Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY

Ahad, 21 Oktober 2012

HARI JADI KE 41..SYUKUR.



         Kelmarin genap umur kak 41 tahun.. tua sudah, tapi kak bersyukur, dalam usia ni kak miliki segala2nya, kasih sayang, suami yang penyayang, anak2 yang baik, kesihatan yang juga semakin pulih, kemewahan hidup ( bagi saya cukup mewah wpun tak semewah Jutawan ) hehehee...syukur, syukur, syukur...dibagi peluang memiliki semua ini....kak tak lah sambut arijadi ni, sekadar makan2 di restoran dengan suami dan anak2 itupun sambut belah malam.....siang hari sempat lagi kak dan suami ambil gambar baby newborn....



Susah juga urus baby, kadang time kita gambar sempat pula dia kencing dan ada juga "berak".. perkara biasa... najis baby ni pun kan kotor sangat..apa2pun seronok bila pegang baby dan cium bau baby eee...macam nak mengandung lagi...Chia lah yang selalu kata "mak nak beli baby cam tu" ingatnya baby tu ada dijual mana2...




ni baby Ryan Resqi..comel, tak banyak ragam senang posing dia, baru umur 5 hari. pusat pun masi lekat, tidur saja dia masa sesi bergambar..gambar belum sempat edit lagi...



Chia.. yang kepingin ada adik, buat muka lapar lepas ikut mama dan ayah ge gambar baby..

tu saja entri ari ni...
Berkorban bagi kak ..melakukan kebaikan untuk orang lain walaupun kadang menyakitkan bagi kita...tapi jika anda melakukan dengan ikhlas ia memberikan kebahagiaan berlipat kali ganda...jadi berkorbanlah... ........Selamat Hari Raya Korban.


Jumaat, 19 Oktober 2012

GUNA SENDIRI BEUTSKIN & SNE KAPSUL

   

 KESAN YANG KAK RASA 

gambar terkini keluarga kak..

 Salam semua, ari ni kak nak cita sikit tentang prodak kecantikan sne ni... bila sebulan kak jual prodak ni dan baca sana sini blog tentang kelebihan beutskin ni...kak pun teringinlah nak cuba, bila ada pelanggan nak beli dalam bentuk trial kak buka sekotak ee... apa lagi kak makanlah juga..nak cubaaa.. tak sedar2 dah genap 10 hari kak makan adalah 20 biji kak makan bersama sne kapsul...ok jugakan, taklah kak rasa bersalah, asyik cita kelebihan tapi sendiripun tak makan...lagipun baca kesannya yang baik untuk umur 40an mcm kak,, esok genaplah umur kak 42 tahun hihiiii...tua2 ni dik kenalah jaga kecantikan dan kesihatan...

    Cerita tentang kesihatan kak,  sapa2 yg baca n3 kak dalam blog ni...tahulah apa sakit kak...batuk2 tak habis2, batuk darah setiap bulan masih lagi kak alami, susah nak tidur kalau batuk2..korang bacalah cita kak baru faham k...

Lari pula cita kak...gini kak dah telan 20 biji bautiskin dan 10 biji sne kapsul, jadi hari ni genap 10hari..kak makan 2 biji sehari sebab tak larat nak makan bersama ubat hospital lagi...jadi mungkin kesanya taklah ketara sangat....Tapi apa yang kak perasan ini dia.

I
BATUK kak berkurangan, kalau sebelum ni he memang susah nak tidur, lagi kak jenis yg malas makan ubat batuk..jadi hari2 tersembur batuk, kesian suami dan anak2 aku terganggu juga tidur dorang...yang bestnya sekarang kak pula makin kuat tidur..tidur siang punyalah lena..mungkin sebab kak tak cukup tidur. tapi kata suami kak, mungkin juga sebab kesan SNE kapsul...apa yang penting kak rasa sihat sekarang..(kata suami kak, makanlah sne tu jangan kira mahalnya) ia berapa sangatlah rm200 berbanding dengan rawatan kak jumpa doktor pakar paru-paru di kota kinabalu, sekali rawatan
 rm3000....tak juga sembuh2..

 I
HAID kak sejak 5 bulan yang lalu, kurang 2 ke 3 hari sebulan, tupun hari pertama sja banyak, hari ke 4 sudah kering, ialah biasalah bila umur nak monopous ni....tapi kak perasan hari ni haid kak hari ke5 masih ada lagi, terkejut juga kak...(teringatlah kak ada sorang kwn bisik dgn kak yg haidnya 1hari saja sebulan, pelik juga) kak terfikir nak syorkan dengan dialah...  
satu lagi yang kak perasan tapak tangan kak merah. mcm banyak pengaliran darah (mkin juga tanda2 pengaliran darah mula lancar)

I
KULIT PUTIH. yang ni belum lagi kak rasa putih mcm adira heheheee....tau ja lah kulit itam, mcm mana nak putih cepat, mkin ambil masa sikit (mkin ari yg ke60 kot)....tapi yang kak perasan, kulit muka kak,  sebelum ni kulit muka kak terutamanya bila pakai makeup mesti banyak peluh, tu yang kak kena pakai kryolan biar tebal2 ...tapi baru2 ni adalah 2 majlis kak pakai bedak asas lorea saja..ok pula tak berpeluh...suami kak perasan yang lebam itam kat bawa mata ( kesan tak cukup tidur ) juga berkurang...


Tulah saja yang kak dapat sejak makan sne 10hari ni...mungkin ada lagi kesannya yang lain lepas ni
(anti kak cita lagi) apa yang penting bagi kak ialah kak makin sihat, dan semakin yakin untuk terus bergiat dalam blog..

kerana terlalu bersemangat dalam 3bulan saja sejak hampir 1 tahun menyepi, kak nak bagi tahu yang kak ada 3 blog..ini yang sebabnya kak sibuk (menyibukkan diri)..hanya kawan2 blog saja yang kak bagi tahu sebagai tanda terima kasih tak terhingga kerana menyokong blog kak...korang bolelah lawat2 kak kat sana.


1. Mamachia (blog peribadi)- blog yang kak sangat sayang, tempat meluahkan rasa hati kak, cerita kesihatan kak dan keluarga kak...pasti korang boring.

2. Katalog SNE (mamachia)-cerita produk2 SNE. mungkin produk kesihatan lain akan menyusul. Kak buat untuk berkongsi penjaggan kesihatan. untuk kesihatan kak juga...korang jenguk2 pun tak pa..

3. 34Studio@LD- cita photograhy, merupakan hobi suami dan kak, sayang rasanya gambar banyak disimpan2, jadi kak edit sikit2 masukan dalam bentuk blog, bolelah dikongsi2 untuk tatapan... disini kak hanya tukang edit dan tukang tulis blog, tukang gambarnya suami kak....

 ini saja n3 kak, kalau kak tak buat n3 kat cini bermakna kak buat n3 di blog kak yang lain...korang bolelah terus ikuti kak, sapa2 kak....ok salam sayang dan salam rindu untuk rakan2 blog kak...moga korang semua sihat...

 Dan tak lupa Kak dan keluarga mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidiladha" maaf atas segala kesilapan kak dan selamat menunaikan haji ( buat sahabatku Sarinah) moga selamat kembali.


Rabu, 19 September 2012

KEMANA MENGHILANG KAK?


 Asallamualaikum semua,...

Tak tahu mcm mana nak mula, nak tulis n3 pun macam kekok..lama sangat tak jenguk blog kak yang makin bersawang dan behabuk...nak bernafas pun susah hihiiii...terlebih dulu kak ucapkan terima kasih pada kawan2 blog yang masi menunggu kak aktif semula berblog...ada yang hantar massage juga t.kasih sangat...sebenarnya kak masi juga jenguk2 kat cini cuma tak tulis n3..
ada yang tanyak kak kenapa tak aktif berblog...sebenarnya, lepas merawat hati kak yang luka oleh mulut jahat orang kak berhenti langsung berblog dan berfacebook...kak fokus pada aktiviti lain.





Tapi tak rugi rasanya kak berehat ....sambil2 bergiat pula dengan jualan SNE Beutskin Essence ( tu yang buat Adira putih gebu)...heboh sekarang dimana2...jadi kenalah buat blog khas, tak mahu menggangu blog ni..jom jenguk KATALOG SNE (mamachia)... kak pun tengah pakai juga produknya..dan kak bercadang nak jual tudung juga, mungkin masa terdekat bersama biog ini. Jomlah... jenguk2 pun x pee...

Dan juga kak tengah buat blog bersama hubby ..aalah saja buat blog photographe, edit2 gambar dan citalah sikit2 tentang gambar tu...nak simpan hasil tangan konon....bila siap antik kak buat n3 cni

Jadi kak tak hilangggg pun....saja menyibukkan diri, syukur semunya berjalan lancar....moga lebih dipermudahkan...amin


Salam sayang semua...Insyallah kak akan aktif semula.