Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY

Jumaat, 8 April 2011

DOKTOR MENIPU..



Bangun pagi2 dengan hati yang terkejut tertiba dengar cerita tak elok terjadi kat tempat saya Lahad Datu.


Seorang wanita ditipu RM100,000 oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor. 

kepada wanita2 kat luar sana jangan mudah tertipu iya dengan tektik penipuan ini...kalau ada sapa2 merayu2 biarlah dengan airmata sekali jangan cuba2 bagi pinjam duit anda.

 Berbalik kepada cerita tadi ...kerana terlebih duit kot, seorang wanita cantik dan masih muda umur baru 25 tahun ditipu oleh seorang lelaki dengan bermodalkan ayat-ayat cintanya..mula-mula dengan kata-kata cinta pujuk-rayu dan janji-janji manis, sudah tu mengaku sebagai doktor yang berjaya, tapi habuk pun tak ada. Dengan liciknya lelaki tu minta simpati pula, konon maknya sakit di hospital dan memerlukan duit untuk pembedahan. Wanita ni kerana rasa kasihan dan dijanjikan akan berkawin denganya jadi lemah pula, siapalah tak mahu dapat laki doktor ...akhirnya melayang duit RM100,000.. hei!! sayangnya duit tu..bagus bagi kat aku ada juga gunanya.

Tapi yang peliknyakan kenapalah wanita ni tak fikirkah yang dia tak pernah jumpa dengan lelaki itu, perkenalan pun melalui sms dan itu pun baru kenal sebulan sahaja..orang yang bertahun-tahun kenalpun ada juga yang perangai hantu. ...hei susah nak cakap, apa2 pun yang melibatkan duit dan harga diri ni kena fikirlah baru buat keputusan, kalau tak dapat fikir tanyalah pandangan orang yang rapat.
.
Dan yang lagi haru, bukan wanita tu saja yang kena tipu, rupa-rupanya kawan rapatnya juga turut terkena.. hebat pula si doktor itu, pas tipu satu pegi lagi kat sorang ni...hei!! kalau penipu penipu jugalah kan ..siap uba nama dan cerita yang berbeza (orang sama)


Perempuan  ni pula masing2 shok habis "yang BF aku cinta sangat kat aku"...."yang sorang lagi aku pun BF aku lagi best tauuu.. bukan saja kacak doktor tau kerja dia" ...terbeliak mata, tau-tau keduanya cerita orang yang sama.

  sesuai sangat dengan lirik lagu ni.."engkau ketahuaan pacaran lagi dengan teman baikku" o..ooh

 Dengan laporan polis yang mereka buat, lelaki itu ditangkap di kota kinabalu semasa hendak melarikan diri.










2 ulasan:

CintaZulaikha berkata...

eeeeeeeee...tak suka tau tgk org berpelajaran nih dok suka menipu2~~

chia-chia fashion. berkata...

Cinta Zulaikha- itulah kan kena hati2 dengan pujik rayu lelaki..kadang ada ambil kesempatan dengan menyamar...antara tektik mudah dapatkan duit....