Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY

Ahad, 25 September 2011

LANGKAH2 AMBIL GAMBAR STATIK DAN MASUKKAN DALAM BLOG..

Salam semuaa.... ari ni kak nak buat tutorial sikit, bagaimana nak ambil gambar atau apa2 jugalah yang anda mahu yang tertera atas screem pc@monitor secara statik, kemudian masukkan dalam n3 kat blog. seperti dalam n3 ini..kak cuba buatlah atas permintaan Hanny Esandra, ..memandangkan kak pakai pc Apple..kak akan ajar juga cara Apple, tak banyak beza punnn..tapi bagi kak window lagi mudah dipahami
kak pasti ramai yang sudah tahu dan pandai guna, cuma kak nak kongsi sikit tutorial ... harap sampailah apa yang diajar kalau salah harap dimaafkan iya.....


Bagi pengguna Apple..


1- mula2 paparkanlah atas screm monitor anda, apa2 yang anda nak gambar, buka besar2 ok.. 
2- kemudian tekan SHIFT/COMMAND/3 secara serentak, bila anda terdengar bunyi klik bermakna sudah siaplah proses mengambar..pastikan anda tahu dimana gambar disimpan.. terpulanglah korang nak masukan kat fail mana. kak suka masukan kat dalam destop senang delete kemudian.
3- kalau nak edit.. open lah Adobe photoshop CS5, bolelah buang(crop) mana2 yg tak patut.. dan kalau nak terang lagi sharp kan lah juga dan save kan dalam destop semula...bole juga kalau tak nak edit terpulang..
 4- buatlah n3 dan upload macam masukan gambar insert image yang kat atas tu. ingat ambil gambar destop. itu saja mudahkan..

inilah gambar asal massage yang digambar dari FB...


ini pula yang kak sudah edit buang yang tak patut, besarkan dan terangkan.

Bagi pengguna Window pula

1- mula2 korang besarkanlah screem moniter pc anda, gambar atau apa2 saja yang korang nak ambil tu. sama langkah apple di atas.
2- tekanlah keybord Prt Scrn Sys Rq (terdapat sebelah kanan atas keybord pc anda) sekali saja untuk satu gambar, kalau nak lebih tekanlah lebih...masa anda tekan tu pastikan screm monitor anda terpapar gambar yang nak diambil tu ok..
3- gambar tersebut bolelah anda simpan dalam microsof office picture manager dengan membuka microsof office dan kliklah (sebelah kanan mouse) paste kan, bermakna gambar tu ada sudah kat microsof office ni...editlah kalau mau. buang(crop) mana yang patut..
4- sudah selesai, bolelah anda buatlah n3 kat blog dan upload gambar (dari microsof office tadik) macam biasa insert image. sama juga dengan apple.

ok tu saja tutorial cara mengambil gambar yang tertera pada screm monitor dan masukan dalam blog. mungkin juga cara penyampaian kak tak betul, haraf di perbetulkan dan sudi2kan lah komen.

P/s : yang baik tu datang dariNYA, yang silap tu dari kak sendiri..haraf di maafkan...

Khamis, 22 September 2011

HIDANGAN PAGI RAYA..

masih raya lagikan?..jadi kak nak berkongsi menu di Sabah, terutama sekali di uma kak masa pagi raya..tak banyak bezanya dengan hidangan korang semua, kalau kat sabah ada juga yang menghidangkan ayam masak kurma, masak rendang, masak lodeh dan banyaklah...cuma kebanyakan orang sabah terutamanya di bela pantai timur sabah, termasuklah juga kak menghidangkan menu wajib iaitu Burasak, Tumbuk, ayam masak Liku dan kuih Bangkek kelapa atau kacang... 4 hidangan yang sedap dan hanya timbul time raya sahaja, mungkin sebab menu ni susah dibuat, tah lah...tapi memang jarang dijumpa kecuali hari raya..kalau kat rumah kak, hari raya kedua sudah habis, hidangan ni sangat sedap..kalau tamu datang mesti cari 4 hidangan ni...( kak tak sempat nak gambar..ambil gambar google sja)
Burasak@Buras.

ini adalah Burasak..dibuat dari beras,santan dan garam sikit..
sangat mudah..tapi nak membungkusnyaaa...

 membungkusnya sangat susah kena pandai.. begitu juga mengikat kena ketat 
kalau ikatan longgar, air akan masuk dan buras jadi lembut..
dimasak selama 3-4 jam dengan api yang kuat..

ini lah hasilnya...kalau tak pandai buat, nasi mungkin berterabu dan mudah basi.

Tumbuk

 ini pula Tumbuk, diperbuat dari beras pulut yang ditumbuk berselang seli dengan daun, macam lemang juga dimasak bersama santan dan garam sikit...kemudian di bungkus ketat dengan daun. di dalamnya pulut ditumbu (sbb tu di bagi nama tumbuk) hingga padat kemudian dilapik dengan daun, kemudian pulut ditumbuk lagi hingga padat dan diletak daun begitulah seterusnya kemudian dibalut dengan daun berlapis2 dan diikat ketat...
kak tidak pernah buat tumbuk lagi...susah nak buat ni banyak tenaga kena keluar, mengikatnya lagi satu hal...rasannya lebih kurang lemang..cuma tumbuk direbus lemang dibakar..

Liku@ayam masak lingkuas.

 yang ni pula ayam masak Liku, nak tau cara buat antik kak buat n3
Liku ni sedap dimakan bersama Burasak dan Tumbuk..
jadi kalau ada Burasak kena ada Liku juga..

Kuih bangkek pula, kuih yang wajib ada, rumah kak sudah habis raya ke3 lagi sampai lupa nak gambar..
sedap dan tahan lama, kata orang kalau disimpan elok2 bole tahan selama 1 tahun, Eirfan dan Chia suka kuih ni. dari 10 balang kak beli 2 balang dorang yang habiskan, termasuk kak juga heheheeh.
sedapppp....makan banyak mana pun tak bosan, lagi kalau dicecah dengan tea panas puii!!! sedappp..


itu saja lah n3 kak ari ni...sudi2kan lah komen iya..

P/s : masakan tradisi ni..biarpun kita pandai buat..tak kalah dengan hasil masakan tangan mak sendirikan?

Selasa, 20 September 2011

PENGORBANAN IBU..

baru2 berlaku kejadian bunuh di tempat saya...mangsa di belasah dan ditikam hingga mati...time raya lagi baru saja kita bermaaf2an ada pula kes cam ini...dengarnya dia dibelasah oleh 14 orang, kejam betul...

kasihnya ibu sanggup berkorban..


apa yang kak nak cakap cini ialah kisah seorang ibu yang kak dengar semalam masa menghantar mak kak yang sakit di hospital...semasa menunggu mak kak mendapatkan rawatan, adalah beberapa cerita dari perbualan orang2 yang juga tengah menunggu, mengenai kes bunuh itu... dari 14 orang yang membelasah c mangsa ada seorang anak muda dengarnya melarikan diri ke seberang takut diberkas...tauu juga takut, belasah orang tak takuttt...yang sedihnya mak dia sanggup menyerah diri kepada polis, untuk menjaga keselamatan anaknya c pengecut tu.. agar tak dibelasah oleh keluarga mangsa yang sedang berang..begitu sekali pengorbanan seorang ibu, walaupun dia tahu anaknya bersalah, tapi demi mengelakan anaknya dibelasah oleh keluarga mangsa, sanggup pula menyerah diri untuk ditahan sebagai ganti anaknya sementara anaknya sedang diburu polis.....eai!! kalau kak tak tahulah nak buat apa tangkap saja bikin susah...dengarnya kes tu belum selesai lagi, polis tengah mencari kesemua saspek..tak tahulah apa nak cakap lagi kalau c. anak tak mahu berubah selepas apa yang dilakukan ibunya itu..



P/s: walau sejahat mana pun seorang anak, kasih ibu tidak pernah berubah...