Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY

Jumaat, 10 Jun 2011

DERA.. HINGGA MERAH JARI-JEMARI.



musim cuti 2 minggu ini, jadi musim kahwin pulaa....
 ialah sudah cuti semua keluarga berkumpul..alang2 buat majlis kahwin sekali. suka juga tan kalau ada majlis kahwin ni
bole kumpul ramai2 dengan keluarga jauh dan dekat macam raya pula ayat tan ni..
yang bestnya sehari sebelum majlis tu adik beradik dan sepupu2 sebaya sibuklah..
 bukan sibuk di dapur rupanya berinai..
pengantin yang berinai tapi dorang yang lebihhh...

sebut berinai semakin ramai yang amalkan berinai ni, cam sudah wajib 
cam tak seri pengantin bila tak pakai inaikan..
ialah tak pakai emas dan perhiasan pun tak apa yang penting berinai,
 tambah lagi bahagian tanganlah yang akan direnjis dan
lebih penting inai jugalah bukti kat orang luar sana yang anda baru saja bergelar raja sehari,
 tu yang lelaki pun kena pakai juga hehhee.....sekarang ni photografi pun ada trend tau..iaitu posing dengan tangan berinai macam Ayu Raudhah di atas ayu sangat...




Bila cerita berinai ni teringat masa tan kahwin 14 tahun lalu masa tu pakai inai daunn saja..
petik kat rumah jiran, pastu tumbuk dan campur air asam... 
tak macam sekarang banyak inai paket tinggal picit . 
buatlah apa corak yang anda mau. tan tengok cepat kering inai cam ni..
masa tan tak adalah corak-corak tu hanya tampal di hujung jari tebal2, tak kreatif langsung.....
bila siap dibungkus pula dengan pelastik setiap jari takut masa tidur meleleh habis cadar pengantin, yang harunya dua2 tangan diikat ditiang katil takut tangan tu gerak2 habis muka sekali kena inai..gitulah raja sehari dulu-duluu.. tak macam raja sehari punn...habis kena dera.


23 ulasan:

*Miss Syahnia* berkata...

ain time tunang dulu pun
pakai henna..cam bseri
je tgn tu..hihi

tp time wed ingat nk pakai
inai daun..tahan lbh lama
kalo pakai inai siap
cepat je hilang.. ;)

Nurr Kasih berkata...

zaman dah berubah kan kak..tp inai daun lbh tahan lama. yg instant tu cpt hilang :D

misscha berkata...

masa kawen dlu pakai inai kat kuku je.... :)

Amirah Adnan berkata...

hehehe.. tingat time raye kecik2 dulu.. sibuk je nak pakai inai mengalahkan org nak kawen..

Mamachia berkata...

Miss Syahnia-kalau tunang pakai kahwin nanti mestilah pakai...iyakan INAI DAUN kekal lama seingat kak pakai 6 bulan masih ada lagi inai sikit kat jari kak..

Mamachia berkata...

Nurr Kasih-iya tahan lama di kuku dan lagi bagus untuk kuatkan kuku jari..

Mamachia berkata...

misscha-kita kahwin dulu2 simpel sajakan..asal ada..tapi kalau kaum india penuh di tangan dan tapak tangan..pandai dorang buat...

Mamachia berkata...

Amirah Adnan-kak pun kalau rajin pakai juga henna time raya..rancang raya tahun ni nak pakai jugalah..

Mamachia berkata...

sebenarnya henna atau inai bukan saja nampak cantik juga bagus untuk kuku..mcm kuku kak yg cepar patah ni elok pakai..

sha a.s berkata...

last year Sha kawen, guna inai tube ni...tp sbnrnye cantik lg kalau inai pokok...warna lebih cantek, tahan lama n jari x jd kedut2 kering......

Sasa Al-Sharif berkata...

orang kata inai tu ubat. inai tu kalo orang india terer jugak. aku x pasti jugak asal sebenar lukis2 inai ni asalnya dari kaum india ka?

Mamachia berkata...

sha a.s-tak kalah juga guna inai daunkan sis. kak suka cantik warnanya..

Mamachia berkata...

Sasa Al-Sharif-tak tau juga dengarnya dari india tapi ada juga cakap datang dari ARAB..tak tau mana betul..tapi indai mamang berseni tul bila pakai inai atau henna ni..

HonEyBuNNy berkata...

betul tu...

dulu pakai inai daun ja..sekarang tinggal picit ja...xpayah tumbuk2 n cari daun inai kan..

adehh...xsabar nak berinai...nak tawin..ehhe

e k i n ♥ y u s r i berkata...

dtg...dan follow

Keluargaku Syurgaku berkata...

teringat masa kecik2 suka berinai,sampai botak pokok inai dikerjakan,......

nak tag ok.....
http://nazayiena76blogspotcom.blogspot.com/2011/06/neenaanuar-giveaway-autumn-in-melbourne.html

aNIe berkata...

Mamachia... kalau dulu pakai inai daun lagik macam kena dera... diorang tak bagi tidor sampai inai kering... sakit2 pinggang dibuatnya

k a k L a m p berkata...

hehhehe.. inai tu pentg kot.. xderk seri kalau tak pakai

Mamachia berkata...

HonEyBuNNY-bah tahniahlah kak ucap awal2..masa kahwin mesti cantik inai dijari..

Mamachia berkata...

ekin-makasih iya..kak sudah follow jga..

Mamachia berkata...

keluargaku syurgaku-heheee. tulah kan sampai botak last yang dipakai sikit saja..

Mamachia berkata...

aNle-iyakan sian kena dera, sudahlah tak cukup tidur..tu yang pengantin letih masa bersanding..:D

Mamachia berkata...

KakLamp-mcm penting jga kot..iyalah nak tunjuk kat kekawan yang dia sdh berpunya..