

chia-chia fashion. berkata...

sha a.s-tkasih.kongsi2 apa yang adakan.

chia-chia fashion. berkata...

iduraz-tq,sis..bestkah heheee.

chia-chia fashion. berkata...

cintabunga-tkasih sis..rajin jenguk sini iya..kat blog cinta pun best tau, kak selalu terja cana.

chia-chia fashion. berkata...

siHa-sihatkah.., belajar sis, kalau awak pakai terpegun orang tau, sdh ctik tambah ctik lgi. :-)

chia-chia fashion. berkata...

adrenalina-sama2 kita mengingatkan, nak cantik biar dengan niat yg baik sis. barulah hati tenang,bila hati tenang terpancar kecantikan dgn sdirinya.