Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY

Rabu, 3 Ogos 2011

NAK EIRFAN BELAJAR TARAWIH.




 


Tan nak bercerita sikit sempena bulan Ramadhan ni, saja nak kongsi sembahyang sunat tarawih..
tadi siang Tan terdengarlah satu ceramah kat radio tofiknya solat tarawih..
ada soalan bertanya tentang anak2 yang bising dan menganggu masa solat tarawih...
padahal baru ja kelmarin Tan bagi tahu c.hubby agar membawa Eirfan gi tarawih sama-sama..

sebenarnya Tan nak Eirfan berlajar tarawih..taklah pandai lagi Eirfan baru umur 4 tahun cuma Tan ingin dia rasa bagaimana suasana tarawih..seingat Tan masa dulu2(dulu2 lagi, tak habisa2) kat kampung,
asal masuk tarawih riuh masjid olah budak2..iman masjid tak marah pula, budak2 yang datang dikumpul bahagian lain dan dibiarkan sembahyang, cuma dibagi amaran agar tak bising..bole pula masa tu, memanglah kadang terdengar juga usikan suara sumbang bebudak ni bila  iman tu sembut aminnnnnn.....

tapi Tan suka berfikiran yang baik2 sahaja..maksud Tan ambil yang memberikan kebaikan, sudut2 yang baik..

maksud Tan biar anak2 berlajar menghormati masjid dan belajar mengenali solat berjemaah dan larangan berbuat bising di masjid..iyalah bila anak2 asyik ditegur jangan bising di masjid, lama2 mereka tahu yang masjid adalah tempat solat dan tidak bole bising..


juga contoh anak buah Tan sendiri baru berusia 2 tahun, bapanya selalu membawanya kemasjid masa solat jumaat, tu masjid kat kampung... sekarang usianya 3 tahun dia sudah pandai solat, walaupun tah apa yang dibaca tapi bolelah..mcm orang dewasa pula aku tengok..tak pula dia buat bising kat masjid.
ambil juga contoh kisah Ibnu Abbas yang masih kanak-kanak solat di sisi kanan Rasulullah.

Apa2 pun Tan haraf yang terbaik buat anak2 tapi kita tak bole paksah mereka juga.
apa pula pendapat anda tentang tajuk ni....



P/s : Ambil kesempatan mendidik anak2 masa bulan Ramadhan ni..



Selasa, 2 Ogos 2011

KAWAN OK DAN KAWAN KO


Lain pula n3 saya hari ni..macam mana iya nak cari kawan yang bergelar sahabat?.ini adalah cara yang diajar masa Tan ikut kursus perbankan (sebenarnya motivasi). sudah lama, masa Tan masih kerja di sebuah bank tempatan...ianya fomula OK dan KO, ingat2 lupa tapi Tan tertarik dengan fomula ni bagaimana cari kawan yang OK..

maksud kawan OK, ialah kawan yang benar2 kawan bukan saja cantik luaran tapi baik dalaman..
amal ibadatnya, kata2nya dan budi pekertinya. iaitu sahabat sejati.

yang baik dan sentiasa ingin melihat kita maju.
yang sentiasa ingin melihat kita bahagia dan berjaya.
yang senang masa kita senang dan yang susah hati masa kita berduka.
yang sentiasa melihat kebaikan kita dan melindungi keburukan kita.
yang membantu masa kita perlu dan saling berkongsi masalah

nampak macam mudah, tapi susah juga nak dapat sahabat cam ni...
tapi kena hati2 juga masa cari kawan. sebab ramai juga yang berniat jahat

yang sentiasa mencari keburukan kita
yang gembira masa kita berduka
yang mencaci maki dan memburuk2kan kita dibelakang
yang cari kesempatan keatas kita.
yang tinggalkan kita masa dihimpit masalah
yang suka lihat kita jatuh.

kata orang kalau perangai kawan2 OK maka OK jugalah perangai kita..iyakah? tah lah, kalilah kan..hehhehee
macam kat bawa nilah

kalau kita OK dapat kawan KO, kita pasti KO
kalau kita OK dapat kawan OK, kita pasti lebih OK
kalau kita KO dapat kawan OK, kita pasti OK
kalau kita KO dapat kawan KO, kita pasti lebih KO

Tan suka yag no3 tu iatu kawan yang dapat membimbing kita kearah kebaikan dan meyedarkan kita dari   kejahatan.
jangan macam no1 tu kawan yang membawa kita dengan perangainya yang tidak baik..akhirnya kita jadi rosak.
bertuah lah orang no2, kerana mendapat sahabat yang seiringan kearah kebaikan..jadi sayangilah sahabat anda itu.
janganlah kita jadi macam no4 itu bukan sahabat namanya, tu kawan makan kawan..hheheee

Tapi janganlah pula sebab rasa OK ( perasan OK hehehe ) maka tak mau kawan denga orang KO...sian tau
kawanilah mereka mana tau anda bole buat mereka jadi OK juga.
itu sajalah hari ni dengan entry cara mencari kawan2 OK dan KO.. apa2 pun OK lah sahabat2 OKku moga2 bukan kita sahaja jadi OK harap2 kawan2 kita turut jadi OK juga...OKlah itu sahaja, Tan nak ucapkan pada sahabat2ku yang OK2 semua...


  P/s:Selamat menyambut Ramadhan kepada semua umat islam...
rebutlah peluang melakukan kebaikan pada bulan ramadhan walaupun sekecil zarah.

Isnin, 1 Ogos 2011

RINDU JERITAN ITU...


Teringat dulu-dulu masa masih muda remaja, sedar juga aku tua bah..
masa bulan ramadhan bila time sahur anak2 belia kampung, mulalah memukul-mukul kompang, tin dan segala macam bunyi, keliling kampung sambil menjerit2 
saahurrr... saahurrr... saahurrr...... rindu pula Tan nak dengar sekali lagi..bila subuh saja adik2 lelaki Tan mula keluar rumah berkumpul dengan kawan2, berbagi bagi tugas
ada yang bawa lampu sulu, pelita yang lain bawa kompang dan tin. Kerna jeritan nilah tak perna lah terlajak tidur sampai tak sahur. 

 Tan duduk di rumah taman sekarang ni manalah ada benda cam tu, dengar salakan anjing jiran
adalah...rindunyaaa.. duduk kampung, 
kat kampung pun kurang sudah semangat hidupkan malam ramadhan tak macam dulu2.
 bila masa sahur bising dengar suara jiran tengah masak, sempat lagi bertanya kat jiran "masak apatuu?..."
meria macam hari siang..tapi duduk rumah taman ni senyap saja, kadang bertanya juga "jiran aku ni sudah bangun ka tidak?" 
jadi serbe salah nak jerit, anti apalah dikata jiran2 bangsa lain "bising saja orang nak tidur" 
Tan akui jauh beza keseronokan bulan ramadhan di kampung, apa lagi bila raya hei!! meriah betul..
napa pula aku teringat masa dulu2 ni..apa2 pun dimana saja kita
berada puasa mesti ditunaikan, jangan nak ponteng2 (yang popuan dikecualikan).

P/s: Pahala dilipat gandakan pada bulan Ramadhan..jadi buatlah pahala walau sikit.