Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY

Jumaat, 24 Jun 2011

BILA PENGHUJUNG CINTA INI????



Selepas tunaikan jemputan kahwin tan ingin bercerita tentang pengajaran yang tan dapat dari pengalaman seminggu ni ...apakah yang buat tan tersentak dan tersedar seketika ialah pertanyaan ini

Bagi yang bercinta dan rasa2 sudah serasi bersama..bilakah penghujung keserasian itu? (bah kata2 tu hehee)

nah bilalah penghujungnya?
bagi yang mencari pasangan hidup pasti akan berkata "insyallah tak lama lagi"
tapi ada juga yang jawab "nantilah dulu nak enjoi lagi"

dua2 ini jawab dari lelaki, ialah soal kawin ni mmg yang ambil keputusanya lelakilah kan..
tapi cuba anda lihat pula bila popuan buat keputusan..

tan puji pilihan yang dia buat, walaupun nampak berat tapi semuanya demi masa depan juga..dan tan tabek dengan dia.
dia sanggup memutuskan cinta yang dibena dengan lelaki yang paling dicintainya BFnya, lama juga percintaannya dari alam sekolah hingga kini tapi tiada apa2 respon..nak kata lelaki tu tak cinta, cinta juga katanya ...tapi bila sebuk pasal kawin mula lah dia alihkan topik... lama juga popuan ni ambil keputusan, sayang sangat kat BF nya ni...hinggalah satu hari tu ada lelaki lain bertanya ingin melamarnya..dia anggap lelaki tu sebagai sahabat sahaja..lelaki tu sangat baik dan iklas terus melamarnya dan dia terima lamaran itu dengan berat hati..mereka bertunang dan barulah dia sedar ada juga lelaki lain yang lebih baik dan sesuai untuk dia..dan mereka sepasang suami isteri yang paling bahagia yang tan lihat, dan kini sedang membena cinta lepas berkahwin (bestkan aiii)
dan bekas BF sungguh kecewa dan menyesal...
walau pun nampak kejam keputusan yang dibuat oleh popuna tu..anda terutama lelaki kena sedar tak elok mempermainkan perasan wanita. kalau benar2 mencintainya dan rasa sudah serasi apa kata lamarlah iya..sian tau, walaupun GF anda tu tidak berterus terang tapi dalam hatinya "bilalah dia nak lamar aku ni". seburuk mana pun pompuan masih ada hati yang lembut dan rasa malu bila asyik kehulu kehilir tanpa ikatan perkahwinan..
kalau dah bertahun2 bercinta, ada yang ambil masa sampai 6 tahun, rugi tau masa terbiar tu kalau berkahwin dah bole ada anak umur 5thn..apa lagi yang mahu dikenali hati budi, kalau sampai bercinta  begitu lama..tak rasa bersalah ka anda membawa anak dara orang kehulu kehilir ..bagi lelaki tentulah rasa bangga hari2 berkepit macam lakibini. tapi bagimana pula dengan GF malu tau.tak taulah mana nak simpa rasa malu mak bapa pula..bagi perempuan semua dilakukan kerana cinta dan rasa sayang dengan buah hatinya..dalam hati menyimpan harapan satu hari nanti pasti BF sedar dan akan melamarnya..harapan tinggal harapan saja..hari berganti hari, kawan2 silih berganti sudah menamatkan zaman bujangnya dan ada yang sudah ada anak, tapi dia masih lagi macam begitu... sedih tauuuuu. sedang usia makin mengajak tua..makbapa hari2 ditanya jiran "bila pula anak gadis awak nak kahwin?" nak cari lelaki lain sudah sanggat cinta dengan awak tapi awak tak sedar2 juga...jangalah bagi alasan dan harapan lagi cukuplah.. nanti kekasih awak beralihara bertemu dengan lelaki yang benar2 menyintainya dan terus melamarnya nah!!. gigit jarilah awak..

P/S selemah2 wanita..bila buat keputusan bole buat ramai hati2 yang kecewa...iya ka.heheehee

Isnin, 20 Jun 2011

EDIT..SELAMATKAN GAMBAR.



selepas edit...terang, latar bersih dan muka bersih.



sebelum edit.... gelap, latar kotor dan jerawat.


Lihat perbezaan antara kedua gambar sangat ketarakan, sebelum gambar diambil dalam keadaan yang gelap tanpa lampu...
dan hampir dibuang, tapi dapat juga diselamatkan dengan mengedit ...
itulah fungsi edit2 ni..
pernah kami ditanya kenapa gambar kahwin mau diedit lagi...
mmg lah kena edit lagi, sayang tau bayar mahal2 tak diedit..
banyak perkara yang tidak dapat dielakan masa ambil gambar seperti jerawat dan latar yang kotor, banyak lagilah..
hanya dengan mengedit sahaja segala kekotoran dalam gambar dapat dibuang...

ni saja n3 ari ni..tengah edit gambar hehheeee..

Sabtu, 18 Jun 2011

NAK SAMBUT KE TAK?

 sayangggg...ayah


Nak sambutkah tak? hari bapa ni..
dalam tahun ni saja banyak pula teguran jangan sambut hari ibu, hari bapa.
lagilah hari valentaine..tak taulah sejak muda dulu2 tan sambut semua hari2 tu..
bukan ada niat lain pun sekadar kami adik beradik sambut dengan kek dan makan2 sekeluarga..
tapi tak tahulah banyak pula larang2an hari ni ..tan tau juga apa sebab kita orang islam dilarang sambut hari2 tu...
apapun tan pandang dari sudut kebaikanya..iaitu mengingati orang yang kita sayangi..mmg pun hari2 sayang cuma nak ingat hari yang istimewa saja..kan dengan niat lainpun.

tahlah hubby aku sukakah tak, dulu2 selalu juga hubby cakap " yang sdh lupakah ari ni?" bila tan terlupa..
tapi sekarang c hubby cam tak minat pula sambut2 ari bapa ni..mungkin sebab terbaca jugalah tu..

apa2 pun tan dan anak2 nak ucapkan selamat hari bapa buat Atta (pangilan ayah tan) yang sedang sakit sekarang ni harap sihat semula, dan kepada hubby...suka ke tak tan nak ucap juga..

  selamat hari bapa yah (pangilan yg tan guna), moga sentiasa jadi bapa terbaik... sayang ayah dari mama, eirfan, chia dan ijan..