Mereka dah jadi sahabatku,anda bila lagi?

SEMUA N3 YANG SAYA TULIS TIDAK ADA BERKAITAN LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL.
SEMUA GAMBAR ATAS NAMA MAMACHIA ADALAH HAK MILIK PERSENDIRIAN TIDAK BOLEH DICOPY

Khamis, 24 Februari 2011

HOLIDAY KE MESILAU.


ari ni nak cerita kisah mamachia gi holiday ..cuti dalam negeri saja..kan best kalau aku bole ke luar negara juga cam korang.pergi China, Korea, Mesir.tunggulah mama kaya...tak palah dalam negeri pun kalau kita senang hati, dah cukup. aku nak kongsi korang masa kami sekeluarga dan kawan2 pergi cuti ke Mesilau Kota Kinabalu..ia berada setengah jam dari pasar sayur Kundasang kalau kat semenanjung macam  Genting Highland.

sebenarnya cantik ambil gambar gunung kinabalu kat cini tapi time kami
 pergi tak betul, cuaca mendung jadi tak ada lah gambar landscape yg kami ambil  ..tapi aku nak juga korang tengok aku gi makan angin ni....

hari pertama kami pergi ke Ladang Tenusu Mesilau Kundasang berada di kaki gunung kinabalu..merupakan tempat ternak lembu susu ..kalau cuaca baik, di sini antara tempat yg sesuai mengambil gambar puncak gunung kinabalu..tapi hati tu cuaca tak baik, jadi aku gambar dengan lembu dan kuda sja, sianya aku. 
ari tu ramai juga pelancong luar datang 
suka pula dorang bergambar dengan kuda

nak jugalah gambar dengan kuda



chia nangis takut..


abang tuu... didepan suda. takut dengan kuda. 



didalam cini kita bole lihat susu lembu diperah dan bole beli susu segar juga. 



apa yg Chia tengok tu..ah tulah susu yang korang minum tu.



hei.mau juga gambar dengan lembu




masa tengah bergambar tu lalu seorang ibu mendukung anak nya kat belakang. kami minta ambil gambar. inilah gambar anaknya comel. tapi maknya tak mau bergambar. Beginilah wanita di pergunungan kinabalu citu..mahir dukung2 ni. kadang kita bole lihat dorang mendukung bakul sayur2 berkilo kat belakang sambil dukung anak kat depan.



ni gambar Chia..ari tu jadi model dia.


cantik tempat ni ambil gambar berlatar belakang puncak gunung kinabalu tapi tengoklah ..kabus saja..



posing jangan tak posing. 


tetiba sja hujan jadi posing ngan payung lah..cantik payung ? 


hai! jaless gambar dengan pasangan ..pasangan aku mana pula ni.. 

gambar dengan Chia lah.. ayah dan abang tak mau.

akhirnya dapat juga aku paksa suami bergambar..tapi sianya rosak beg camera digigit kuda..lapar sangat kuda tu.
 ini lah antara gambar2 yg kami ambil aritu..banyak tapi ni sja kasi tengok korang.
esok saya update pula hari kedua kami kat sana.


sila tengok2 lah

***kalau mau bole komen kat bawah tu***.

***kalau suka bolelah klik2 iklan***




Isnin, 21 Februari 2011

Juara harian kira ok tu.





 Satu ari ni keja saya melawat blog orang ja...best2 pula cerita dorang aku tengok, follower pun dah ramai. seronok, meriah sunggu perbualan dorang . Saya pula tak da apa nak cita balik2 cita anak, boring pula korang nanti...


petang baru ada idea ..petang tadi suami balik dan bagi tau yg gambar saya edit dapat nombor 1 tu hari ni dalam carta harian (megashot.net.).selepas 3 minggu dalam carta (mcm carta lagu pla). apa lagi tak sabar2 nak tengok..jadi saya bukalah laptop suami ..iya bha terpampar gambar saya.. sukanya2..hahaa.itupun nak heboh, tu bukanya juara bulanan, baru juara harian dah bising.. wei! susah ni nak masuk carta, ramai fotografi ikut dari seluru dunia, gambar dorang pun hebat2 belaka. dapat juara harian dah kira oklah tu..


inilah gambar yg saya edit tu cantikan  (ini tengah naik bakul angkat sendiri ni).



..minta2 dapat lah juara minggu dan bulanan pula...
 
ini pula gambar Chia yg saya edit...masuk minggu lalu tapi kerana suami terlupa isi satu borang .sian terpaksalah dibuang markahnya..ruginya..tapi masi masuk carta dan ada nombor juga.takpalah..cuba lagi..kalau korang tenguk gambar ni ..undilah iya.



 markah yg orang undi kena buang.. sianya.mula lagi dengan kosong.
 

rancang nak kasi masuk gambar di bawa ni pula..apa pendapat korang? ini gambar bulan lalu baru siap di edit..saya guna ga untuk gambar kat atas tu tapi cara editnya lain..kalo ramai yg suka, minggu depan saya nak kasi masuk kat dalam (blog suami ) tuk ikut carta minggu depan pula....ok ka?


nak kasi masukan pula dalam carta minggu depan ok ka?
sejak sibuk berblog ni, lama suda rasanya tak mengedit gambar .apa kata korang.. kalau saya  mengedit pula gambar korang...bolekan. balik2 edit gambar sendiri saja teringin pula.nak edit gambar korang..nanti bolelah korang letak kat dalam blog korang yg glamor tu kan2..


saya bukanya pandai soal mengambar..suamilah yg banyak mengambar saya.tapi bab2 mengedit gambar  tu, bolelah sikit2.
terlintar pula dalam otak ni nak keja2 cam tu. araf dapat sokongan lah iya, sekadar nak berkarya..kalau nak bolelah antar gambar ke alamat email saya norintan.aa@gmail.com ( gambar dalam bentuk JPG )  bayaran pun murah2 saja..jadi antarlah gambar korang yg cun melecun tu..gatal uda tangan ni nak edit..
 



nantikan pula cerita saya tentang mengedit gambar iya.


******************************************************





Sabtu, 19 Februari 2011

Mandi kolam kecik.


           

Bab2 mandi ni, eirfan dan chia ligat sangat kalau mandi ,tapi kalau sebuk mandi kolam ha! sukalah tu siap suruh ayahya pam belon kolam katanya..kolam tu pun kanya muat tuk dua orang.tupun pakai mandi masa dorang baby lagi, dah besar ni manalah muat..di paksa juga.biarlah yg penting dorang gembira





sempitlah abang..





geli2kan abang eirfan ..keluar




bestnya abang dah keluar.






seronoknya mandi, siap renang lagi
tengok ayah..ayah gambar



alamatnya kena beli baru yg besar .yg ada tu pun beli kat kuantan dulu..nak beli yg besar ,masalh pula nak letak mana?..kan bagus kalau ada kolam renang yang sebenar..bole juga renang2 ngan dorang. Sebut renang ni teringat pula rancangan minggu lalu mau picnik kat pantai tapi x menjadi .cuaca tak megizinkan dah 2minggu ujan sja.








Jumaat, 18 Februari 2011

Pagi Yang Gumbira...


 Assalamuallaikum dan selamat pagi.
Hari ni aku bangun pagi dengan happynya..buka blog ha ada sudah follow aku..heheee.suami aku gelakan aku balik ..katanya he sikitnyaaaa..biarlah kan, yang penting ada..
selepas  2minggu bertungkus lumus cari follower ..kira oklah tu..susah juga nak cari pengikut kan..bukannya apa saja kawan2 untuk mendengar gomelan aku ni tu ja..kan susah pun, cari kawan biar seribu..cari duit pun biar ribu2 heheheee..iyaka, adaka itu niat kita tuk masuk blog..bagi akulah, siapa yang tak mau duit..semuapun mau tapi tuk blog, rasanya terpulanglah pada individu tu..kalau dia iklas nak bagi apa salanya kan..tapi apa2 pun jangan sampai lupa tujuan asal nak cari kawan dan jadi pendengar setia aku..apalagi bagi aku yang banyak memerap kat umah ni sunyi pula bila x dah kawan..kan kan kan..kepada yg nak di follow tu tinggakan lah jejak korang iya..aku follow juga tu.

bagi blog yang baru macam aku ni..kenalah tekjar2 ke blog korang ,follow memollow..jadi pada korang kalau aku ketuk pintu korang, janganlah buat tak tau ja..
aku bukanya jual ubat pun..sekadar nak jemput tenguk dan follow sekali blog aku yang tak secantik blog korang.

ok lah, abis udah ngomel, aku nak umumkan ahli pengikut aku yang pertama2 masuk kat blog aku ni...ni dia comelkan..



p.i.n.K.y MoMMa


kerna gumbiranya aku ari ni, aku nak bagilah korang hadia ,macam saguhati kerna follow aku..tapi ni hanya untuk follow yang ke 1000 ..bukanya mahal pun ole2 dari sabah, apalagi Gelang Mutiara Sabah.

nantikan cerita tentang mutiara sabah, k.


                               **********************************************


Rabu, 16 Februari 2011

Ruang sapa nak cantik?






tips penggunaan blush on bole buat muka lebih ramping dan cantik 




 - Perna anda lihat cermin nampak muka terasa cam tembam, tau habis bersolek nampak muka putih melepak. Semunya  itu
berpunca dari pipi..bagi saya pipi adalah ruang wajah yang perlu anda utamakan
dalam menyolek..sebab bila kita tersenyum pipi akan lebih banyak tertarik
(bergerak)..dan yang lebih tertonjol selepas bibir..ari ni saya akan berkongsi  cara
 solekan agar wajah lebih ramping dan cantik, terutama bagi yang berwajah bulat. Kita hendaklah melakukan dengan cara yang betul dengan blush on.












Langkah 1....mula-mula anda kenalah mengenali tulang pipi
 anda sendiri. Caranya letakan kedua2 tapak tangan anda di pipi dengan hujung jari menyentu sikit telinga.Tekap pelahan dan tekan, adakah anda merasa ada bahagian yang lebih dalam sikit seperti lurah ditengah2 pipi (ini saya panggil lurah pipi) .





Langkah 2....merupakan sapuan pertama . Menggunakan brush bulu besar. sapulah blush on warna bronza atau coklat pada bahagian bawah tulang pipi (betul2  pada lurah pipi). Untuk efek yang lebih ramping sapu juga pada bahagian rahang .



 


Langkah 3...merupakan sapuan kedua.Sapulah blush on warna pink atau terang pada tulang pipi bahagian atas (bahagian atas lurah pipi).lakukan dengan menyapu dari arah sudut atas cubing telinga turun ke hujung cubing hidung.







Langkah 4....merupakan sapuan merata (blanding). Bersihkan brush tadi sapulah dengan sapuan membulat untuk menyatukan kedua dua warna tadi.Sapu hanya pada bahagian antara kedua-dua warna.





- Sya bukannya suka bersolek pun..tapi mnt sgt m'yolek ..adik2 lah jadi mangsa..dorang pun suka jga...Bila keluar uma sya suka solekan yg sederhana , tidak suka  terlalu menjolok..kalau pakaipun bila ada jptn kahwin atau majlis2 kat dewan.



 








 

 - gini lah sya bila keluar uma...sempoi. tapi yg tak leh tinggal, lipstik dan pelembab wajib pakai. Pakai juga makeup lengkap bila ada jmptn kawin dan majlis kat dewan.

-syukurlah muka sya taklah mudah kena msala..jerawat tu adalah satu dua keluar bila time haid..tapi selalu ngat psan mak ..time haid tangan tu jangan mgatal nak picit jerawat, anti timbul  parut..jeraggat juga tak da..masa muda2 dulu (dah tua ka aku) tak suka pakai krim..tak sesuai ngan cuaca kita yg panas..hangus muka.



**** tu ja petua nenek kebayan..sekadar nak kongsi2 ilmu yg secubit ni****


**********************************************************************************





tengok kat pizza ni ..ngalir air liur..30% lagi tu, adeh.mana nak cari ni .kat LD tak dah kedai pizza

nak gi tawau ..baru ja pegi ..alamat makan pizza india lah aku..pizza india pun tak tau ..tuu roti

canai..heheeee

nasib ba saya tak ngandung ..kalau tidak para..ingat masa menggandung dulu ,makanan ni lah 

antara yang disuka, tu pun kebetulan tinggal kat kuantan..merasalah juga pizza.

napalah ari ni saya asyik bertembung ngan iklan ni kat blog korang.




TAMAN PERMAINAN ADAKAH TEMPAT SELAMAT


Sebut ja gi taman ..berlarian kesukaan abang dan chai..sukaaa ..Saya pla yang tak suka..napa tak nya

tekejar sana sini..risau anak terjatu kat jongkat-jonkit tu..dahlah skrunya longgar..pas satu permainan kelain

pula..tak penat..saya yang kepenatan..tak macam kita zaman kanak2 dulu..bebas bermain tak paya mak

bapa jaga..mainlah kemana pun tak paya mak bapa risau..kadang tu balik hingga kepetang..puas

bermain..Tak macam sekarang ..banyak kes2 culik..masi  juga berleluasa ..risau kita mak bapa..anak2 depan

mata tetiba hilang. Tulah kadang kesian pula kat anak2 aku asyik tekurung kat dalam rumah. Halaman umah

kannya ada taman pun..setakat bunga dalam pasu tu adalah..






Chia main apa tu..tu mainan orang dewasa ..taklah chia pun bole.




nak bergambar ni..tapi nak juga atas sikal tu..




lompat guna kaki kan guna tangan ...abang.




mak juga yang jadi tukang buai..buai laju2 mak




Selasa, 15 Februari 2011

Bermalas-malasan....

-Hari ni cuti maulud nabi..saya dan hubby baring depan tv melayang katun bersama anak2..rasa nak tulis blog pula..tapi tak tau apa nak tulis..di pekan kecil cam Lahad Datu ni tak ada tempat nak pegi ..lainlah cam kat KL ada sogo, jasco pusat beli bela besar..kat cini adalah wisma..heheee..kata hubby cam tak bersyukur tul..masalhnya tak tau nak pegi mana..apalagi nak tangkap gambar..memeraplah aku kat rumah..ok juga mungkin bagus saya tulis blog sja..saya bukanya pandai tulis blog pun, cuma saya rasa seronok pula bila mula2 tulis blog..saya sebenarnya jenis yang kurang cakap ..kata ayah saya , saya jenis yang berat mulut, memendam perasaan . tapi semangat berkobar2..jadi suami lah jadi mangsa bila balik kerja untuk saya ceritakan apa saja yang ingin saya cerita..memandangkan dah ada blog...terasa puas..apapun yang saya  nak luah saya akan luahkan...biarlah berterabu..kadang2 kerana terlalu berkobar2 menaip pun tak batul. Masa remaja kata kawan untuk kita meluahkan perasaan kita kena ada diary tulislah apa saja kat diary tu ..pas tu siap ada kunci lagi..tapi sekejap saja tulis, beberapa muka surat pastu diary tah kemana...tapi kat blog yang bestnya kawan2 baca blog kita dan beri pandangan..kongsi2, tu yang rasa puas betul, masalh yang berat jadi ringan pas menulis blog...tu yang bersemangat nak tulis blog  ..mungkin c Red pun rasa cam gitu iya..tu yang bertahan sampai 5 thn...






KISAH IZAN



-Memandangkan tak ada apa nak buat ari ni, anak2 pun dah tidur..saya rasa nak berkongsi cerita tentang izan anak angkat kami...sebenarnya kami ambil izan kerana masa itu saya dan suami dah berkahwin hampir 5 tahun..tapi belum dikurniakn anak. Bayangkan tekanan yang kami lalui..tapi yang terasa tekanan sangat saya..tau saja lah mulut perempuan ni macam tempayan. bila dah berjumpa 'tulah kau tak nak beranak'..hei macam nak ku lumat2 mulut tu..sapalah tak mau anak..semua tu dari ketentuan Allah, kami rasa dah banyak kami berikhtiar,...banyaklah cemuahan yang saya terima dari orng yg mengaku kawan. dari keluarga terdekat lagilah..'bilalah kamu nia ada anak', malah ada yang perli dan sindir2 depan2 lagi..'kalo dah umur 35 thn jangan harap suda dapat anak' terlintas pula dalam fikiran aku sebb mak saya umur 55thn masi lagi ada adik saya (Ema)..mungkin masa  tu umur saya dah 36thn..jadi tu sindir2 maut lah tu..tu dari mulut keluarga juga. (orang ni. sekarang dah segan2 ngan saya ..tulah bukti kekuasaan allah)


-Kalo nak cakap tentang iktiar banyak juga iktiar yang kami buat..bila ingat2 sekarang, terasa ada juga yang syirik..kebanyakan yang melibatkan bomoh2 ni ..dari yang suru buat hidangan 3 hari berturut2 pas tu hantar kerumah bomoh tu di baca2 katanya , ada jga yang suru saya mandi jam 12 malam bila bulan purnama heheeee..kalu diingat masa mandi tu punyalah sejuk, ada lagi tu suruh cabut anak betik jantan dengan membelakang tuk dijadikan mandian kami...heheee cukuplah. Banyak lagi tapi cukuplah biarlah ia menjadi kenangan..tapi kami buat juga untuk mengambil hati orang tua yg mahu kami terus berusaha...pesan saya kepada yang tidak mempunyai anak jangan lah macam yang kami alami..rugi masa ,wang dan tenaga..apa salahnya buatlah cara moden, jumpa doktor..


-Cerita tentang jumpa doktor..di sinilah mulanya setelah 5 tahun kami berusaha tak menjadi..kami jumpa doktor di Lahad Datu ..setelah semua yang diminta kami buat..didapati yang ada masalh pada suami..kami dinasihatkan untuk berjumpa pakar di kota kinabalu..di sana didapati  kami berdua bermasalah..dan tidak ada harapan untuk memiliki anak..dan nasihat doktor agar kami balik bercuti, tenangkan fikiran dan cuba ambil anak angkat..katanya lagi yang ada juga doktor di KK yang menghadapi masalah cam kami  mengambil 3 orang anak angkat..bayangkan apa yang saya rasa saat tu rasanya cam langit kat kepala dah nak runtuh..nak berjalan pun rasa mcam nak rebah . fikiran saya  masa tu kosong..bila balik kerumah rasanya saya dah kurang bercakap dengan suami ,saya banyak melamun...setelah reda kami pun berbincang untuk mengambil anak angkat..


-Tapi ujian Allah ada hikmahnya setelah genap 10 tahun kahwin, sekarang kami dah miliki sepasang anak yang sempurna sifat dan sanggat comel (apapun caranya) adalah anak kandung kami sendiri. lelaki Eirfan 4thn dan  perempuan Aaleyah 3thn .walaupun agak lewat mendapat anak saya bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang...amin.


- Bukan tujuan saya ceritakan kisah izan ini tuk minta simpati atau nak cerita kelemahan..saya rasa ianya menjadi pengajaran kepada kami dan minta agar anda juga tidak mudah berputus asa..dan tuk kaum hawa yang hanya tahu mencari keburukan kaum sejenis tu, sedar2lah tuuu.....

Isnin, 14 Februari 2011

Melawat zan

-time valentines day..kami, suami dan anak2 pergi melawat ..pekerja2 cakap  seronok tinggal disana..kena mengurangkan berat badan supaya bole berdiri..seminggu di sana  dapat ang pau sempena tahun baru cina..kami belikan baju dan seluarnya..




-antara latihan, menguatkan otot kaki...tapi izan malas. mau duduk tengok tv saja..kena kurangkan berat badan supaya kaki boleh menampung.




-ini pula latihan stimulasi..kawalan tangan dan mata...nampaknya izan bole buat..cuma dia malas nak capai bebola yang tinggi..abang dan chia juga sibuk mau main..




-izan masa makan...kuat makan dia ni, napa tak gemuk...dia tutup telinga tak mau dengar bising2..riu anak2 situ kami datang..

Ahad, 13 Februari 2011

Majlis bertunang adik 9 (mutiara)

-syukur..majlis bertunang adik (mutiara ) dan faizal berjalan dengan baik. meriah juga, ramai keluarga lelaki datang..sekali tetapkan berapa wang hantaran dan tarikh (dijangkakan bulan nov)..hahaa kalo zaman saya rm15000 tu mang kejutan.tapi dengan harga barang yg semakin melambung ni..hantaran pun melambung jugaka?..tulah alasan yang di beri orang tua sekarang..barang pula tak habis2 naik, yang untungya tokeh runcit. Tak pa yg penting jangan sampai berhutang suda..


-lucu pla tengok pic ni ..baru kemarin faizal botakkan kepala..nazarka? anti kawin , sempat tu tumbuh..



-cincin disarung tanda ikatan..hehee  pantun 1/2 kerat..comel cincinnya..suka saya tengok.heheee cam kasi dengar suami ja..esokan valentine day.



-yang ni kakak c faizal..dua orng saja adik beradik..



-mak c faizal ..sayang tu..katanya nak gambar ngan menantuku..menantu dua orang ja. betuanya kau tara..


 

-cantik pula dia hari tu...ramai juga yang puji..tabek kat jurusoleknya..sapa lagi kat akulah (naik bakul angkat sendiri)...belajar2 solek orang.Ini yang ke3 saya solek penuh..yang 2 lagi masa kursus.



-bersama anak2 buah.. adeh! anak aku tak habis2 ngan game, gambar dulu nak.



-lama suda tidak bergambar ramai2 gini ngan my family..anti ari kahwin bagus gambar ramai2 dengan baju sedondon.


-chia.. tak mau tinggal dia, mau gambar juga..duduklah simpul cam macik tara tu.

Jumaat, 11 Februari 2011

-  ahad kita jumpa lgi..sbb ari ni nak gi uma mak ..adik  (mutiara) nak bertunang ahad ni..konon nak gi tolonglah..tolong makan..anti saya poskan gambar2nya k..
-semalam badan kurang sihat jadi pegi Guardian beli supplement dan skincare.

-vitamin d mineral .. sebelum ni pakai jenama lain..harga dia mahal, denga cita bagus ..nak cubalah .

-skincare ni lama suda pakai ..cuma kehabisan stok..
-tabik dan makasi ngan suami yang bertungkus lumus beberapa ari ni menyediakan blog sya..cantik kan.yg sya buat hanya mcatit sja..hehee.
-tuk blog saya yg pertama ni saya nak perkenalkan keluarga sya..tak lah ramai tapi riu jga rumah dibuatnya..
                                                                       
                                                          (m.airil eirfan 4thn)
-c abang ni mang cam, gitu malu2 nak bergambar.minat kat ultraman siap mimpi lawan raksakse..

(aaleyah batrisyia 3thn)

-chia anak perempuan saya ..suka sangat posing..kalo pasal bersolek tak mau tinggal nak juga..
-izan anti bila saya cerita tentang dia saya bagi gambar iya..
-hubby saya pla..tak nak di dikeluarkan gambar..tapi anti korang tengok juga..

-cuma ada 2 orng anak kata orang,  heh ni pun..susah nak dapat syukurlah ada ..10 thn baru dapat, tu yg kecik2 tu mak dan ayahnya dah sakit2 badan mengejar dorng..aktif sangat. Bukan soal berapa banyak anak, yang penting semua sihat dan gumbira..kan.