SENTIASA RIANG DAN GEMBIRA.
setelah 4 hari tak tulis entry, sebab saya pergi SMC(Sabah Madical Centre) kat kk, terimah kasih pada sahabat2 yang sudi lagi jenguk blog saya yang kosong dan bersawang ini...
ari ini saya nak tulis pengalaman masa menunggu giliran untuk berjumpa doktor dan Ct scan. saya telah terjumpa dengan kak Ros, dia juga rupanya mengidap Bronchitis, pernah batuk darah macam saya cuma bezanya, dia alami lemah jantung yang teruk. terkejut juga saya selama ini saya selalu tengok kak ros ini sangat aktif dengan aktiviti2 wanita dan sentiasa gembira, rupanya ada penyakit jantung dan paru-paru. lama juga kami berbual, dan dari perbualan kami, aku mendapat pengajaran, tak guna terlalu berasa simpati atau berasa murung dengan sakit atau apa sahaja masalah yang kita hadapi, terima dengan tenang dan berfikiran positif yang penting sentiasa gembira.
nanti pergi lagi jumpa doktor, untuk tengok keputusan Ct scan, kata doktor nak masukan camera dalam paru-paru, kalau ada nanah kemungkinan kena sedut, atau bedah. mahal juga bayarannya anggaran rm5000, sian c hubby aku nasib baik ada syarikat dan insuran bantu bayar.
ini keputusan Ct scan, tak sabar nak tahu anti jumaat baru jumpa doktor, akupun tak tahu apa tertulis ni, ada sapa-sapa boleh bagi tahu?..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan