Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY

Jumaat, 1 April 2011

DARI PNEUMONIA KE BRONCHITIS.



Sudah 2 hari saya demam2, selesema,batuk2 dan rasa letih seluruh badan... bermakna saya kena jumpa dr lagi...sudah perkara biasa bagi saya. Sebab saya ada penyakit yang sekarang dr kata Bronchitis.. sama seperti adik Dalila alami , tapi saya diperingkat kritikal. Saya nak kongsi apa yang saya alami ini dengan anda dan mungkin adik Dalila juga.


4thn lalu saya sekeluarga berada di Kuantan Pahang kerana ikut suami bertugas. Masa itu saya mengandungkan Eirfan anak sulung kami. Saya mengalami muntah darah masa kandungan 4 bulan. Tiada tanda2 yang pelik, cuma saya alami panas dan sejuk seluruh badan, batuk2 kecil, selesema dan rasa lemah seluruh badan, saya jangkakan itu tanda2 ibu mengandung..saya muntah darah dengan banyak tak henti2, jadi penik seketika saya terus telepon suami yang tengah bekerja. Suami  terus hantar saya berjumpa Dr Suriati di KMC (Kuantan Medical Centre)  dan  dirawat oleh 3 dr pakar ( cuma ingat nama dr mokhtar, datuk dr tak ingat dua2 orang cina) Saya melalui semua proses rawatan yang meletihkan, untuk mencari punca darah keluar ;
1. masukan kamera dalam perut dengan wayar yang halus, tujuan nak periksa kalau2 ada keracunan dalam perut. tiada apa2.  
2. melalui pemeriksaan darah, tujuan untuk periksa kalau saya ada TB setelah 4 ujian saya didapati tiada apa2.. tapi masih tak diyakini sebab kata dr darah ibu mengandung tak setabil.. jadi ujian akan dibuat lagi.
3. darah yang saya muntahi masa diwad (2 pain) diambil sikit untuk ujian..
4. sambil itu saya menelan 5 jenis ubat termasuk ubat batuk dan selesma, diselang setiap  6 jam diberi suntikan menghentikan darah keluar.
5. pemerikasaan jantung dan paru2 berair.. tiada apa ok..
Pneumonia
setelah melalui semua proses ujian dan tiada tanda2, kata dr  mungkin masalah paru2 saya.. ujian x-ray untuk mengesan tidak boleh dibuat risau atas kandungan saya...dr membuat pemeriksaan khas dan mengesahkan yang saya kemungkinan pneumonia peringkat kritikal. Saya diberi rawatan penyakit pnemounia dan, sakit saya reda ...saya berada diward selama 2 minggu. menelan 14 biji ubat (antibotik 4 biji, ubat batuk 1, selesma 1,vitamin 4, demam 2 dan ubat hentikan darah 2) selama di ward saya banyak tidur kata dr tindak balas ubat.


Bila sudah sihat saya dibenarkan pulang..tapi dr berpesan ;
- agar saya tidak minum minuman sejuk,
- elak makanan pedas dan berminyak..
- juga elakan berkipas/aircon dan mandi malam..
- dibekalkan dengan 7 jenis ubat,


Demi anak dalam kandungan saya ikut saja..bayangkanlah bagaimana panasnya tanpa berkipas dan minuman sejuk semasa mengandung..ari ke3 saya pergi lagi sebab dr nak pastikan saya sihat.. dibekalkan dengan antibiotik yang lain pula, serta vitamin untuk kandugan saya selama 2 minggu,doktor juga nasihat saya;
-  minum Scoot Emulsion. Baik untuk meningkatkan pertahanan badan. Walaupun ibu mengandung tak digalakan minum.
-  minum air kelapa muda..


Sejak itu saya jarang batuk darah lagi. Tapi batuk saya tak berhenti2, banyak kahak dan paru2 berbunyi. Hampir setiap malam saya tak boleh tidur nenyak. Hinggalah saya bersalin anak sulung saya Eirfan.. Tapi atas arahan dr saya tidak boleh menyusukan anak sebab ubat yang saya ambil tidak baik untuk bayi. Saya redha yang penting anak saya selamat...


Selepas berpantang saya mendapatkan rawatan TB selama 6 bulan. Walaupun saya tak ada TB tapi kata doktor paru2 saya banyak lendir kahak dan kuman ia perlu dikeringkan dengan rawatan tb. Saya juga di x-ray untuk doktor melihat kalau2 lendir kahak masih banyak di paru2 saya.. saya juga melalui rawatan Ct-Scan untuk melihat paru2 terjumpa ada sikit kesan luka, kata dr luka berlaku kesan dari kuman yang tersebar melalui lendir kahak ditambah lagi batuk tak henti2 yang saya alami.. saya kena mendapatkan rawatan untuk pastikan kahak dalam paru2 benar2 tiada.... Alhamdullillah semuanya ok...


Saya masih mengamalkan minum Scoot Emulsion dan Pati Ikan Haruan agar kesan luka pulih...
Doktor minta saya  agar mengelak..
makan makanan pedas
minuman sejuk, berkipas(Aircond)  
elakan tempat2 ramai orang, ruang berdebu dan berkulat.
- elakan dari orang merokok.


Bronchitis
sejak itu saya tidak alami lagi hinggalah Chia  anak ke2 saya lahir..masaalah itu muncul sekali sekala..cuma darah keluar sikit2 ..masa itu kami sudah berpindah ke sabah. saya melalui proses ujian semula x- ray, check darah, check tb dan jantung ...kali ini dr mengesahkan saya mengidap bronchitis ... saya mendapatkan ubat selama 4 bulan dengan bekalan ubat setiap satu minggu, setiap kali antibiotik akan ditukar, ubat sedut juga dibagi...semunya ok sehinggalah saya mengalami satu lagi masaalah...


H1N1
mengerikan..waktu virus itu tersebar adik ipar saya yang juga seorang Doktor dan pengarah Hospital telah berpesan yang sapa2 yang menggalami masalah paru2 (tak kiralah sakit tb, ampus, lela ) mudah dijangkiti oleh H1N1 ini. Jadi saya berhati2 kalau keluar rumah saya pakai penutup mulut, tapi saya terkena juga... malam itu saya batuk darah yang berwarna kecoklatan, rasa lelah, lemah, seluruh sendi sakit, otak mcm blur. memandangkan tengah malam saya tidak dapat layanan dan tidak dapat dikesan oleh hospital yang berdekatan. Kerana risau kami pergi mendapatkan rawatan dari adik ipar ( memerlukan perjalanan selama 45 minit) dan saya disahkan dijangkiti H1N1. Selama satu minggu saya dikuarantin di dalam ward yang hanya ada saya, katil dan tandas. Jururawat hanya masuk sekali sekala untuk bagi ubat dan makanan, dengan bertopeng putih seluruh badan yang hanya nampak mata saja. Tapi saya akui ubat yang diberi memang berkesan keatas paru2 saya, lepas dapat rawatan itu saya tak pernah alami tanda2 sakit saya lagi. Saya pulih sepenuhnya. Lendir kahak pada paru2 saya tiada lagi, batuk juga tiada . cuma kalau batuk dan selesma saya terus ambil ubat takut paru2 saya luka semula.




Dari pengalaman yang saya alami, penyakit paru2 sanggat sensitif  kepada udara yang disedut. sekarang saya tidak lagi pergi rawatan wap muka mcm dulu2. Hei!!! banyak pantang tapi itulah yang terbaik.


Terimahkasih kepada doktor2 yang berusaha merawat saya dan kepada ALLAH kerana beri peluang untuk saya sekali lagi.
"harap kita semua sihat2 sahaja dan selalu jaga kebersihan"




4 ulasan:

GreenJade berkata...

owh byk sgguh dugaan sis..i pray 4 yr gud health..kuatkan smgt sis yea :)

mak saye dulu bekas pesakit pneumonia kronik..sbulan tiub buang air dr paru2 tgantung kt tepi ketiak nun..koma kat 2 mggu..

syukur Alhamdulillah kekuatan smangat beliau luar biasa..tp itu lah...mmg paru2 dah weak nowdays pon cpt aje kna virus infection..habok2..sejuk2..makan pon byk kena pntang..

Mamachia berkata...

GreenJade-iya sis,masa tu terfikirlah yg tidak..syukurlah sekarang sdh sihat..arap x berulang lagi..banyak juga kos ari tu..nsib baik syrkt suami kerja bantu bayar. sdhlah ditempat orng..sedih btul akak ari tu,sian juga kat suami aku..ulang alik dri KMC ke tempat keja..

tulah kwn2 yg tahu..cakap syukulah awak kena kat kuantan byk pakar..kalau kat kampung aku..kena jln 6jam tuk jumpa pakar kat K.Kinabalu.

Mamachia berkata...

GreenJade-sabar juga mak awak..saya dapat bayangkan bagaimana sakitnya tu,..itulah dugaan dariNYA. akan ada rahmat disebaliknya..

Mcm kak..dlm sakit2 gitu..kak di beri kekuatan.sbb masa itu saya mengandungkan anak pertama kami setelah 10 thn menanti.

mamaqari berkata...

sy doakan semoga akak sembuh sepenuhnyer...insyaAllah