Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY

Jumaat, 24 Jun 2011

BILA PENGHUJUNG CINTA INI????



Selepas tunaikan jemputan kahwin tan ingin bercerita tentang pengajaran yang tan dapat dari pengalaman seminggu ni ...apakah yang buat tan tersentak dan tersedar seketika ialah pertanyaan ini

Bagi yang bercinta dan rasa2 sudah serasi bersama..bilakah penghujung keserasian itu? (bah kata2 tu hehee)

nah bilalah penghujungnya?
bagi yang mencari pasangan hidup pasti akan berkata "insyallah tak lama lagi"
tapi ada juga yang jawab "nantilah dulu nak enjoi lagi"

dua2 ini jawab dari lelaki, ialah soal kawin ni mmg yang ambil keputusanya lelakilah kan..
tapi cuba anda lihat pula bila popuan buat keputusan..

tan puji pilihan yang dia buat, walaupun nampak berat tapi semuanya demi masa depan juga..dan tan tabek dengan dia.
dia sanggup memutuskan cinta yang dibena dengan lelaki yang paling dicintainya BFnya, lama juga percintaannya dari alam sekolah hingga kini tapi tiada apa2 respon..nak kata lelaki tu tak cinta, cinta juga katanya ...tapi bila sebuk pasal kawin mula lah dia alihkan topik... lama juga popuan ni ambil keputusan, sayang sangat kat BF nya ni...hinggalah satu hari tu ada lelaki lain bertanya ingin melamarnya..dia anggap lelaki tu sebagai sahabat sahaja..lelaki tu sangat baik dan iklas terus melamarnya dan dia terima lamaran itu dengan berat hati..mereka bertunang dan barulah dia sedar ada juga lelaki lain yang lebih baik dan sesuai untuk dia..dan mereka sepasang suami isteri yang paling bahagia yang tan lihat, dan kini sedang membena cinta lepas berkahwin (bestkan aiii)
dan bekas BF sungguh kecewa dan menyesal...
walau pun nampak kejam keputusan yang dibuat oleh popuna tu..anda terutama lelaki kena sedar tak elok mempermainkan perasan wanita. kalau benar2 mencintainya dan rasa sudah serasi apa kata lamarlah iya..sian tau, walaupun GF anda tu tidak berterus terang tapi dalam hatinya "bilalah dia nak lamar aku ni". seburuk mana pun pompuan masih ada hati yang lembut dan rasa malu bila asyik kehulu kehilir tanpa ikatan perkahwinan..
kalau dah bertahun2 bercinta, ada yang ambil masa sampai 6 tahun, rugi tau masa terbiar tu kalau berkahwin dah bole ada anak umur 5thn..apa lagi yang mahu dikenali hati budi, kalau sampai bercinta  begitu lama..tak rasa bersalah ka anda membawa anak dara orang kehulu kehilir ..bagi lelaki tentulah rasa bangga hari2 berkepit macam lakibini. tapi bagimana pula dengan GF malu tau.tak taulah mana nak simpa rasa malu mak bapa pula..bagi perempuan semua dilakukan kerana cinta dan rasa sayang dengan buah hatinya..dalam hati menyimpan harapan satu hari nanti pasti BF sedar dan akan melamarnya..harapan tinggal harapan saja..hari berganti hari, kawan2 silih berganti sudah menamatkan zaman bujangnya dan ada yang sudah ada anak, tapi dia masih lagi macam begitu... sedih tauuuuu. sedang usia makin mengajak tua..makbapa hari2 ditanya jiran "bila pula anak gadis awak nak kahwin?" nak cari lelaki lain sudah sanggat cinta dengan awak tapi awak tak sedar2 juga...jangalah bagi alasan dan harapan lagi cukuplah.. nanti kekasih awak beralihara bertemu dengan lelaki yang benar2 menyintainya dan terus melamarnya nah!!. gigit jarilah awak..

P/S selemah2 wanita..bila buat keputusan bole buat ramai hati2 yang kecewa...iya ka.heheehee

Isnin, 20 Jun 2011

EDIT..SELAMATKAN GAMBAR.



selepas edit...terang, latar bersih dan muka bersih.



sebelum edit.... gelap, latar kotor dan jerawat.


Lihat perbezaan antara kedua gambar sangat ketarakan, sebelum gambar diambil dalam keadaan yang gelap tanpa lampu...
dan hampir dibuang, tapi dapat juga diselamatkan dengan mengedit ...
itulah fungsi edit2 ni..
pernah kami ditanya kenapa gambar kahwin mau diedit lagi...
mmg lah kena edit lagi, sayang tau bayar mahal2 tak diedit..
banyak perkara yang tidak dapat dielakan masa ambil gambar seperti jerawat dan latar yang kotor, banyak lagilah..
hanya dengan mengedit sahaja segala kekotoran dalam gambar dapat dibuang...

ni saja n3 ari ni..tengah edit gambar hehheeee..

Sabtu, 18 Jun 2011

NAK SAMBUT KE TAK?

 sayangggg...ayah


Nak sambutkah tak? hari bapa ni..
dalam tahun ni saja banyak pula teguran jangan sambut hari ibu, hari bapa.
lagilah hari valentaine..tak taulah sejak muda dulu2 tan sambut semua hari2 tu..
bukan ada niat lain pun sekadar kami adik beradik sambut dengan kek dan makan2 sekeluarga..
tapi tak tahulah banyak pula larang2an hari ni ..tan tau juga apa sebab kita orang islam dilarang sambut hari2 tu...
apapun tan pandang dari sudut kebaikanya..iaitu mengingati orang yang kita sayangi..mmg pun hari2 sayang cuma nak ingat hari yang istimewa saja..kan dengan niat lainpun.

tahlah hubby aku sukakah tak, dulu2 selalu juga hubby cakap " yang sdh lupakah ari ni?" bila tan terlupa..
tapi sekarang c hubby cam tak minat pula sambut2 ari bapa ni..mungkin sebab terbaca jugalah tu..

apa2 pun tan dan anak2 nak ucapkan selamat hari bapa buat Atta (pangilan ayah tan) yang sedang sakit sekarang ni harap sihat semula, dan kepada hubby...suka ke tak tan nak ucap juga..

  selamat hari bapa yah (pangilan yg tan guna), moga sentiasa jadi bapa terbaik... sayang ayah dari mama, eirfan, chia dan ijan..


Khamis, 16 Jun 2011

HANTARAN...WOW HEBAT!!

Korang perasan tak yang hantaran kahwin hari ni makin canggih
tan rasalah kalau bukan lelaki malsia ni kaya mungkin, juga bukti sayang isteri kot..
apa taknya bukan sahaja hantaran duit rm10k keatas. wui!! majlis kawin makin gempak dan 
hantaran dulang sama ada dari lelaki mauhpun dari popuan 
hebat2 belaka....

kalau dulu-dulu dulang hantaran paling2 pun 5 ke 7 dulang sja. 
sekarang 10 ke 12 dulang pun ada..paya juga nak hias tuu.
kalu nak cita barang yang dorang pilih...mahal2 belaka. 
dan jenama dari luar negara.. 

1. HANDPHON..woi!!  hendpone apa2 lah asal hp, tapi ada juga bagi BlackBerry.. 
2. LAPTOP..tambah lagi laptop sekarang kecil comel2 lagi, mana tak happy pengantin.
3. PSP..katanya kenangan tuk anak..mak budak pun bole main tau..
4. DSLR..ada jugaa, nak ikut trand katakkan...
5. JAM tangan..kan alang2 jenama DIOR taupun POLO..mahal ni
6. BEGTANGAN..kalau bukan LV, Fendi taupun CD bergantung kesukaan pengantin.
7. SET EMAS..tanda sayang bini nii, gelang rantai..liplap2 mata dibuatnya..
8. SET BARANG SOLEK..jenama pengantin suka MAC, DIOR, cellnique yang ori .
9. COKLAT..biasanya coklat cudbury, ada juga tukar ke cupcake comel2..
10.CEK/KAD KREDIT..harap bukan cek tendanglah kan..

hantaran PSP

hantaran DSLR

ada juga tau bagi hantaran kunci.. kalau bukan kunci kereta ataupun kunci rumah baru..
hebatkan hantaran sekarang...
taklah macam hantaran dulu-dulu...hantarnya biasa2 saja yang dibeli sendiri dan dihias sendiri juga..
tak mampu nak oder2 tau tempah2..alah!!  barangan tempatan saja..
barang2 nya pun sekadar 

Sejadah, telekung, kain ela, tuala, Al-quran, kasut, beg tangan, set makeup, sebakul buah2an tempatan, siri junjung dll...bezakan dengan sekarang..bagaimana pula dengan hantaran anda...

Isnin, 13 Jun 2011

MEMANG AKU ANAK KAMPUNG...

Anak Kampung

Maaf  berapa hari ni sibuk, tan ni sekejap ada sekejap tak ada macam beskut pula...
maaflah iya mcm lembabkan...tan sibuk berapa hari  dengan job gambar kahwin, 
tapi syukur semua selesai dengan baik cuma letih dan sekarang sibuk pula mengedit gambar..
Jadi tan kena tinggalkan video ni.. lagu tempatan sabah banyak diputarkan masa hari kamaatan  dan musim kahwin baru2 ni...
moga anda terhibur dan ceri-ceri selalu...bukan pegi jauh pun sehari dua sja..

p/s: setinggi mana pun anda berada ingatlah asal usul kita.....



Jumaat, 10 Jun 2011

DERA.. HINGGA MERAH JARI-JEMARI.



musim cuti 2 minggu ini, jadi musim kahwin pulaa....
 ialah sudah cuti semua keluarga berkumpul..alang2 buat majlis kahwin sekali. suka juga tan kalau ada majlis kahwin ni
bole kumpul ramai2 dengan keluarga jauh dan dekat macam raya pula ayat tan ni..
yang bestnya sehari sebelum majlis tu adik beradik dan sepupu2 sebaya sibuklah..
 bukan sibuk di dapur rupanya berinai..
pengantin yang berinai tapi dorang yang lebihhh...

sebut berinai semakin ramai yang amalkan berinai ni, cam sudah wajib 
cam tak seri pengantin bila tak pakai inaikan..
ialah tak pakai emas dan perhiasan pun tak apa yang penting berinai,
 tambah lagi bahagian tanganlah yang akan direnjis dan
lebih penting inai jugalah bukti kat orang luar sana yang anda baru saja bergelar raja sehari,
 tu yang lelaki pun kena pakai juga hehhee.....sekarang ni photografi pun ada trend tau..iaitu posing dengan tangan berinai macam Ayu Raudhah di atas ayu sangat...




Bila cerita berinai ni teringat masa tan kahwin 14 tahun lalu masa tu pakai inai daunn saja..
petik kat rumah jiran, pastu tumbuk dan campur air asam... 
tak macam sekarang banyak inai paket tinggal picit . 
buatlah apa corak yang anda mau. tan tengok cepat kering inai cam ni..
masa tan tak adalah corak-corak tu hanya tampal di hujung jari tebal2, tak kreatif langsung.....
bila siap dibungkus pula dengan pelastik setiap jari takut masa tidur meleleh habis cadar pengantin, yang harunya dua2 tangan diikat ditiang katil takut tangan tu gerak2 habis muka sekali kena inai..gitulah raja sehari dulu-duluu.. tak macam raja sehari punn...habis kena dera.


Khamis, 9 Jun 2011

MENARI, MENYANYI DAN BELAJAR.


Best juga video2 ni berkesan dengan anak2 aku Eirfan dan Chia..sekarang bole baca A hingga Z walaupun belum masuk tadika..juga bole baca 1 hingga 10 dengan baik..sekarang mereka juga belajar Alif, Baa, Taa dengan video ni pula sudah bole hingga habis cuma sebutan tak betul lagi... Jadi bila tan berblog sambil-sambil tu pasang lagu inilah... anak2 dengar dan ikut sambil menari seronokk tengok..
kadang anak2 suka belajar dengan cara mereka sendiri...tan tak suka lah nak paksa2, biar dorang belajar sambil nyanyi...mana tau ada bakat nyanyi juga heheee...


Rabu, 8 Jun 2011

PEMARAH..JADI TUNGGANGAN SYAITAN.


Marah atau juga dikenali dengan amarah ialah satu tindakan yang berkaitan dengan emosi seseorang, ia timbul dari dorongan perasaan yang dipanggil dengan Human Aggressive. Berlaku adalah kerana terjadinya sesuatu yang diluar kawalan, dugaan dan perhitungan seseorang hingga timbul rasa tidak puashati dan akhirnya dilepaskan dengan kemarahan..


siapa yang tak pernah marah?
Bagi tan marah itu adalah sesuatu yang dilepaskan untuk menujukan rasa tidak suka dan benci pada sesuatu perkara...tak mengapa kalau nak lepaskan kemarahan, itu normal...tapi tahukah anda bahawa marah itu menujukan kelemahan seseorang juga menjadi cermin keperibadi seseorang itu.
-ini kerana sifat pemarah itu berasal dari sifat sombong dan ego dalam diri, lagi besar egonya lagi besarlah kemarahanya.
-dikatakan juga bahawa orang yang marah itu lebih dekat dengan rasa hasat dengki, irihati dan jiwa yang tidak tenteram.
-kemarahan juga berpunca dari sikap membangakan diri sendiri dan merasa diri lebih hebat berbanding orang lain.
MARAH DIBENCI ALLAH 
Nabi s.a.w bersabda maksudnya:"Orang yang kuat itu bukanya yang menjuarai peperangan tapi ialah ORANG YANG BERJAYA MENUNDUKAN KEMARAHAANYA" 
Rasullulah s.a.w bersabda maksudnya:"Sifat bodoh atau jahil itu pokoknya ialah watak kedegilan yang dipimpin oleh sifat marah, sesiapa juga yang membiarkan dirinya dalam keadaan jahil dan bodoh maka baginya tidak perlulah lagi bersifat toleransi kerana toleransi adalah sifat yang baik dan banyak menfaatnya. kejahilan dan kebodohan pula sifat buruk dan mendatangkan banyak mudarat oleh itu lebih baik berdiam diri daripada melayani pertanyaan orang bodoh" 
Setiap kita mempunyai tahap kemarahan yang berbeza bergantung kepada tahap mana kita dapat menguruskan rasa marah itu. Ada sesetengah hanya membebel sahaja, bebel biasalahkannn.... adapula yang mengekspresikan amarah tersebut secara destruktif, ianya menjadi emosi yang lebih buruk lagi hingga sampai memaki, menghina,memukul dan merosakan barang, ini kira ganas tau..jadi jangan cuba2 nak dekat orang cam ni cari nahasss......itulah sebabnya Rasullulah s.a.w juga telah menganjurkan kepada umat islam supaya jangan cepat marah. sebab marah itu tidak akan mendatangkan apa2 kebaikan kepada diri malah menyebabkan pelbagai bencana terutama sekali bila perasaan marah itu tidak dikawal. selain itu orang yang marah itu menjadi tunggangan oleh syaitan. dan orang yang menurut kehendak syaitan itu tidak akan selamat di dunia dan akhirat". jadi belajarlah mengurus kemarahann....
KAWAL KEMARAHAN
Ada beberapa cara sesuai untuk mengawal rasa marah. tan ambil dari orang yang tahu hal2 agama kredit buat Fayah juga.. cara ini bukan untuk menghilangkan marah, hanyalah sekadar mengawal agar kemarahan itu tidak memuncak.
1. Ingatkan Allah dan rasa malulah denganNya atas segala tindak tanduk kita, kerana Ia melihat segala perlakuan dan sikap biadab kita.
2. Sabar dan menangislah kerana menangis pelembut hati yang keras dan membarah.
3. Berdiam diri langkah terbaik dan berdoalah kepadaNya agar selamatkan kita dari sifat pemarah.
4. Ingatlah kesan daripada sifat marah anda itu mungkin akan mengundang kepada permusuhan dan seterusnya balas dendam dari orang yang anda marah tanpa usul periksa.
5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika sedang marah. Ianya lebih buruk dari perlakuan seekor binatang jika anda dalam keadaan marah. bolelah lihat cermin.
6. Banyakan membaca Ta'awwuz(A'uzubillahi minas syaitanirrajim) kerana marah datangnya dari syaitan.
7. Jika marah memuncak ambilah air wuduk. kerana air wuduk dapat menenagkan api kemarahan. dan minum juga segelas air sejuk.
8. Bila kemarahan masih tak reda adalah lebih baik kita baring dan tidur seketika. Ianya akan reda bila anda bangun dari tidur.
9. Cubalah anda bayangkan anda berada ditempat orang yang anda marahi, anda pun tidak mahu dimarah sedemikian rupa. tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
10.Berfikiran positif, semuanya berpunca dari cara anda berfikir, tanamkan kata2 pujian untuk diri yang anda buka pemarah, anda seorang yang baik hati, penyabar, penyayang dan banyak lagi yang baik2.
tan suka dengan kata2 ni lupa pula ambil dari mana.
MARAH..........
bangkit dari nafsu dari golongan AMMAARAH.
yang mendidih akibat panasnya DARAH.
yang dibakar oleh syaitan pembawa BARAH.
yang wujud dari sejenis angin berwarna MERAH.
yang mengalir diseluruh urat DARAH.

Kata2 hikmah;
janganlah kita tergolong dalam orang2 yang pemarah atau panas baran.

Isnin, 6 Jun 2011

RUPAPUN MACAM BABI.

sekadar gambar hiasan dari Goog..

kasut cantik sapalahh takk berkenankann.., Tan pun berkenan juga, hei!! berkenan betul lihat warna dan bentuknya, harganya bole tahan juga, sesuai betul dengan orang2 muda, kalau tan yang sudah tua pakai nanti ada yang mencemu pulaaa. alah!!! tak perlulah nak dengar kata orang lain..yang penting kata pakar kecantikan "semua wanita berhak memilih untuk cantik dan kelihatan cantik"
Tan setuju sangat kenyataan tu..korang pula jangan segan2 untuk kelihatan cantik.
tapi untuk cantik kena hati2 juga. sebab sekarang banyak prodak diperbuat 
dari bahan yang tidak halal, bukan saja kosmetik tapi prodak kulit terutama kasut.


"Tan baru tahu jugaaa niiii.."
apa lagi Tan terus selongkar almari kasut, sibaek tak ada..legaaa, tak tau pula kasut Tan sebelum niii..

"rupanya ada kasut yang diperbuat dari kulit babi"

"Babi!!!!,"


selalunya kita dengar," babi kau!!!" ,"gila babi!!!" bahasa kasar .
tapi memang patutpun,ialah babi yang bulat gemuk tu, 
dengan hidung muncung kedepan dan ekor pandak..hodoh betul
 kita orang islam haram nak pegang..jadi macam mana nak tau rupa kulit babi tu, 
kalau haram dipegang?. jangan risau ini ada gambaran diberi oleh JAKIM.
kalau sudah tau ada kulit babi kenalah pakai tisu atau sarung tangan masa nak belek kasut takut benda jada tu. hai!! jadi susah pula nak beli kasutkan?..sebelum ni main pegang saja siap sapu2 lagi iyalah kasut cantik... Apa2 pun kalau ada yg ternampak kulit tiga titik bersusun rapat cam ni, sahlah ia diperbuat dari kulit babi.

biasanya dijual dengan harga yang murah berbanding kasut kulit lain, lembut dan selesa dipakai. kulit ni biasanya diletak bahagia dalam sesuatu prodak... aeee!!...tersembunyi camana nak nampakkan?

yang berjenama pun ada, contohnya sandal polo ni...kalau nampak dari luar cam ok jaaa..tapi kat dalam...kulit kinzir 


kasut wanita ni lagi jelas, nampak kemerah2an laagii...kulit sunyuk.

bukan sahaja ada pada kasut orang dewasa, juga pada kasut kanak-kanak...kulit babi


juga pada handphone cover dan beg tangan wanita, entah apa lagiii passtt niii...
pas ni kena hati2 lah, jumpa lagi dengan tan yang gila kasut, 
rasanya kena bertukar pakai kasut getah atau kasut kainlah. lagi baek..
tengok rupa titik tupun mcm babi

kata2 hikmah:
kita kena ambil sesuatu yang nampak menyakitkan sebagai pengajaran bukan sebaliknya.

Ahad, 5 Jun 2011

SABAR DAN DIAM.


ari ni tak tau nak buat entry apa...sedih, kecewa dan marah..tak taulah beremosi pula...sabar2, sabar SABAR DAN DIAM itu adalah lebih baik.
(GAMBAR DARI C.GOOG)

saya nak minta maaf kepada yang telah mengomen tiga2 entry Tan sebelum ini, kawan2 yang ada komen tu taulah entry mana, tiga2 Tan padam sebab ada yang tersalah sangka, terimah kasih  kepada follower aku yang sudi komen dan bagi respon yang positif dengan entry itu, setiap apa yang tan tulis dalam blog ini adalah kisah yang tidak ada kena mengena langsung atau tidak langsung dengan yang hidup maupun yang telah meninggal. (kalau ada yang terasa minta maaflah  ianya langsung tidak berkaitan dengan sesiapa) 


pas ini Tan nak letaklah kata2 ni dalam semua entry aku..ayat2 tu biasanya kita nampak hanya dalam notis drama2 atau kaca2 TV saja. kali ni korang bole nampak dalam blog Tan juga...nakkk letak di atas lah.. bagi besar2 biar semua nampak.. ok tu saja.


maaf sangat2 sebab komen2 korang semua hilang juga bersama entry itu... sayangkan, sayang betul,... jangan pula korang takut nak komen, bukan sebab komen korang Tan padam entry tu, tidak sekali2, komen kawan2 blog semua yang terbaik dan Tan jadikan pengajaran, cuma ada hal sikit maka Tan PADAM/DELETE.